susu segar untuk kanak kanak, kebaikan susu segar, susu kanak kanak

Bolehkah kalau ibu berikan susu segar untuk kanak kanak? Jawapannya, tentulah boleh! Itu sebabnya ibu ayah harus memahami nutrisi dan kebaikan susu segar kepada kanak-kanak. Pasti selepas ini, tidak timbul rasa bimbang.

Keperluan susu segar untuk kanak kanak

Persoalan yang sering bermain di fikiran ibu bapa adalah perlu atau tidak kanak-kanak minum susu?

Namun begitu, keperluan susu ini tidak perlu dihentikan hanya kerana mereka sudah mula mengambil makanan pejal. Sebaliknya, kanak-kanak yang minum susu akan memperolehi pelbagai nutrien penting untuk badan.

Akan tetapi, pemberian susu segar seharusnya bermula apabila anak anda sudah mencecah usia dua tahun ke atas. Mereka boleh diperkenalkan dengan susu lembu penuh lemak kerana lemak yang terkandung dalam susu itu penting bagi perkembangan saraf mereka. 1

Tetapi mengapa susu segar dianggap penting? Apakah kebaikan susu segar untuk kanak kanak?

Susu dianggap sebagai makanan keseluruhan kerana ia mempunyai nutrien yang diperlukan 2 oleh anak yang sedang membesar. Antara nutrien tersebut adalah seperti berikut:

  1. Fosforus - Mineral penting dalam menjaga kekuatan tulang, memberikan tenaga untuk tindak balas metabolik serta berperanan dalam pencernaan, perkumuhan dan fungsi otak 3.

  2. Vitamin D - Dikenali sebagai vitamin sinar matahari. Ia berfungsi meningkatkan kepadatan tulang. Bahan ini juga penting membantu mengekalkan fungsi imun dan mengurangkan kerengsaan 4.

  3. Vitamin A - Membantu membentuk dan mengekalkan gigi sihat, rangka dan tisu lembut, membran mukus dan kulit. Ia juga dikenali sebagai retinol kerana menghasilkan pigmen di retina mata 5.

  4. Vitamin B2 - Membantu mengubah makanan kompleks menjadi glukosa, agar mudah dipecahkan untuk membekalkan tenaga 6.

  5. Vitamin B12 - Nutrien berfungsi menjaga kesihatan saraf dan sel darah badan serta membentuk DNA, bahan genetik dalam semua sel. Juga membantu cegah anemia 7.

  6. Protein - Mineral penting dalam susu segar untuk kanak-kanak ini berperanan dalam pertumbuhan dan pemulihan badan serta penjagaan kesihatan yang baik. Ia juga membekalkan tenaga 8.

  7. Kalsium - Bahan mineral penting yang digunakan untuk membina gigi dan tulang 9. Ia diperlukan bagi sistem peredaran darah dan sistem saraf berfungsi dengan baik. Selain itu, kalsium juga diperlukan dalam fungsi otak, otot dan kardiovaskular 10.

Kebaikan Susu Segar Untuk Kanak Kanak

Terdapat beberapa manfaat susu segar untuk kanak-kanak. Antaranya:

1. Profil pemakanan lengkap

Susu terdiri daripada karbohidrat dan lemak untuk tenaga, protein untuk tumbesaran dan pemulihan serta beberapa vitamin dan mineral penting dalam diet anak.

2. Perkembangan tulang dan gigi

Kehadiran kalsium, fosforus dan vitamin D dalam susu dapat menyokong perkembangan tulang dan gigi yang sihat pada kanak-kanak 11.

Kalsium dan fosforus penting dalam pembentukan enamel, lapisan pada gigi yang melindunginya daripada penipisan serta asid dalam makanan 12.

Ketiga-tiga nutrien dalam susu segar untuk kanak kanak ini dapat membantu mencegah penyakit seperti riket 13, osteoporosis 14 dan osteomalacia 15, yang berlaku kerana tulang rapuh atau lemah.

3. Penghidratan

Susu mengandungi 90% air. Dengan memberikan susu segar untuk kanak-kanak, ia kaedah bijak bagi memastikan anak sentiasa terhidrat sepanjang hari, terutamanya selepas melakukan aktiviti fizikal atau bersenam 18.

4. Kebaikan susu segar: Tingkatkan sistem imuniti

Susu mengandungi nutrien seperti probiotik, vitamin D dan imunoglobulin yang meningkatkan sistem imun anak dan seterusnya mengurangkan risiko alergi 21.

Sementara itu, nutrien seperti asid lemak omega-3 22 pula penting dalam membantu sebagai makanan otak dan menjaga kesihatannya.

Nutrien ini juga sebahagian daripada proses penghasilan sel baharu - kunci untuk perkembangan sistem saraf pusat dan kardiovaskular 23.

Dalam masa yang sama, asid lemak omega-3 berfungsi untuk membolehkan badan menyerap nutrien selain mempunyai peranan dalam fungsi mata 23.

Kebaikan Susu Formula yang Diperkaya Sebagai Susu Kanak Kanak

Walaupun terdapat banyak kebaikan susu segar, namun pastinya ada sesetengah ibu yang mahu memilih untuk memberikan susu formula kanak-kanak yang diperkaya dengan nutrien kepada anak mereka.

Susu kanak kanak ini bukan satu pilihan yang salah, bahkan, ia amat digalakkan juga.

Susu formula untuk kanak-kanak mengandungi DHA iaitu asid docosahexaenoic yang penting untuk menyokong otak yang sihat serta perkembangan penglihatan mereka 24.

Selain mengandungi DHA, sesetengah susu kanak kanak yang diperkaya ini juga mengandungi Milk Fat Globule Membrane (MFGM). Apakah itu MFGM?

Menerusi kajian berterusan, MFGM atau Membran Globul Lemak Susu, dikatakan sebagai antara komponen bioaktif penting yang menyokong tumbesaran awal kanak-kanak 25.

Umumnya, gliserofosfolipid dan sphingolipid adalah kuantitatif fosfolipid (PL) yang paling penting dalam susu 26. Ia terkandung di dalam MFGM ini.

Di samping itu, ia turut mengandungi fosfatidilkolin, fosfatidiletanolamina, fosfatidilinositol dan fosfatidilserin, sementara sphingomyelin adalah spesies sphingolipid yang dominan 26.

Banyak bukti menunjukkan bahawa fosfolipid PL dalam susu kanak kanak memberikan manfaat kepada anak dalam proses pembelajaran dan memori 27. Pastinya ia membantu dalam perkembangan mental dan emosi kanak-kanak.

Sekiranya anda memerlukan lebih banyak maklumat lanjut tentang MFGM, dapatkan rundingan daripada pakar pemakanan kanak-kanak.

 

 

REFERENCES:

1. Milk For Your Growing Child Retrieved 22 July 2020 from:
https://mypositiveparenting.org/2015/04/21/milk-for-your-growing-child/

2. Milk. Retrieved 22 July 2020 from:
https://healthy-kids.com.au/food-nutrition/drinks/milk/

3. Phosphorus (2020). Retrieved 22 July 2020 from:
https://ods.od.nih.gov/factsheets/Phosphorus-HealthProfessional/

4. Vitamin D Health Fact For You (2019). Retrieved 22 July 2020 from:
https://www.uwhealth.org/healthfacts/nutrition/487.pdf

5. Vitamin A. Retrieved 22 July 2020 from:
https://medlineplus.gov/ency/article/002400.htm#

6. Riboflavin (2020). Retrieved 22 July 2020 from:
https://ods.od.nih.gov/factsheets/Riboflavin-HealthProfessional/

7. Vitamin B12 (2020). Retrieved 22 July 2020 from:
https://ods.od.nih.gov/factsheets/VitaminB12-Consumer/#

8. Protein. Retrieved 22 July 2020 from:
https://www.nutrition.org.uk/healthy-sustainable-diets/protein/

9. Nutrition Guide For Toddlers. Retrieved 22 July 2020 from:
https://kidshealth.org/en/parents/toddler-food.html#:~:text=Milk%20Matters,in%20calcium%20absorption)%20a%20day.

10. Calcium (2020). Retrieved 22 July 2020 from:
https://ods.od.nih.gov/factsheets/Calcium-HealthProfessional/

11. 5 Nutritional Benefits Of Milk For Kids. Retrieved 22 July 2020 from:
https://www.livingandloving.co.za/child/5-nutritional-benefits-of-milk-for-kids

12. Calcium, vitamin D and phosphorus (2010). Retrieved 22 July 2020 from:
https://www.dhsv.org.au/dental-health/teeth-tips-and-facts/calcium-vitamin-d-and-phosphorus

13. Rickets (2019). Retrieved 22 July 2020 from:
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/rickets/symptoms-causes/syc-20351943

14. What Is Osteoporosis? (2017). Retrieved 22 July 2020 from:
https://www.iofbonehealth.org/what-is-osteoporosis

15. Osteomalacia (2020). Retrieved 22 July 2020 from:
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/osteomalacia/symptoms-causes/syc-20355514#

16. The Nutritional Advantage OF Cow’s Milk In Children And Young People. (2017) Retrieved 22 July 2020 from:
https://www.independentnurse.co.uk/clinical-article/the-nutritional-advantage-of-cows-milk-in-children-and-young-people/162731/

17. Benefits of Milk: What Can It Do To Your Body? (2018) Retrieved 22 July from:
https://www.downtoearth.org.in/news/food/benefits-of-milk-what-can-it-do-to-your-body--61627

18. Fresh Research Finds Organic Milk Packs In Omega-3s (2013). Retrieved 22 July 2020 from:
https://www.npr.org/sections/thesalt/2013/12/09/249794467/fresh-research-finds-organic-milk-packs-in-omega-3s#

19. Do Kids Need Omega 3 Fats (2020). Retrieved 22 July 2020 from:
https://www.eatright.org/food/vitamins-and-supplements/types-of-vitamins-and-nutrients/do-kids-need-omega-3-fats

20. The Relationship of Docosahexaenoic Acid (DHA) with Learning and Behavior in Healthy Children: A Review (2013). Retrieved 22 July 2020 from:
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3738999/

21. Composition, Structure, and Bioactive Component in Milk Fat Globule Membrane (2011). Retrieved 22 July 2020 from:
https://www.researchgate.net/profile/Dr_Palanivel_Ganesan/publication/264183464_Composition_Structure_and_Bioactive_Components_in_Milk_Fat_Globule_Membrane/links/53eb3e3a0cf2fb1b9b6b03ff/Composition-Structure-and-Bioactive-Components-in-Milk-Fat-Globule-Membrane.pdf

22. Phospholipids in Milk Fat: Composition, Biological and Technological Significance, and Analytical Strategies (2013). Retrieved 22 July 2020 from:
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3588016/

23. Phospholipids to Protect Your Memory and Brain (2019). Retrieved 22 July 2020 from:
https://riordanclinic.org/2019/05/phospholipids-to-protect-your-memory-and-brain/