Mengapa rangsangan dan bermain penting?

Stimulasi dan bermain membantu anak anda untuk belajar, melalui interaksi dengan alat permainan dan orang lain seperti ibubapa, adik-beradik, dan rakan-rakan. Ini akan membantu otak untuk membuat dan menguatkan sinaps. Semakin menarik dan interaktif satusatu pengalaman itu, semakin banyak hubungan neurologi yang dapat anak anda hasilkan, lantas membawa kepada perkembangan intelek, motor, emosi / sosial, dan kemahiran berkomunikasi.1
Ibubapa yang memahami dan menyokong konsep bermain yang sesuai untuk setiap peringkat umur akan memupuk perkembangan anak mereka untuk pembelajaran yang berterusan.

Permainan mengikut-Umur

rangsangan dan bermain untuk anak yang sedang membesar1 tahun ke atas:

Pada peringkat ini, kanak-kanak akan belajar melalui tindakan mereka, interaksi mereka dengan orang dan juga objek yang ada di sekeliling mereka. Ibubapa dapat membantu anak-anak belajar dengan bercakap, menari dan ketawa bersama mereka dan juga membantu mereka meneroka dunia sekeliling mereka. Aktiviti yang boleh dilakukan ialah seperti bermain ba-ba-cak, menyanyi lagu kanak-kanak dan membaca buku bergambar.

2 tahun:

Anak-anak mula mengenal nama orang yang rapat, objek, gambar, dan anggota badan yang sudah biasa pada mereka. Sokong imaginasi anak-anak anda dengan membelikan permainan yang menyerupai benda yang sebenar seperti kereta dan peralatan dapur. Permainan seperti blok binaan dan menyusun bentuk juga akan memberi rangsangan kepada daya kreativiti anak anda.

3 tahun:

Kanak-kanak mengalami lebih banyak perkembangan fizikal dan kemahiran motor. Kanak-kanak mempunyai daya kefahaman yang lebih terhadap dunia sekelilingnya, dan daya imaginasi mereka lebih luas dan rumit. Ketika bermain berlakon, kanak-kanak akan melakonkan watak-watak sosial seperti ibu, ayah, guru atau doktor. Ini akan membantu mereka memahami keadaan, peranan dan kepentingan orang lain, jadi mereka akan belajar untuk berkongsi, bertukar, dan berinteraksi dengan yang lain untuk pengalaman bersosial yang optimum. Rangsang juga perkembangan kemahiran motor melalui aktiviti seperti melukis dan mengecat.
Memberi stimulasi kepada anak anda secara aktif setiap hari dapat menguatkan lagi hubungan sel otak. Ini adalah kunci yang mudah untuk mencapai dan mempercepat proses pembelajaran.
 
 

Rujukan:
1Brotherson, Sean (2005). FS-609 Bright Beginnings #4 – Understanding Brain Development in Young Children. NDSU Extension Service North Dakota State University.