mabuk kehamilanApa yang normal dan tidak normal dengan mabuk kehamilan?

Mabuk kehamilan – yang akan anda alami tidak mengira waktu, siang atau malam, boleh memberi kesan kepada anda seawal 2 minggu selepas proses persenyawaan berlaku1. Mabuk kehamilan ini selalunya akan mula dialami pada minggu keenam dan akan semakin reda sekitar minggu ke12.

Walau bagaimanapun, mabuk kehamilan yang teruk dan tidak normal dikenali sebagai hyperemesis gravidarum (HG).2 Antara tanda-tanda mabuk kehamilan termasuklah kehilangan berat badan yang banyak (lebih daripada 10 paun atau 4.5 kilogram), muntah lebih dari tiga atau empat kali sehari dan sehingga anda merasa dehidrasi dan merasa pening.3 

Mabuk kehamilan tidak akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan anda tetapi kehilangan berat badan ketika hamil akan menyebabkan bayi dalam kandungan anda lahir dengan berat kelahiran yang rendah.1

Mengapa anda mengalami mabuk kehamilan?

Tetapi anda akan mempunyai kebarangkalian yang tinggi akan mengalami mabuk kehamilan sekiranya berat badan anda berlebihan, mudah mabuk kenderaan, atau hamil dengan anak kembar dua atau lebih.1,4

Bagaimana untuk menghadapi mabuk kehamilan? 

Berikut adalah lima cara untuk meredakan simpton yang kurang menyenangkan ini:

Makan:

  • Buah-buahan sitrus, seperti buah lemon dan oren 
  • Makanan yang tawar lebih mudah untuk ditelan. Makanan sejuk juga lebih baik berbanding makanan yang panas, kerana makanan yang masih panas mempunyai aroma5yang kuat, yang mungkin akan mencetuskan rasa loya dan mual
  • Makanan yang tinggi kandungan vitamin B6 mungkin boleh meredakan rasa loya dan mual6, seperti kacang, pisang, tuna dan kacang kuda7

Buat:

  • Berehat dengan secukupnya kerana keletihan boleh mencetuskan gejala mabuk kehamilan8
  • Sekiranya anda mengambil suplemen pranatal di atas nasihat doktor anda, makan suplemen anda bersama dengan hidangan dan tidak mengambil suplemen dengan perut yang kosong. Tetapi, anda perlu terlebih dahulu rujuk dengan doktor anda berkenaan waktu yang sesuai untuk mengambil suplemen pranatal anda.
 

 
Rujukan:
1
2
Hyperemesis Gravidarum. - National Organization for Rare Disorders (NORD). http://rarediseases.org/rare-diseases/hyperemesis-gravidarum/.
3
Hyperemesis Gravidarum (Severe Nausea&Vomiting During Pregnancy). – Cleveland Clinic. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases_conditions/hic_Am_I_Pregn....
4
Morning sickness. – March of Dimes. http://www.marchofdimes.org/pregnancy/morning-sickness.aspx.
5
6
Morning Sickness Relief: Treatment & Supplements. - American Pregnancy Association. http://americanpregnancy.org/pregnancy-health/morning-sickness-relief/.
7
Food sources of Vitamin B6. - Dietitians of Canada. http://www.dietitians.ca/getattachment/ea1272c8-602f-4586-8ffb-d7b4a2535....
8
Nausea During Pregnancy. - American Pregnancy Association. http://americanpregnancy.org/pregnancy-health/nausea-during-pregnancy/.