Sistem penghadaman

Penjagaan sistem penghadaman kanak-kanak terutama usus merupakan salah satu aspek yang perlu dititikberatkan sejak mereka kecil. Ini kerana ia memainkan peranan penting dalam tumbesaran dan juga kesihatan anak secara keseluruhan.

Jadi, bagaimana ibu bapa dapat membantu untuk memastikan kesihatan usus anak kekal terjamin? Baca artikel ini sehingga ke penghujungnya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

 

Mengapa sistem penghadaman yang baik penting untuk anak?

Secara umumnya, sistem penghadaman yang baik boleh melancarkan penyerapan nutrien di dalam badan anak anda.1

Nutrien yang terdapat dalam makanan penting untuk menguatkan sistem imuniti badan, memastikan perkembangan otak dan meningkatkan fungsi kognitif si manja.

Nutrien penting yang diperlukan oleh anak anda adalah seperti vitamin A, vitamin C, serat, folat, zat besi, potasium, magnesium, protein, karbohidrat dan kalsium.3

Ia penting kerana badan anak anda memerlukan nutrien daripada makanan yang mereka makan dan cecair yang diminum untuk kekal sihat dan bertenaga.1

Kekurangan nutrisi boleh berlaku apabila sistem pencernaan mereka tidak dapat menyerap nutrien dengan baik.4

Berikut merupakan beberapa simptom yang menunjukkan anak anda mengalami masalah penghadaman:5

  • Sembelit

  • Najis berdarah

  • Sakit pada abdomen

  • Kurang kekerapan membuang air besar

  • Pedih ulu hati

  • Cirit-birit yang berterusan

  • Masalah pernafasan

Jika dibiarkan simptom tersebut tanpa dirawat, anak bukan sahaja akan mengalami kesakitan, malah juga boleh menjejaskan konsentrasi, daya pembelajaran serta kesihatan mental kanak-kanak.

Oleh itu, sila rujuk kepada doktor dengan segera jika gejala berterusan atau semakin membimbangkan.

 

Penjagaan sistem penghadaman kanak-kanak

Sistem penghadaman

Sebagai ibu bapa, apa yang boleh anda lakukan untuk menjaga sistem penghadaman anak? 

Berikut merupakan beberapa cara penjagaan sistem penghadaman untuk meningkatkan penyerapan nutrien dalam badan anak anda:

 

#1. Nak sistem penghadaman sihat, kurangkan pengambilan makanan yang diproses

Makanan yang diproses kebiasaannya mengandungi lebih tinggi gula, natrium dan lemak.6 

Walaupun makanan diproses ini enak dimakan, namun ia boleh meningkatkan risiko anak untuk mendapat penyakit obesiti, kanser, sakit jantung, darah tinggi dan diabetes.

Bahkan, makanan diproses juga boleh meningkatkan simptom GERD (asid refluks) dan melambatkan proses pencernaan anak anda.7

Sebaliknya, sediakan makanan yang segar dan lengkap untuk keluarga anda dengan membuat makanan sejuk beku sendiri berbanding membeli makanan yang diproses di pasar.6 

 

#2. Ambil probiotik dan prebiotik untuk sistem penghadaman sihat

Probiotik adalah bakteria baik yang boleh meningkatkan kesihatan usus si manja anda.8

Prebiotik pula merupakan makanan yang meningkatkan pertumbuhan bakteria baik yang bermanfaat dalam usus anak anda.9

Pengambilan makanan probiotik dan prebiotik ini dapat membantu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman dan sistem imuniti mereka untuk melawan jangkitan penyakit.9

Jadi, berikan anak anda makanan yang mengandungi probiotik dan prebiotik seperti yogurt, kimchi, teh kombucha, tempe, pisang, kacang soya dan bijirin penuh.9

 

#3. Lakukan senaman bersama anak

Aktiviti fizikal merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kesihatan penghadaman dan menggalakkan pergerakan usus yang sihat.1 

Anda boleh mengajak anak anda untuk melakukan senaman seperti berbasikal, bermain badminton, atau brisk walk. 

Ajak si manja anda untuk bermain atau bersenam di luar rumah sekurang-kurangnya 30 minit berbanding menonton televisyen atau menghadap gajet semata-mata.

 

#4. Pastikan anak anda mendapat waktu tidur yang cukup

Sistem penghadaman

Kajian mendapati bahawa kekurangan tidur akan meningkatkan simptom GERD (asid refluks) dan melambatkan proses pencernaan.10

Dalam pada itu, tidur yang tidak mencukupi juga boleh mempengaruhi berat badan seseorang, kesihatan jantung, tahap emosi dan daya memori.10

Oleh itu, pastikan anak mendapat waktu tidur secukupnya mengikut usia mereka. Waktu tidur yang sihat untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun adalah antara 9 hingga 12 jam sehari.11

 

#5. Jaga emosi anak untuk sistem penghadaman mereka

Tahukah anda bahawa emosi juga boleh mempengaruhi kesihatan sistem penghadaman si manja anda? 

Ini termasuklah pengaruh emosi dan mood ibu bapa apabila berdepan dengan masalah penghadaman anak, yang mungkin tanpa disedari menyebabkan emosi si kecil terganggu.

Jangan terkejut ya, sistem penghadaman juga digelar sebagai otak kedua! Ini kerana otak dan usus adalah saling berhubung dan berkomunikasi.12

Secara umumnya, 90 peratus serotonin dihasilkan dalam sistem penghadaman dan boleh memberi kesan kepada emosi anak anda.13

Dalam pada itu, kegelisahan, kemurungan dan stres boleh mendatangkan gejala gastrousus seperti ketidakselesaan perut, kembung, senak, kekejangan perut, sembelit dan cirit-birit.

Oleh itu, anda perlu memastikan kesihatan emosi si manja anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik dengan menyediakan persekitaran rumah yang penuh dengan kasih sayang. 

Menjadi ibu bapa sememangnya meletihkan. Tetapi cuba kawal emosi anda agar tidak menjadi punca terganggunya perasaan anak.

 

#6. Pastikan nutrien penting ada dalam pemakanan anak anda

Makanan yang berkhasiat dan kaya dengan nutrien dapat mengekalkan kesihatan sistem penghadaman usus si manja dan mengurangkan risiko sembelit kanak-kanak.3

Berikan anak anda nutrien-nutrien di bawah yang terdapat dalam makanan berikut:3

  • Vitamin A - Kubis, lobak merah, limau gedang, mangga, bayam, keledek dan tembikai

  • Vitamin C - Lada benggala, brokoli, kubis bunga, nanas dan tomato

  • Serat - Epal, pisang, buah lai, kacang dan bayam

  • Folat - Asparagus, brokoli, bayam dan strawberi

  • Zat besi dan magnesium - Kacang dan bayam

  • Protein - Telur, daging tanpa lemak dan keju

  • Karbohidrat - Roti bijirin penuh, kentang dan epal

Susu yang kaya dengan kalsium juga penting untuk sistem penghadaman, kekuatan tulang dan perkembangan otak anak anda. Jadi, untuk kanak-kanak yang sedang membesar, anda boleh berikannya susu formula yang sesuai dengan usia anak anda.

 

Nutrien penting dalam susu untuk anak anda

Menurut Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja, kanak-kanak disarankan untuk minum 2 hingga 3 hidangan susu atau produk tenusu setiap hari.14

Memberi susu formula kanak-kanak yang mudah dicerna dan ringan pada perut si manja anda merupakan salah satu cara untuk membantu sistem penghadaman mereka sentiasa sihat.

Salah satu ciri susu yang baik adalah susu yang mengandungi sejenis protein yang dikenali sebagai protein separa hydrolised (partially hydrolyzed protein - PHP). Protein ini telah diproses ke dalam bentuk protein yang lebih kecil. Maka ia lebih mudah diserap dan dihadam.

Pastikan susu pilihan anda juga mengandungi protein nutrien seperti MFGM, DHA, PHP dan mengandungi laktosa yang rendah untuk menyokong kesihatan usus dan menguatkan sistem imun anak anda.15

Berita baiknya, ada susu formula kanak-kanak dengan protein mudah hadam yang baik untuk sistem pencernaan dan penyerapan nutrien anak anda, iaitu susu Enfagrow A+ MindPro Gentlease!

Susu ini juga mengandungi laktosa yang lebih rendah yang membantu menyokong penghadaman anak anda dengan lebih baik, tanpa menjejaskan keperluan tenaga dan pertumbuhan si manja anda.

Lebih menarik lagi, nutrien seperti MFGM (milk fat globule membrane) Pro dan DHA di dalam susu ini juga dapat meningkatkan kecerdasan minda (IQ) dan kecerdasan emosi anak anda (EQ).

Kesimpulannya, gaya hidup sihat terutamanya pengambilan makanan yang berkhasiat penting untuk membantu mengekalkan kesihatan sistem penghadaman si manja anda.

Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk tips-tips kehamilan dan keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi! Klik di sini untuk sertai.

Sertai Kelab Enfamama A+


Rujukan:
  1. Why Good Digestion and Nutrient Absorption are Important for Kids?, https://mypositiveparenting.org/2021/12/21/why-good-digestion-and-nutrient-absorption-are-important-for-kids/. Accessed Nov 27, 2023.

  2. Importance Of Nutrition For Children, https://www.smilefoundationindia.org/blog/importance-of-nutrition-for-children/#:~:text=The%203%20most%20important%20benefits,activity%20levels%20and%20cognitive%20functioning.. Accessed Nov 27, 2023.

  3. The Importance Of Good Nutrition For Kids, https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/700childrens/2021/03/importance-good-nutrition-kids. Accessed Nov 27, 2023.

  4. Malabsorption, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/22722-malabsorption. Accessed Nov 27, 2023.

  5. Indigestion, https://kidshealth.org/en/parents/indigestion.html. Accessed Nov 27, 2023.

  6. The Many Health Risks Of Processed Foods, https://www.lhsfna.org/the-many-health-risks-of-processed-foods/. Accessed Nov 27, 2023.

  7. GERD Diet, https://www.cooperhealth.org/services/gastroesophageal-reflux-disease-gerd/diet. Accessed Nov 27, 2023.

  8. The Pros And Cons Of Probiotics For Kids, https://www.geisinger.org/health-and-wellness/wellness-articles/2018/02/09/13/53/the-pros-and-cons-of-probiotics-for-kids. Accessed Nov 27, 2023.

  9. Can Probiotics Help When My Child Has An Infection And Needs To Take Antibiotics?, https://www.healthychildren.org/English/tips-tools/ask-the-pediatrician/Pages/Can-probiotics-help-prevent-tummy-trouble.aspx. Accessed Nov 27, 2023.

  10. Can Lack Of Sleep Cause Heatburn (And Vice Versa), https://www.michiganmedicine.org/health-lab/why-sleep-disorders-cause-heartburn-and-vice-versa. Accessed Nov 27, 2023.

  11. What Sleep Is And Why All Kids Need It, https://kidshealth.org/en/kids/not-tired.html. Accessed Nov 27, 2023.

  12. How Your Brain And Emotions Control Your Gut, https://www.loyolamedicine.org/about-us/blog/how-your-brain-and-emotions-control-your-gut. Accessed Nov 27, 2023.

  13. That Gut Feeling, How Your Digestive System Can Affect Your Mood, https://www.agespace.org/digestive-system-can-affect-mood. Accessed Nov 27, 2023.

  14. Malaysian Dietary Guidelines for Children and Adolescents 2013, https://www.moh.gov.my/moh/resources/auto%20download%20images/589d765c1b95f.pdf. Accessed Nov 27, 2023.

  15. Milk Fat Globule Membrane (INPULSE) Enriched Formula Milk Decreases Febrile Episodes And May Improve Behavioral Regulation In Young Children, https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22305534/#.%C2%A0. Accessed Nov 27, 2023.