Tentang Kami

Tentang Kami

 

Warisan Mead Johnson
Mead Johnson Nutrition: Seabad Keprihatinan

Mead Johnson & Company diasaskan oleh Edward Mead Johnson, Sr., pada tahun 1905 di bandar Jersey City, New Jersey. E. Mead telah menubuhkan perniagaannya sendiri setelah meninggalkan syarikat Johnson & Johnson, syarikat yang beliau asaskan bersama-sama adik-beradik lelakinya.

Mead Johnson & Company memperkenalkan produk makanan bayi mereka yang pertama pada tahun 1910, dan tahun berikutnya menyaksikan mereka mengeluarkan produk yang meletakkan mereka sebagai pelopor utama dalam pemakanan bayi dan kanak- kanak. Produk mereka Dextri-Maltose®, sejenis pengubah-susu karbohidrat, menjadi produk yang pertama, yang disokong dengan bukti klinikal, disarankan oleh pengamal perubatan sebagai produk pemakanan bayi di Amerika Syarikat.

Pada tahun 1915, syarikat Mead & Johnson telah berpindah ke bandar Evansville, Indiana bagi mendapatkan akses yang mudah kepada bahan mentah untuk menghasilkan Dextri-Maltose.

Beberapa dekad kemudian, Mead Johnson mengukuhkan penguasaannya dalam pembuatan makanan sihat menggunakan sains, dan memperkenalkan pelbagai produk makanan bayi yang inovatif, dan pada masa yang sama mengembangkan perniagaan mereka dalam pembuatan vitamin, produk farmaseutikal, dan produk makanan khas untuk tujuan pemakanan secara enteral dan parenteral.

Melakar sejarah yang pertama di Amerika Syarikat, beberapa produk Mead Johnson telah membawa penambahbaikan yang signifikan dalam kualiti hidup rakyat Amerika pada waktu itu, sehinggakan produk ini menjadi ikon budaya pada waktu itu. Kerjasama yang terhasil di antara Mead Johnson dengan pihak hospital dan pakar penyelidik pemakanan ketika itu menjadi titik-tolak jalinan rakan kongsi Mead Johnson dengan komuniti sains yang berkekalan sehingga kini.

Sebuah Syarikat Global

Walaupun Mead Johnson ditubuhkan dan pusat operasinya masih lagi di Amerika Syarikat, Mead Johnson ialah sebuah syarikat global yang beroperasi di lebih 50 buah negara dan memasarkan lebih daripada 70 jenis produk.

Bahkan, aspirasi Mead Johnson untuk menjadi sebuah syarikat global telah pun dilancarkan sebelum dunia menjadi pusat dagangan global lagi. Negara Kanada, menjadi pasaran pertama Mead Johnson di luar Amerika Syarikat, setelah Mead Johnson melantik wakil jualan mereka pada tahun 1907, dan ini membawa kepada penubuhan organisasi berbeza di Kanada pada tahun 1922.

Sekitar tahun 1940an, Mead Johnson mula menubuhkan anak syarikat yang dipunyai-sepenuhnya di Mexico dan Amerika Latin, di mana mereka telah berjaya menjalankan urusan perniagaan eksport di situ. Syarikat ini terus berkembang, sehingga sampai ke benua Eropah, Asia dan ke Rim Pasifik, sehingga tahun 1967, apabila syarikat ini telah diperolehi oleh syarikat Bristol-Myers Company, yang kemudiannya digabungkan dengan syarikat Squibb Corporation.

Pada dekad yang seterusnya, transformasi Mead Johnson menjadi syarikat yang global terus berlangsung. Dengan penghasilan produk-produk tertentu yang dihasilkan mengikut kehendak pelanggan dan pasaran negara tertentu, produk yang sedia-ada telah dikembangkan untuk menembusi pasaran baru. Dalam pada masa yang sama, produk Enfamil® nmenjadi terkenal seluruh dunia sebagai produk makanan berkhasiat untuk bayi dan menjadi pelopor dalam pemakanan pediatrik.

Hari ini, Mead Johnson di Amerika Utara dan di peringkat antarabangsa terus berkembang maju, ini kerana syarikat Mead Johnson masih meneruskan inovasi di dalam pemakanan berasaskan sains bagi pihak bayi, ibubapa, dan pengamal kesihatan profesional di seluruh dunia.