Otak seorang kanak-kanak akan membesar sebanyak tiga kali ganda dalam dua tahun yang pertama dan membesar sehingga 90% berbanding otak seorang manusia dewasa dalam 5 tahun pertama usia kehidupannya1 Sesuatu yang menakjubkan melihat seorang kanak-kanak berubah dari bayi yang perlukan penjagaan dan perhatian tetapi juga sumber kebahagian, kepada si kecil berdinamik yang mampu mencapai setiap detik penting perkembangannya.

Ibu ketahui fakta tentang MFGM untuk anak anda

Berjuta bayangan dan fikiran yang terlintas di dalam minda seorang ibu setiap hari. Seorang ibu sentiasa berfikir bagaimana untuk menjadikan anaknya lebih bijak, lebih sihat, lebih gembira, lebih kuat, lebih baik tingkah-lakunya dan lebih baik dalam semua aspek kehidupan yang ada.

Sementara perkembangan kanak-kanak merangkumi pelbagai aspek dan ibubapa menggalas tugas yang besar bagi memastikan anak-anak mereka sentiasa bersedia untuk hari esok, salah satu perkara yang perlu dititikberatkan ialah aspek pemakanan.

Pemerhatian mendapati pemakanan awal mempengaruhi kesihatan kanakkanak untuk jangka masa yang pendek dan juga panjang. Nutrien-nutrien seperti DHA, zat besi dan kolina sudah lama diiktiraf sebagai sebahagian daripada kombinasi nutrien yang penting untuk perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak.

Baru-baru ini, satu penemuan terbaru telah ditemui dalam pemakanan kanakkanak. Satu komponen utama telah dikenalpasti. Ianya dikenali sebagai Milk Fat Globule Membrane (MFGM), yang terdapat di dalam susu secara semulajadi.

Nama komponen ini mungkin nampak kompleks, tetapi jangan jadikan ia sebagai satu alasan yang menghalang anda untuk merungkai kebaikan yang terdapat dalam komponen revolusi ini. 5 perkara tentang MFGM yang anda perlu tahu:

 

  1. Apa itu MFGM
    Milk Fat Globule Membrane (MFGM) ialah komponen kaya dengan nutrien yang mewakili satu bahagian penting dalam susu. Ia merupakan membran tiga-lapis, yang terdiri daripada kompleks lipid dan protein bioaktif yang mengelilingi globul lemak dalam susu2,3.
  2. MFGM, nutrien yang anak anda perlukan
    Ketika tiga tahun pertama usia kanak-kanak, kira-kira 1000 trillion hubungan sel otak terbentuk melalui pengalaman yang dialami oleh mereka; segala-gala yang dipelajari oleh anak anda tersimpan di dalam rangkaian sel otak ini4. Seperti DHA, Komponen lipid MFGM ini ditemui dengan banyaknya di dalam otak. Kompleks lipid yang ada di dalam MFGM seperti gangliosida dan sfingomyelin, adalah penting bagi struktur dan fungsi otak5,6
  3. MFGM dan daya ketahanan
    MFGM juga telah terbukti secara klinikal mempunyai kesan yang positif kepada sistem pertahanan badan. Dalam satu kajian,pengambilan susu yang diperkaya dengan MFGM oleh kanak-kanak kecil telah menunjukkan kesan perlindungan terhadap jangkitan pada sistem penghadaman, dan menyebabkan pengurangan kepada masalah demam sawan yang pendek (short febrile)7. Ringkasnya, MFGM meningkatkan imuniti badan dan membina pertahanan badan terhadap jangkitan.
  4. Tindakan sinergi MFGM dengan DHA
    Ibubapa zaman sekarang perlu mempersiapkan anak-anak mereka agar “sedia untuk masa depan”, supaya mereka berdaya saing di dalam dunia yang tidak menentu dan senantiasa berubah. Selain daripada kemahiran teknikal, seorang kanak-kanak seharusnya bersedia dari aspek emosi untuk menerima dan menghadapi apa jua perubahan yang berlaku. Pemakanan yang optimum membantu menyediakan perkembangan menyeluruh yang seimbang untuk kanak-kanak, dan seterusnya menyokong ibubapa dalam usaha mereka menyediakan anak-anak mereka untuk kejayaan pada masa depan. MFGM, bersama dengan DHA, telah menunjukkan sokongan kepada perkembangan IQ & EQ kanak-kanak7,8.
  5. MFGM kini dalam susu formula kanak-kanak
    Berita baik untuk ibubapa. Sebelum ini, proses penghasilan susu formula menyebabkan kehilangan MFGM dengan banyaknya, tetapi teknologi tenusu terkini telah menjadikan proses memperkaya susu dengan MFGM dari sumber lembu dapat dilakukan. Penambahan Milk Fat Globule Membrane (MFGM) dapat dilaksanakan melalui kemajuan terkini dalam perkembangan pemprosesan tenusu.

Rujukan:

  1. Kennedy et al. Basic principles of MRI and morphometry studies of human brain development. Developmental Science. 2002;5(3):268-278
  2. Vanderghem C et al. Milk fat globule membrane and buttermilks: from composition to valorization. Biotechnol. Agron. Soc. Environ. 2010;14(4): 485-500
  3. Le TT et al. Stability of milk fat globule membrane protein toward human enzymatic gastrointestinal digestion. J Dairy Sci. 2012;95(5):2307-18
  4. Schiller P. Early brain development research review and update. Exchange. 2010:26-30
  5. Palmano K et al. The role of gangliosides in neurodevelopment. Nutrients. 2015;7:3891-3913.
  6. Fonteh AN et al. Sphingolipid metabolism correlates with cerebrospinal fluid beta amyloid levels in Alzheimer's disease. PLOS ONE | DOI:10.1371/journal.pone.0125597
  7. Veereman-Wauters G et al. Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. Nutrition. 2012;28:749-752.
  8. Montgomery, P. et al. Low Blood Long Chain Omega-3 Fatty Acids in UK Children Are Associated with Poor Cognitive Performance and Behavior: A Cross-Sectional Analysis from the DOLAB Study. 2013. PLoS ONE 8(6), 
    http://dx.doi.org/10.1371/journal.pone.0066697
    01/05P12/17237