anak susah tidur malam, anak sukar tidur

Setiap pagi, pasti ada drama nak kejutkan anak ke sekolah. Semua itu gara-gara tidur lewat. Jadi adakah terdapat cara yang boleh ibu lakukan untuk mengatasi masalah anak susah tidur malam?

Impak Anak Susah Tidur Malam

Sebagai ibu bapa, pastinya anda sedar, tidur yang mencukupi sangat penting bagi anak. Tidur adalah proses pemulihan yang mustahak untuk badan.

Mendapat tidur yang mencukupi membantu individu berfungsi dengan lebih baik, sama ada secara fizikal, emosi dan metabolik.

Ia juga membolehkan individu menggabung dan membentuk memori serta mempunyai kesan langsung terhadap fokus dan tingkah laku.

Jumlah tidur bagi kanak-kanak boleh memberi kesan besar kepada tumbesaran dan perkembangannya. Ini secara tidak langsung bermaksud, tidur yang kurang boleh menyebabkan kemampuan mereka untuk memberi yang terbaik di sekolah akan menurun.

Kanak-kanak yang tidak cukup tidur sukar menumpukan perhatian, lebih mudah terganggu dan lebih hiperaktif atau impulsif 1.

Terdapat juga bukti yang menunjukkan anak susah tidur malam lebih cenderung memberikan prestasi kurang baik dalam ujian berkaitan ingatan dan perhatian 1.

Jadi apakah cara yang ibu boleh ibu lakukan bagi mengatasi masalah anak sukar tidur agar mereka dapat membesar dengan sebaik mungkin?

Atasi Masalah Anak Susah Tidur Malam

Usah bimbang, ada cara yang boleh dicuba bagi mengatasi isu tersebut.

Salah satu cara terbaik untuk kembali kepada rutin tidur yang betul adalah melalui penjagaan kebersihan tidur atau lebih dikenali sebagai sleep hygiene.

Ia bermaksud mewujudkan tabiat bagi mendorong tidur malam yang baik. Antaranya:

1. Menetapkan rutin

Untuk mendapat rutin tidur berkala, ia bermula dengan waktu tidur sama setiap malam bagi mendorong corak tidur yang baik.

Rutin seperti mandi malam, membacakan anak buku cerita dan menyediakan tempat tidur yang selesa boleh membantu kanak-kanak untuk bersedia tidur serta mencegah masalh anak tidur.

Apabila anak semakin membesar, rutin tersebut haruslah melibatkan waktu tidur yang sudah ditetapkan 2. Ini kerana anak yang semakin dewasa sering berjaga lewat malam untuk menonton televisyen, bermain permainan video atau chatting di media sosial.

Rangsangan daripada skrin boleh mengakibatkan anak susah tidur malam. Oleh sebab itu, amat disaran untuk menetapkan masa bebas skrin sebelum tidur bagi membantu memberikan ketenangan pada anak.

Untuk anak yang lebih dewasa, rutinnya mungkin melibatkan perbualan kasual dengan ibu bapa mengenai apa yang berlaku sepanjang hari, kemudian waktu bersendirian sebelum menutup lampu.

Matlamat utama mewujudkan rutin sedemikian adalah untuk membuatkan anak berasa mengantuk dan memudahkan mereka untuk tidur.

2. Masa bersama

Sesetengah anak susah tidur malam kerana merindui perhatian daripada ibu bapa 3.

Kebiasaannya, ibu bapa sibuk dengan tugasan kerja pada siang hari. Maka pada waktu malam, sudah tentulah mereka mahukan perhatian ibu bapa.

Tetapi jika ibu bapa sememangnya sudah berada di rumah sepanjang masa, anak akan menjadi bergantung pada kehadiran anda untuk memberikan ketenangan sebelum tidur.

Walau apa pun situasi anda, luangkan sedikit masa untuk tanya pada anak tentang hari mereka. Fokuskan pada perkara positif, atau nyatakan apa yang anda perhati tentang mereka. Ia boleh memberikan impak yang baik.

3. Aktiviti fizikal pada waktu siang = tidur yang berkualiti

Tahukah anda, melakukan aktiviti yang bermanfaat pada waktu pagi dapat membantu mengurangkan kegelisahan pada kanak-kanak seperti mana kesannya pada orang dewasa 4 juga?

Ini bermakna anda boleh mengaturkan aktiviti yang membuatkan anak anda bergerak aktif, tetapi elakkan daripada membuat perkara berintensiti terlalu kuat pada waktu petang, terutamanya sebelum tidur atau ia akan menyebabkan anak sukar tidak.

Sebaiknya, mulakan pada waktu pagi dengan aktiviti yang boleh merangsang keaktifan anak. Kemudian, kurangkan intensiti dan tahap rangsangan bagi mempersiapkan mereka untuk tidur lebih lena pada waktu malam.

Pada waktu siang, anda disaran untuk mendedahkan anak mendapatkan cahaya matahari dengan sebanyak mungkin. Ini akan membantu memastikan jam biologi mereka bergerak mengikut waktunya.

Jika boleh, bawa anak keluar bermain di taman atau cukup sekadar berbasikal di kawasan perumahan.

Pada waktu malam pula, cahaya lembut akan meningkatkan pengeluaran melatonin dan membantu mengatasi maslah anak susah tidur malam.

4. Saiz hidangan makanan

Tanpa kita sedar, pemakanan juga sebenarnya memainkan peranan penting untuk memudahkan anak tidur pada waktu malam.

Biasanya dalam sehari, seorang kanak-kanak memerlukan 3 hidangan makanan utama dan 2 hidangan snek 5. Untuk waktu hidangan pula adalah bergantung kepada aktiviti seharian mereka.

Anda boleh mensasarkan tempoh antara 2 atau 3 jam antara waktu hidangan utama dan snek 5.

Jangan lupa untuk memberikan anak 2 atau 3 hidangan susu dalam sehari. Ia merupakan cadangan hidangan berdasarkan garis panduan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 6.

Anda juga boleh memberikan susu yang diperkaya dengan nutrien-nutrien penting seperti DHA dan MFGM. DHA merupakan antara nutrien penting bagi proses tumbesaran dan kematangan otak kanak-kanak 7.Manakala MFGM atau milk fat globule membrane, merupakan nutrien yang diperlukan kanak-kanak untuk menyokong perkembangan kognitif dan kesihatan secara keseluruhan 8.

Pastikan juga anak mendapat hidangan makan malam yang mengenyangkan pada waktu yang bersesuaian 2.

Berasa lapar atau terlalu kenyang sebelum tidur boleh menyebabkan anak rasa tidak selesa, sekali gus mengakibatkan anak sukar tidur. Pada waktu pagi pula, sediakan sarapan sihat untuk membantu memulakan jam badan anak dengan tepat.

Elak dari memberi anak makanan atau minuman dengan kandungan kafein. Bukan kopi sahaja, teh, minuman tenaga, dan coklat juga mengandungi kafein.

Jika anak mahukan pencuci mulut, berikan mereka buah-buahan segar ketika hampir dengan waktu tidur.

5. Anak susah tidur malam: Wujudkan tempat tidur yang selesa

Bilik tidur anak seharusnya menjadi tempat khas untuk mereka sahaja. Ini secara tidak langsung dapat menyumbang kepada waktu tidur yang berkualiti.

Pastikan bilik tidur anak tidak terlalu panas, sesak dengan barangan atau perabot, mahupun memiliki pencahayaan yang terlalu terang.

Tetapkan suhu persekitaran yang optimum, peralatan tempat tidur yang selesa dan baik bersama tahap cahaya ideal: disarankan persekitaran yang gelap 4.

Pun begitu, sekiranya anak anda takut gelap, pilihlah cahaya malam yang suram untuk memastikan cahayanya tidak terlalu terang atau ia boleh menyukarkan mereka memejamkan mata.

Meletakkan bau-bauan wangi atau manis yang disukai anak di dalam biliknya juga boleh membantu mereka tidur lebih mudah.

Umumnya, bilik tidur dengan keadaan tenang, suram dan sejuk amat optimum untuk rehat malam yang baik.

Cegah Masalah Anak Sukar Tidur

Ibu bapa boleh cuba cara di atas untuk membantu anak mudah anak sukar tidur dan menggalakkan tabiat tidur yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, sekiranya masalah anak susah tidur malam makin serius, malahan perubahan kebersihan tidur juga tidak berfungsi, sebaiknya bawalah anak anda mendapatkan pemeriksaan dengan pakar kanak-kanak

 

REFERENCES:

1. What Sleep Is and Why All Kids Need It (2014). Retrieved Aug 8, 2020 from:
https://kidshealth.org/en/kids/not-tired.html

2. How to sleep better: 10 tips for children (2020). Retrieved Aug 8, 2020 from:
https://raisingchildren.net.au/toddlers/sleep/better-sleep-settling/sleep-better-tips

3. How to help your kids get a good night’s sleep. Retrieved Aug 8, 2020 from:
https://www.stanfordchildrens.org/en/service/sleep-disorders/good-night-sleep

4. How to encourage good sleep habits for your children during the COVID-19 crisis. Retrieved Aug 8, 2020 from:
https://sleeponitcanada.ca/how-to-encourage-good-sleep-habit-for-your-children-during-the-covid-19-crisis/

5. Sample Daily Toddler Meal Plan (And Feeding Schedules) (2020). Retrieved Aug 8, 2020 from:
https://www.yummytoddlerfood.com/advice/picky-eating/sample-daily-toddler-meal-plan/

6. Malaysian Dietary Guidelines for Children and Adolescents (2013). Retrieved Aug 8, 2020 from:
http://nutrition.moh.gov.my/wp-content/uploads/penerbitan/buku/MDG_Children_adolescent_2014.pdf

7. DHA Benefits and Side Effects for Children (2020). Retrieved Aug 8, 2020 from:
https://www.verywellmind.com/dha-for-children-89181#:~:text=in%20supplement%20form.-,Uses,%2Dhyperactivity%20disorder%20(ADHD).

8. Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children (2012). Retrieved Aug 8, 2020 from:
https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22305534/#:~:text=Conclusion%3A%20Regular%20consumption%20of%20formula,leads%20to%20improved%20behavioral%20regulation.