Telah sedia maklum bahawa memupuk kecerdasan emosi kanak-kanak yang juga dikenali sebagai EQ adalah sama penting dengan memupuk IQ atau bahagian kecerdasan intelektual mereka. Ini kerana sama seperti IQ, EQ mempunyai impak yang sangat mendalam ke atas kejayaan dan pencapaian kanak-kanak pada masa depan. Kemahiran sosial-emosi yang mantap amat diperlukan untuk sesuatu hubungan itu berjaya dan bermakna di pelbagai peringkat kehidupan dari zaman kanak-kanak hinggalah zaman kedewasaan.Kemahiran antara-hubungan ini diterjemah dalam kebolehan menyesuaikan diri di sekolah, bekerja bersama orang lain dengan efektif dan menjadi ahli yang menyumbang dalam masyarakat.1
 
Perkembangan emosi kebanyakannya merangkumi kefahaman tentang emosi diri sendiri dan orang lain, mengawal tingkah-laku sendiri dan memupuk serta mengekalkan satu-satu hubungan.1
 

Pemakanan untuk membantu menyokong kawalan tingkah-laku dan emosi yang lebih baik

Pakar telah pun menyatakan tahuntahun awal dalam kehidupan kanakkanak adalah kritikal. Pada waktu inilah perkembangan otak berlaku dengan sangat aktif. Hubungan sel saraf di dalam otak berlaku dengan banyaknya dan dalam setiap minit lebih 60 juta hubungan terbentuk!2 Hubungan ini membenarkan komunikasi ultra pantas di antara sel saraf yang mengawal fungsi tertentu seperti memproses maklumat, penyesuaian emosi, belajar dan pembentukan memori di kawasan yang berbeza di dalam otak.2,3 Bentuk hubungan inilah yang dipanggil sebagai “seni bina” otak. Ketetapan genetik bersama dengan pengalaman membantu membentuk seni bina otak.2
 
Mutakhir ini, terdapat bukti saintifik, yang menunjukkan peranan nutrien seperti MFGM memberi kesan kepada tingkah-laku kanak-kanak. Milk fat globule membrane (MFGM) adalah kombinasi kompleks lipid dan protein yang ditemui di dalam otak.4 Kajian menunjukkan komponen MFGM yang menggalakkan penghasilan dan penghantaran neurotransmiter5,6 (iaitu sejenis bahan yang terlibat dalam penghasilan hubungan sel-sel otak), lantas mengawal kebolehan mental, emosi dan mood.7 Kanak-kanak prasekolah yang minum susu formula diperkaya dengan MFGM selama 4 bulan telah dinilai oleh ibubapa mereka dan didapati mempunyai kawalan tingkah-laku dan emosi yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang minum susu formula yang biasa.4
 
Seperti yang sudah diketahui, membina kapasiti dan menerapkan kemahiran awal sewaktu zaman kanak-kanak ini akan membuahkan hasilnya kerana kesan jangka panjang dan impaknya ke atas kejayaan pada waktu mereka dewasa nanti.2
 
Penemuan saintifik ini merupakan berita baik untuk para ibu dan kanak-kanak kerana kajian tentang formulasi sentiasa seiring dan peka dengan perkembangan saintifik. Dengan MFGM memberikan nutrisi yang betul, ditambah dengan waktu, bermain, pembelajaran, dan tunjuk ajar yang anda berikan kepada anak anda setiap hari, anda dapat membantu memastikan anak anda mempunyai persediaan yang mencukupi untuk menghadapi masa depan.
 
 
Rujukan:
1National Scientific Council on the Developing Child, Center on the Developing Child at Harvard University. Children’s emotional development Is built into the architecture of their brains: working paper no. 2. Available at http://developingchild.harvard.edu/wp-content/uploads/2004/04/Childrens-.... Accessed on 10 July 2017.
2Center on the Developing Child at Harvard University. Brain Architecture. Available at http://developingchild.harvard.edu/science/key-concepts/brain-architecture/. Accessed on 10 July 2017.
3Perese EF. Psychiatric Advanced Practice Nursing: A Biopsychosocial Foundation for Practice. 2012. E. A. Davis Company. 1st ed. Pp. 69.
4Veereman-Wauters G, Staelens S, Rombaut R, et al. Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. Nutrition 2012;28(7):749-52.
5El-Loly M. Composition, Properties and Nutritional Aspects of Milk Fat Globule Membrane – a Review. Pol. J. Food Nutr. Sci. 2011; 61(1),7-32.
6Küllenberg D et al. Health effects of dietary phospholipids. Lipids in Health and Disease. 2012; 11(3),1-16.
7Banjari I et al. Brain food: how nutrition alters our mood and behavior. Hrana u zdravlju i bolesti, znanstveno-stručni časopis za nutricionizam i dijetetiku, 2014; 3(1),13-21.