Apabila anak sudah mencecah usia satu tahun, mereka sudah mula mengambil jenis makanan pejal dan tidak lagi mahu minum susu. Tetapi, langit tidak selalunya cerah. Ada harinya, anak susah minum susu. Jadi, apakah cara pujuk anak minum susu yang terbaik?

Tidak dinafikan, ibu mungkin berasa risau jika si manja tidak mahu minum susu, lebih-lebih lagi jika si ibu sendiri tidak pasti puncanya.

Kepada ibu di luar sana, jangan risau! Kadang-kadang, kanak-kanak akan meragam dan tidak mahu minum susu secara tiba-tiba dan ini merupakan satu perkara biasa. Puncanya juga berbeza mengikut usia dan juga tahap kesihatan si manja.

Adakalanya, anak mungkin akan minum susu selama beberapa minit sebelum menolak dan tidak mahu minum lagi. Ada juga yang tidak mahu minum susu langsung walaupun lapar.

5 cara pujuk anak minum susu

Ibu mana yang tidak risau jika anak susah minum susu. Tetapi, buat ibu di luar sana, jangan gusar! Ada beberapa cara pujuk anak minum susu yang boleh dipraktikkan oleh ibu.

Apabila anak tidak mahu minum susu, ini menandakan ada sesuatu yang tidak kena, sama ada mereka tidak sihat atau mereka mahukan sesuatu yang lain.

Tidak dinafikan, ibu akan rasa tertekan ketika anak tidak mahu minum susu. Namun, ibu jangan pula berasa risau. Berbekal dengan kesabaran, anda pasti dapat mengenal pasti apa yang si manja inginkan. Ikuti sahaja lima tip ini:

1. Jangan paksa anak minum susu

Walau apapun yang berlaku, jangan sesekali memaksa si manja minum susu. Jika anak mula meragam, berhenti dan cuba lagi selepas beberapa minit.

Jika mereka menolak, biarkan anak lakukan perkara lain terlebih dahulu sebelum kembali minum susu.

Berikan anak kawalan sepenuhnya supaya anak boleh membuat keputusan sendiri bila mereka hendak minum susu.

Kadang-kadang, kanak-kanak lebih berselera ketika mereka mengantuk. Ramai ibu di luar sana yang mengakui langkah ini berkesan terutamanya untuk anak yang tidak berminat minum susu ketika aktif.

2. Gunakan cawan khas ketika minum susu

Anak susah minum susu? Cuba belikan mereka cawan atau mug khas sebagai satu cara pujuk anak minum susu.

Pastikan si manja hanya gunakannya ketika minum susu dan bukannya pada waktu lain. Ibu juga boleh padankan cawan ini bersama straw comel yang berwarna-warni.

Adalah lebih baik jika anak boleh memilih sendiri cawan yang bakal mereka gunakan di rumah. Dengan cara ini, anak akan rasa cawan tersebut lebih istimewa dan mungkin akan rasa lebih seronok ketika minum susu.

Biarkan mereka memilih karekter kegemaran mereka dan cuba kaitkan kekuatan karekter tersebut dengan amalan minum susu.

Mungkin selepas ini waktu minum susu akan menjadi masa yang paling anak anda nanti-nantikan sepanjang hari!

3. Tambahkan perisa pada susu

Kadangkala, rasa susu yang tawar membuatkan anak susah minum susu. Untuk jadikan rasanya lebih sedap, cuba berikan susu perisa vanila atau madu untuk anak anda.

Malah, ibu juga boleh menjadi lebih kreatif dengan menghidangkan susu yang mengandungi cebisan buah-buahan seperti strawberi, pisang atau kurma 1kepada anak.

Cebisan buah-buahan ini bukan sahaja akan menyedapkan rasa susu tersebut, ia juga akan membuatkan susu tampak lebih menarik dan dalam masa yang sama, lebih berkhasiat untuk si manja!

Selain itu, ibu juga boleh meletakkan sedikit pewarna sebagai satu cara pujuk anak minum susu dan menarik minat si manja.

4. Padankan susu dengan makanan kegemaran anak

Anak suka makan biskut atau puding? Cuba padankan makanan ini dengan segelas susu. Biarkan anak mencelup biskut ke dalam susu dan jadikan ia satu pengalaman yang menyenangkan buat si manja.

Walau bagaimanapun, pastikan snek yang diberikan tidak terlalu manis kerana ia boleh merosakkan gigi anak2. Selain itu, hadkan jumlah manisan yang mereka boleh ambil setiap hari. Sediakan juga snek ringkas yang sedap tapi sihat untuk si manja.

Ibu juga boleh menyediakan teh dan menemani anak minum susu bersama-sama. Dengan cara ini, ibu juga boleh meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama yang tersayang.

5. Minum susu yang berkhasiat

Kanak-kanak merupakan insan kecil yang sangat memilih, terutamanya ketika makan. Mungkin rasa susu formula sudah berubah, kerana itulah anak susah minum susu.

Walau bagaimanapun, susu yang berkhasiat amat penting untuk perkembangan fizikal dan minda si manja. Malah, anak yang sihat juga lebih aktif dan kurang berisiko untuk jatuh sakit.

Sebagai ibu bapa yang prihatin, berikan anak susu yang lengkap dengan nutrisi seperti DHA dan MGFM Complex yang mampu menyokong perkembangan mental anak3.

Selain itu, bekalkan si manja dengan susu yang mengandungi prebiotik untuk usus mereka yang lebih sihat4.

Anak anda bukan sahaja akan mempunyai kesihatan yang lebih baik, malah mereka juga akan berasa lebih bertenaga dan kurang mengalami masalah pencernaan.

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.


Rujukan:
1. Children's diet - fruit and vegetables. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/childrens-diet-fruit-and-vegetables. Accessed on March 22, 2022.
2. Sweets, fizzy drinks and bottles. https://www.nhs.uk/live-well/healthy-body/kids-teeth-sweets-fizzy-drinks-faqs/. Accessed on March 22, 2022.
3. The Relationship of Docosahexaenoic Acid (DHA) with Learning and Behavior in Healthy Children: A Review. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3738999/. Accessed on March 22, 2022.
4. Prebiotic and Probiotic Fortified Milk in Prevention of Morbidities among Children: Community-Based, Randomized, Double-Blind, Controlled Trial. https://journals.plos.org/plosone/article?id=10.1371/journal.pone.0012164. Accessed on March 22, 2022.