Dalam era teknologi yang semakin maju, ramai orang meluangkan lebih banyak masa dengan peranti digital mereka daripada meluangkan masa yang berkualiti dengan sahabat handai mahupun keluarga mereka – ini termasuk kanak-kanak. Maka, kanak-kanak pada masa kini sering menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan orang lain dan bersosial dengan mereka. Banyak kajian telah menyimpulkan bahawa perkembangan fizikal peribadi dan sosial kanak-kanak akan terjejas akibat pendedahan berlebihan kepada teknologi,1 Oleh itu, sebagai ibu bapa, anda perlu memberi perhatian yang lebih terhadap keseimbangan masa kanak-kanak bermain dengan peranti digital dan mengembangkan kemahiran sosial kanak-kanak agar mereka mampu menyesuaikan diri dengan orang lain, mempunyai akhlak yang baik dan suka membantu serta berkongsi dengan orang serta mudah diterima oleh orang lain. Ini dapat membantu kanak-kanak untuk membina perhubungan baik dengan orang lain serta membolehkan mereka hidup bahagia tidak kira bagaimana dunia berubah.

Memperkembangkan kemahiran sosial anak anda untuk kebahagiaan

Memperkembangkan kemahiran sosial anak anda untuk kebahagiaan

Paling penting, kemahiran sosial yang baik dapat membantu kanak-kanak untuk hidup dan bekerjasama dengan orang lain dengan lebih baik. Kemahiran ini wajar dipupuk semasa pembesaran kanak-kanak supaya mereka dapat belajar untuk menjadi seorang yang lemah lembut dan bersifat rendah diri terhadap orang-orang di sekeliling mereka dan tidak akan terasing atau bersendirian semasa mereka membesar.

Mengesyorkan aktiviti untuk membantu mengembangkan kemahiran sosial

Mengesyorkan aktiviti untuk membantu mengembangkan kemahiran sosial

Berikut adalah beberapa aktiviti sosial yang boleh anda lakukan bersama anak-anak anda untuk mengajar mereka tentang interaksi dengan orang lain dan dapat membantu membina kemahiran sosial mereka:

Aktiviti-aktiviti yang disyorkan untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas.
Butiran
Ajar anak anda untuk mengungkapkan ucapan 'terima kasih' dan 'maaf'

Kata-kata yang sangat penting yang harus diajar oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka adalah ucapan ‘terima kasih’ dan ‘maaf’. Ajar dan beritahu mereka bila mereka perlu mengucapkan terima kasih dan maaf. Sebagai contohnya, apabila anak anda mula melakukan sesuatu yang tidak wajar seperti memukul atau mengambil mainan daripada rakan mereka, dengan lembut jelaskan kepada anak anda apa kesalahan mereka dan menyuruh mereka meminta maaf. Dan apabila seseorang melakukan perkara yang baik kepada mereka maka mereka harus mengucapkan Terima kasih

Menenangkan anak yang mengamuk

Jangan layan jika anak mengamuk tidak tentu hala, jangan beri perhatian dan kekal bersikap tenang. Ibu bapa tidak boleh menunjukkan kepada anak-anak bahawa mereka berasa kecewa dan menyelesaikan masalah dengan mengikut kehendak anak-anak mereka supaya mereka dapat apa yang mereka inginkan. Ini adalah kerana jika anak-anak tahu bahawa dengan mengamuk kepada ibu bapa, mereka boleh dapat apa yang mereka inginkan. Justeru, pada masa akan datang, kanak-kanak akan mengamuk lagi untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Sebaliknya, jika ibu bapa tidak melayan mereka, anak-anak akan berhenti menggunakan taktik ini untuk menyelesaikan masalah mereka kerana mereka tahu ia tidak berkesan.

Jangan manjakan anak anda

Memanjakan anak-anak anda akan menghalang anak anda daripada belajar dan menguruskan keperluan mereka dengan sewajarnya. Mereka akan membesar menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri dan sikap ini akan mendatangkan masalah kepada mereka apabila berhadapan dengan masyarakat kelak. Oleh itu, sebagai ibu bapa, anda tidak boleh memanjakan anak-anak anda supaya mereka dapat belajar bagaimana menguruskan keperluan mereka sendiri. Sebagai contoh, ketika ibu sedang memasak, anak-anak meminta ibunya membacakan cerita, maka ibu harus memberitahu anak-anak bahawa cerita hanya akan dibacakan selepas ibu selesai memasak. Sudah tentu, ibu mesti memegang pada janjinya selepas itu dengan membacakan anak-anaknya sebuah cerita supaya anak-anak akan mula belajar untuk menunggu. Ini merupakan asas untuk mengajar mereka agar bertimbang rasa terhadap orang lain.

Mengajar anak anda mengenai hak orang lain

Kanak-kanak harus diajar untuk menghormati hak orang lain. Sebagai contoh, mereka perlu mengetuk pintu dan meminta izin sebelum memasuki bilik orang lain dan juga tidak bermain dengan mainan orang lain tanpa keizinan mereka.

Ajar anak anda untuk bercakap dengan sopan

Bertutur dengan sopan kepada orang lain adalah salah satu adab yang diperlukan dalam masyarakat. Ajar anak-anak anda untuk hormat-menghormati dan meminta maaf atas kesilapan mereka. Kanak-kanak juga patut tahu bila mereka patut mengucapkan terima kasih dengan sopan kepada orang dan menunjukkan rasa hormat terhadap orang lain.

Rujukan:
1 https://www.verywellfamily.com/kids-and-technology-when-to-limit-it-and-...
2 https://www.researchgate.net/publication/318851694_Negative_Effects_of_T...