Polisi Privasi Mead Johnson Nutrition

Mead Johnson Nutrition (Malaysia) Sdn Bhd. (“MJN MY”) Laman Web (“Laman Web MJN MY”)
Tarikh Berkuatkuasa: 29 September 2018

Tujuan Polisi Privasi

Syarikat Mead Johnson Nutrition (MJN) menghormati privasi pelanggannya, termasuklah pengguna Laman Web MJN, dan memahami bahawa maklumat tentang anda, kesihatan anda, dan penjagaan kesihatan anda adalah maklumat yang sensitif. Pengawalselia maklumat peribadi, Kumpulan Reckitt Benckiser PLC ialah pemilik jenama MJN. Dan Kumpulan Reckitt Benckiser PLC dan sekutunya, tidak akan menjual atau menyewakan maklumat pengenalan peribadi anda kepada pihak ketiga, kecuali seperti yang dinyatakan di dalam seksyen Pemindahan Kawalan di dalam Polisi Privasi ini. Polisi Privasi ini yang dibangunkan oleh Kumpulan Reckitt Benckiser PLC dan sekutunya adalah bertujuan untuk memberi maklumat tentang amalan kami berkenaan dengan pengumpulan, penggunaan, dan pendedahan maklumat yang mungkin anda berikan. Anda diminta untuk membaca Polisi Privasi ini sebelum menghantar maklumat pengenalan peribadi anda ke Laman Web MJN. Dengan menghantar maklumat pengenalan peribadi anda kepada laman web ini, anda dengan ini mengesahkan bahawa anda faham dan bersetuju dengan terma Polisi Privasi ini. Bagi tujuan Polisi Privasi ini, terma "maklumat pengenalan peribadi" adalah bermaksud maklumat individu, yang secara langsung atau tidak langsung, boleh digunakan untuk mengenal pasti individu tersebut. Contoh maklumat pengenalan peribadi termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  • Nama
  • Alamat
  • Tarikh Lahir
  • Nombor akaun (cth. akaun bank, kad kredit)
  • Maklumat biometrik (cth. cap jari)

 

Maklumat Yang Diberikan Secara Sukarela oleh Pengguna Laman Web

Kebanyakan halaman di dalam Laman Web MJN ini boleh dilawati tanpa memberikan maklumat pengenalan peribadi anda kepada kami, namun untuk mengakses bahagian tertentu di dalam Laman Web MJN ini atau apabila anda ingin berkomunikasi dengan kami dan memerlukan maklum balas daripada kami, Laman Web MJN ini akan mengumpulkan maklumat tertentu untuk dihubungi. Maklumat ini termasuklah nama anda, alamat, maklumat untuk dihubungi dan maklumat transaksi. Kami memerlukan maklumat anda agar kami dapat memberi maklum balas kepada pertanyaan anda atau untuk berhubung dengan anda, selari dengan dan pada had maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang.

Kami juga akan memaklumkan kepada anda bagaimana kami menggunakan maklumat tersebut (sebagai contoh untuk tujuan pemasaran) sebelum kami mengumpul maklumat tersebut daripada anda dan hanya dengan kebenaran anda sahaja (yang diperolehi melalui borang, e-mel, laman sosial media sosial dan/atau panggilan telefon) maklumat tersebut akan digunakan mengikut tujuan yang telah dinyatakan.

Sekiranya anda tidak mahu maklumat tersebut digunakan oleh kami untuk terus menghubungi anda melewati dari sekadar memenuhi permintaan anda, atau sekiranya anda telah memberikan kebenaran anda tetapi kemudiannya anda menukar fikiran dan mengambil keputusan untuk menarik balik kebenaran tersebut, sila maklumkan kepada kami dengan menghubungi kami di sini atau menghubungi talian bebas tol kami di 1-800-88-3585.

Kebanyakan kandungan (artikel, alatan, fitur dan lain-lain) di dalam Laman Web MJN ini hanya boleh diakses hanya dan pada ketika anda berkongsi nama, alamat, dan maklumat untuk dihubungi. Perkongsian maklumat ini adalah terpulang pada anda tetapi dengan tidak berkongsi maklumat ini akan mengehadkan akses anda kepada kandungan yang tersebut.

Kemaskini, Pembetulan, Perkongsian dan Pengekalan Maklumat Pengenalan Peribadi

Dengan menggunakan Laman Web MJN bermakna anda bersetuju untuk kami menggunakan maklumat pengenalan peribadi anda bagi tujuan pemasaran dan/atau penjualan produk yang dikilangkan, dijual dan/atau yang diagihkan oleh Kumpulan Reckitt Benckiser PLC dan sekutunya. Anda berhak untuk menarik-balik persetujuan seperti berikut:

  • Meminta salinan Maklumat Peribadi yang kami simpan tentang anda;
  • Meminta kami menyekat cara kami menggunakan Maklumat Peribadi anda;
  • Meminta kami mengemas kini Maklumat Peribadi yang kami simpan tentang anda, atau membetulkan sebarang Maklumat Peribadi yang anda fikir tidak betul atau tidak lengkap;
  • Meminta kami memadamkan data peribadi yang kami ada tentang anda ("hak untuk dilupakan");
  • Membantah pemprosesan Maklumat Peribadi anda oleh kami (termasuk untuk tujuan pemasaran langsung); atau
  • Meminta data peribadi anda dipindahkan kepada anda atau pengawal data lain (hak "kemudahalihan data").

Anda boleh mengemaskini pilihan anda untuk menerima maklumat yang dinyatakan dengan arahan memilih-keluar di bahagian bawah dalam setiap e-mel dari kami. Sebagai alternatif, anda boleh mengemaskini atau membetulkan maklumat pengenalan peribadi anda atau memilih-keluar daripada senarai mel kami dan perkhidmatan lain yang sebelum ini anda minta, dengan menghubungi kami di sini atau membuat panggilan kepada kami di 1-800-88-3585.

Anda juga mempunyai hak untuk membuat aduan dengan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi untuk mana-mana pencabulan hak privasi anda.

MJN berhasrat untuk memaklumkan kepada anda bahawa maklumat pengenalan peribadi anda mungkin akan didedahkan kepada Kumpulan Reckitt Benckiser PLC dan/atau Sekutunya dan/atau pihak ketiga yang mungkin berada di luar Malaysia bagi tujuan memproses data tersebut untuk memudahkan urusan penggunaan yang telah dinyatakan tadi. Kami akan memastikan maklumat pengenalan peribadi tersebut diproses oleh mana-mana pihak ketiga mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Kami akan menyimpan maklumat anda selama mana yang diperlukan dengan tujuan pengumpulan seperti yang telah dinyatakan, dan juga bagi penubuhan, atau menjalankan atau perlindungan daripada tuntutan undang-undang, untuk tujuan sah yang lain, atau seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang.

Penggunaan dan Pendedahan Maklumat Bukan Pengenalan Peribadi

Maklumat bukan pengenalan peribadi merujuk kepada pertanyaan, komen, idea, atau cadangan di dalam laman kami atau di dalam halaman media sosial kami. Maklumat yang sedemikian tidak akan diperlakukan sebagai maklumat sulit.

Kumpulan Reckitt Benckiser PLC dan sekutunya bebas untuk menggunakan maklumat yang sedemikian untuk tujuan pemasaran dalaman, kajian dalaman, atau untuk tujuan perkhidmatan pelanggan tertakluk kepada budi bicara pihaknya. Dengan memberikan maklumat yang sedemikian kepada Kumpulan Reckitt Benckiser PLC dan sekutunya, anda dengan ini faham bahawa MJN tidak mempunyai sebarang tanggungjawab kepada anda berkenaan dengan maklumat atau apa-apa hubungan yang terjalin di antara MJN dan anda sebagai akibat kepada penyediaan pemberian maklumat yang sedemikian.

Penggunaan Kuki

Kami menyimpan maklumat di dalam komputer anda dengan teknik yang dikenali oleh sistem sokongan pelayar anda sebagai “kuki”. Kuki ini digunakan untuk pelbagai tujuan, ini termasuklah tetapi tidak terhad kepada untuk membantu kami memahami kandungan yang anda perlukan yang dalam kes tertentu membantu kami menyuaipadan kandungan dengan minat anda atau membantu kami mengelakkan dari bertanyakan maklumat yang sama apabila anda melawat kembali laman web kami.

Untuk memberhentikan atau mengehadkan penggunaan kuki ini, sila rujuk kepada pilihan yang disediakan oleh (Penyemak Imbas) Internet anda. Tetapi, jika anda berbuat demikian, kebanyakan paparan di laman web kami mungkin tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

Log Pelayan Web dan Alamat IP

Dengan atau tanpa kuki, laman web kami akan sentiasa menjejak penggunaan data, seperti sumber asal alamat permintaan halaman (cth. alamat IP anda, nama domain), tarikh dan masa permintaan halaman dibuat, laman web yang dirujuk (jika ada), dan parameter yang lain di dalam URL (cth. kriteria pencarian). Kami akan menggunakan data ini untuk lebih memahami penggunaan laman web secara keseluruhannya dan untuk menentukan bahagian yang mana yang lebih disukai oleh pengguna (cth. berdasarkan pada bilangan pelawat pada bahagian-bahagian tersebut). Maklumat ini tersimpan di dalam fail log dan digunakan oleh Kumpulan Reckitt Benckiser PLC dan sekutunya bagi laporan statistik mereka. Kami pasti, kami tidak dapat mengenalpasti mana-mana individu melalui maklumat yang berkenaan sama ada maklumat tersebut diteliti secara individu atau secara berkumpulan.

Keselamatan

Kami mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengekalkan perlindungan bagi maklumat pengenalan peribadi yang dikumpul melalui laman web kami dan digunakan mengikut seperti yang telah dinyatakan di dalam Polisi Privasi ini. Sebagai tambahan kepada perlindungan teknikal, kami juga menggunakan kawalan fizikal dan prosedur untuk melindungi maklumat pengenalan peribadi anda. Akan tetapi, kami tidak dapat menjamin bahawa maklumat ini akan selamat sepenuhnya daripada mereka yang mencuba untuk menembusi atau mengelakkan langkah-langkah keselamatan kami atau memintas penghantaran maklumat dalam Internet. Dengan memberikan maklumat pengenalan peribadi anda, anda bersetuju menerima langkah-langkah keselamatan kami seperti yang dijelaskan di atas.

Pemindahan Kawalan

Keadaan mungkin akan timbul di mana kami, menurut kepentingan yang sah, mengambil keputusan untuk menyusun kembali, melepaskan sebahagian atau semua perniagaan kami atau satu rangkaian perniagaan kami, ini termasuklah maklumat pangkalan data dan laman-laman kami, melalui pelepasan, penggabungan, perolehan, atau apa-apa cara pemindahan yang lain. Dalam mana-mana keadaan yang sedemikian, maklumat pengenalan peribadi mungkin akan dikongsikan, dijual, dipindahkan, disewakan, dilesenkan atau sebaliknya disediakan atau dijadikan tersedia oleh kami atau bagi pihak kami kepada pihak yang sebenar atau yang berpotensi, dan yang mempunyai hubungan dengan, urusan yang sedang dipertimbangkan (tanpa keizinan atau makluman kepada anda). Dalam keadaan yang demikian, kami akan mendapatkan jaminan bertulis agar maklumat pengenalan peribadi pelanggan kami akan dilindungi sewajarnya.

Penguatkuasaan Undang-undang

Dalam keadaan yang jarang berlaku, kami mungkin diperintahkan oleh mahkamah atau badan berkanun atau proses pengawalseliaan, atau sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang untuk mendedahkan maklumat pengenalan peribadi kepada pihak penguatkuasa undang-undang, pihak mahkamah, atau pihak pengawalselian yang bertanggungjawab. Kumpulan Reckitt Benckiser PLC dan sekutunya akan bekerjasama dalam memberi maklum balas ke atas permintaan yang sedemikian, selari dengan proses pengawalseliaan atau undang-undang, dan akan mengambil langkah yang sepatutnya untuk memastikan pemohon tadi faham bahawa mana-mana maklumat pengenalan peribadi yang bakal mereka terima adalah maklumat yang sensitif.

Perubahan pada Polisi Privasi Kami

MJN boleh pada bila-bila masa menyemak semula Polisi Privasi ini dengan mengemaskini paparan ini. Kami akan maklumkan kepada anda sebelum apa-apa perubahan berkuatkuasa.

Polisi Privasi Yang Mengawal Laman Web Tautan

Untuk kemudahan pelawat kami, Laman Web MJN mengandungi pautan ke Laman lain yang ada menyediakan maklumat yang berguna. Polisi Privasi yang dijelaskan di sini tidak terpakai dikenakan ke atas Laman lain yang anda gunakan. Sebelum menggunakan pautan Laman Web tersebut, anda disarankan untuk meneliti dan memahami privasi Internet mereka dan bagaimana mereka menggunakan dan melindungi maklumat pengenalan peribadi.

Privasi Dalam Talian untuk Kanak-kanak

MJN komited dalam melindungi privasi kanak-kanak.MJN tidak bermaksud untuk mengumpul maklumat pengenalan peribadi daripada mereka yang berumur di bawah 18 tahun. Sekiranya seorang kanak-kanak telah memberikan maklumat pengenalan peribadi mereka kepada kami tanpa pengetahuan dan/atau kebenaran ibubapa atau penjaga mereka, ibubapa atau penjaga mereka boleh menghubungi kami.

Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan tentang Polisi Privasi ini atau mana-mana aspek privasi di dalam laman web kami, sila hubungi kami di: Mead Johnson Nutrition (Malaysia) Sdn Bhd., Level 17, Menara One Sentrum, No. 201, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur.
Talian Bebas Tol: 1-800-88-3585