makanan snek untuk anak, snek berkhasiat untuk kanak-kanak

Pemakanan merupakan aspek penting dalam tumbesaran anak-anak 1. Selain hidangan makanan pada waktu makan utama, menyediakan makanan snek untuk anak juga amat digalakkan.

Tetapi, bagaimana untuk memastikan snek yang disediakan ibu ayah itu adalah snek yang sihat dan bagus?

Pemberian Makanan Snek Untuk Anak: Tak Semua Snek Pilihan yang Bijak!

Bukan semua snek sesuai untuk disajikan pada kanak-kanak. Jom ketahui apakah jenis snek berkhasiat untuk kanak-kanak yang boleh diberi dan berapakah jumlah saiz hidangan yang disarankan.

Jumlah Snek Harian Untuk Kanak-kanak

Sekiranya ibu menyajikan snek berkualiti dan sihat, secara tidak langsung, anak-anak akan memperolehi manfaat nutrisi daripada makanan yang diberikan tersebut.

Berdasarkan prinsip pemilihan makanan snek untuk anak daripada The Royal College of Pediatricians of Thailand Institute of Nutrition Mahidol University, anda disarankan untuk memberi anak tidak lebih daripada 2 hidangan snek setiap hari.

Setiap hidangan snek haruslah mengandungi tidak lebih daripada 5 hingga 15% keperluan tenaga harian yang diperlukan 2.

Paling utama, ibu ayah harus memberikan snek sekurang-kurangnya 1 jam selepas waktu hidangan makanan utama 3. Jika tidak, anak mungkin akan cepat kenyang dan menolak untuk makan sehingga waktu makan seterusnya.

Panduan Pemilihan Makanan Snek Untuk Anak

Bagaimana untuk tahu sama ada snek yang ingin anda berikan pada si manja itu berkhasiat dan sihat atau tidak?

Usah risau, di sini ada 5 panduan pemilihan snek berkhasiat untuk kanak-kanak yang boleh ibu ikuti.

#Kandungan tenaga dalam makanan tidak terlalu tinggi

Dalam pemilihan makanan snek untuk anak, ibu harus menghindari snek yang mengandungi kandungan tenaga yang terlalu tinggi. Jika tidak, anak akan berasa kenyang sebelum makan hidangan utama.

Sebaiknya, elakkan juga makanan yang terlalu berminyak dan tinggi kandungan gula. Umumnya, snek yang ingin disaji pada anak haruslah mempunyai nutrien penting 4 berikut:

Pengambilan makanan ringan atau snek yang berlebihan bersama 3 hidangan utama akan mewujudkan kecenderungan untuk anak mengalami risiko kegemukan 5.

Akan tetapi, pengambilan snek dalam kuantiti yang banyak hingga menjejaskan pengambilan hidangan utama juga boleh menyebabkan kanak-kanak berdepan masalah kekurangan zat.

#Pencuci mulut dengan pewarna semula jadi

Tidak salah untuk memberikan pencuci mulut sebagai makanan snek. Pun begitu, sebaiknya, elakkan daripada memilih pemanis mulut dengan warna terang yang mungkin mangandungi pewarna tiruan.

Ibu ayah digalakkan untuk memilih snek berdasarkan maklumat pada label pemakanan.

#Elak snek kentang rangup

Snek kentang sememangnya menjadi kegemaran ramai. Namun, tahukah anda ia mengandungi kandungan garam dan monosodium glutamat (MSG) yang tinggi?

Jadi, elakkan pemberian snek kurang berkhasiat sebegini pada si manja!

#Makanan tinggi gula dan lemak

Hampir semua kanak-kanak menyukai makanan manis seperti biskut, kek berkrim dan donut.

Namun malangnya, makanan ini boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah yang mendadak dan berbahaya 6 jika diambil secara berlebihan. Ini sekali gus bermakna ia bukanlah snek berkhasiat untuk kanak-kanak.

#Minuman manis

Pengambilan minuman manis secara berlebihan, termasuklah jus buah-buahan boleh memberi kesan kepada mood anak anda dan meningkatkan risiko untuk anak mengalami kemurungan 6.

4 Jenis Snek Berkhasiat Untuk Kanak-kanak!

Jika anda ingin memberi dan menyajikan makanan snek untuk anak, pastikan di rumah anda terdapat beberapa pilihan makanan sihat ini:

Susu untuk tumbesaran

Susu untuk tumbesaran adalah minuman yang kaya dengan nutrien seperti kalsium, protein, kalium, fosforus, vitamin B2 dan vitamin B12 7.

Malah, susu yang diperkaya dengan DHA dan MFGM adalah minuman terbaik untuk anak kerana kedua-duanya menawarkan kebaikan bagi perkembangan otak anak untuk belajar 7.

Di samping itu, MFGM atau milk fat globule membrane dalam susu formula kanak-kanak adalah nutrien yang membantu menyokong tumbesaran kognitif dan kesihatan agar anak kekal sihat 8.

Buah segar

Pilih buah-buahan segar 9 yang dapat membekalkan tenaga, serat, vitamin A dan C, serta gula dalam jumlah yang tepat sebagai makanan snek untuk anak. Berikan mereka 2 biji epal besar, sebiji pisang atau 3 potongan kecil tembikai.

Buah kering

Anda juga boleh memberikan buah-buahan kering kepada anak. Namun, pastikan makanan ini tanpa gula contohnya seperti kismis, buah prun, nangka atau nanas kering.

Gandum penuh

Berikan anak anda roti, bertih jagung atau bijirin gandum penuh yang tinggi kandungan serat, rendah gula, lemak tepu dan natrium 10.

Anda juga boleh sajikan roti gandum ini dengan sapuan jem atau mentega kacang.

Cadangan Menu Makanan Snek yang Sihat Bersama Susu

Untuk membantu ibu menyediakan snek berkhasiat untuk kanak-kanak yang sedang membesar, di sini kami sediakan resepi minuman campuran susu yang boleh anda cuba di rumah.

Berry milkshake

Susu bukan sahaja kaya protein, vitamin B dan kalsium, bahkan ia juga mengandungi zat besi - mineral penting yang mengangkut oksigen ke otak 11.

Selain itu, DHA dan MFGM nutrien yang terkandung dalam susu akan dapat membantu menyokong perkembangan kanak-kanak.

Badan akan dapat menyerap sumber zat besi dengan lebih baik jika ia turut mengandungi vitamin C. Maka, buah beri seperti strawberi dan mulberi merupakan pilihan terbaik untuk dicampurkan bersama susu untuk dibuat milkshake.

Mango milkshake

Untuk menghasilkan resepi mango milkshake ini, ibu haruslah menggunakan mangga yang sudah masak. Ini untuk mengelakkan rasa masam yang berlebihan buat anak.

Cara pembuatannya mudah sahaja! Masukkan potongan mangga yang sudah dikupas bersama air dan kisarkan ia.

Kemudian, tambah sedikit gula dan susu, sebelum kembali dikisar selama 1-2 minit lagi. Selepas itu tambah sedikit ais.

Minuman ini kaya dengan serat, vitamin A dan C yang diperoleh daripada mangga bersama-sama dengan protein dan kalsium daripada susu.

Tidak Salah Menyajikan Makanan Snek Untuk Anak

Memberi makanan snek untuk anak adalah tidak salah kerana makanan ringan juga dapat memainkan peranan penting dalam mengendalikan rasa lapar kanak-kanak itu.

Malah, menyajikan snek tepat pada masanya juga dapat memberikan tenaga yang diperlukan sebelum waktu hidangan makanan utama.

Akan tetapi, ibu perlu memastikan makanan snek tersebut perlulah daripada jenis yang berkhasiat dan sihat.

 

REFERENCES:

1. Healthy snacks grow healthy kids. Retrieved July 29, 2020 from:
https://www.canr.msu.edu/news/healthy_snacks_grow_healthy_kids

2. Snacking Recommendations Worldwide: A Scoping Review (2018). Retrieved July 29, 2020 from:
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5962965/

3. When Should My Kids Snack? (2019). Retrieved July 29, 2020 from:
https://www.eatright.org/food/nutrition/dietary-guidelines-and-myplate/when-should-my-kids-snack#

4. Kids Need Their Nutrients. Retrieved July 29, 2020 from:
https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=kids-need-their-nutrients--1-19820

5. Nutrition-Related Health Concerns, Dietary Intakes, and Eating Behaviors of Children and Adolescents (2007). Retrieved July 29, 2020 from:
https://www.nap.edu/read/11899/chapter/4

6. Healthy Food for Kids (2019). Retrieved July 29, 2020 from:
https://www.helpguide.org/articles/healthy-eating/healthy-food-for-kids.htm

7. The Relationship of Docosahexaenoic Acid (DHA) with Learning and Behavior in Healthy Children: A Review (2013). Retrieved July 29, 2020 from:
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3738999/

8. Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children (2012). Retrieved July 29, 2020 from:
https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22305534/#

9. Selecting Snacks for Toddlers (2016). Retrieved July 29, 2020 from:
https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/toddler/nutrition/Pages/Selecting-Snacks-for-Toddlers.aspx

10. 10 Tips: MyPlate Snack Tips for Parents (2016). Retrieved July 29, 2020 from:
https://www.choosemyplate.gov/ten-tips-snack-tips-for-parents

11. Hemoglobin and Functions of Iron. Retrieved July 29, 2020 from:
https://www.ucsfhealth.org/education/hemoglobin-and-functions-of-iron#