Child in digestive distress

 

 

Adakah anak anda seorang yang perengus (mudah marah)? Jangan abaikannya kerana ianya mungkin disebabkan masalah pencernaan! Bahkan, 1 daripada 3 kanak-kanak mengalami simptom masalah pencernaan1. Ini termasuklah sakit perut atau kekejangan, kembung perut, bergas (apabila banyak sendawa/kentut yang dikenali juga sebagai “angin” dalam sesetengah budaya), atau najis berair.

 

Pencernaan Dan Pertumbuhan Serta Perkembangan Anak Anda

 

Sememangnya telah pun diketahui pencernaan akan memberi kesan terhadap ketersediaan nutrien dan memerhatikan masalah pencernaan anak anda mungkin akan memberikan petunjuk kepada anda tentang apa yang anak anda telah ambil. Oleh kerana susu untuk membesar adalah makanan tambahan dalam pemakanan kanak-kanak, berkemungkinan nutrien yang ada di dalam susu seperti protein dan laktosa yang menjadi punca kepada masalah pencernaan2,3 yang dihadapi oleh mereka.

 

Berikut adalah fakta tentang protein dan laktosa untuk membantu anda memahami betapa penting nutrien ini dalam pertumbuhan dan perkembangan anak anda.

 

 

Protein terdiri daripada asid amino yang digunakan dalam struktur fizikal otot, tulang dan organ serta salah satu komponen sel darah merah, hormon dan enzim yang penting untuk badan kita berfungsi dengan cekap.4

 

Laktosa bukan sahaja sumber tenaga, ia juga meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium5 yang membantu membina tulang dan gigi yang kuat. Sebagai tambahan, kesan prebiotiknya juga mampu merangsang pertumbuhan bakteria baik dalam sistem pencernaan badan.3

 

 

Bagaiman Protein Dan Laktosa Yang Tidak Tercerna Akan Menyebabkan Masalah Pencernaan Di Kalangan Kanak-Kanak?

 

Laktosa

Nutrien laktosa yang terdapat di dalam susu akan diuraikan oleh enzim laktase menjadi gula ringkas, glukosa dan galaktosa, yang kemudiannya akan diserap di dalam usus kecil untuk kegunaan badan kita sebagai bahan bakar atau tenaga.5 Apabila enzim laktase rendah, masalah pencernaan laktosa (penguraian tidak lengkap) berlaku dan laktosa yang tidak tercerna ini akan pergi ke usus besar di mana proses penapaian oleh bakteria akan berlaku. Proses penapaian oleh bakteria ini akan menghasilkan asid dan gas yang akan menyebabkan masalah pencernaan seperti bergas (masuk angin), kembung perut, sakit perut dan najis berair.6

 

Protein

Seperti laktosa, protein akan diuraikan menjadi molekul-molekul ringkas oleh enzim enterokinase7. Molekul ringkas protein ini kemudiannya akan diserap oleh badan. Dalam keadaan kekurangan enterokinase, masalah penyerapan yang teruk mungkin akan berlaku (penyerapan nurtrien gagal) dan akan menyebabkan cirit-birit, pertumbuhan yang tidak sihat, kandungan protein darah yang kurang dan bengkak/edema.2

 

Ketahuilah, sistem pencernaan yang baik akan membawa kepada pencernaan yang baik dan seterusnya akan memberi impak kepada pertumbuhan dan perkembangan anak anda. Oleh kerana itu, anda mungkin tidak mahu lagi mengabaikan masalah- masalah pencernaan ini. Hasil daripada kemajuan teknologi dalam bidang pemakanan pediatrik, susu untuk membesar kini telah diformulasikan dengan protein yang lebih mudah dicerna dengan kandungan laktosa yang rendah bagi membantu menyokong sistem pencernaan anak anda.

 

 

 

 

Resources:

  1. MJN Internal data, children 1-3yo, N=259. Habits & Practices Study 2015.
  2. Zheng XL, Kitamoto Y, Sadler JE. Enteropeptidase, a type II transmembrane serine protease. Front Biosci (Elite Ed). 2009;1:242-9.
  3. Szilagyi A. Redefining lactose as a conditional prebiotic. Canadian Journal of Gastroenterology and Hepatology. 2004;18(3):163-7.
  4. U.S. Food and Drug Administration. Protein. Available at https://www.fda.gov/food/food-labeling-nutrition/fdas-nutrition-initiatives. Accessed on 18 October 2017
  5. Schaafsma G. Lactose and lactose derivatives as bioactive ingredients in human nutrition. International Dairy Journal. 2008;18(5):458-65.
  6. Jackson KA, Savaiano DA. Lactose maldigestion, calcium intake and osteoporosis in African-, Asian-, and Hispanic-Americans. Journal of the American College of Nutrition. 2001 Apr 1;20(2):198S-207S.
  7. Holzinger A, Maier EM, Bück C, Mayerhofer PU, Kappler M, Haworth JC, Moroz SP, Hadorn HB, Sadler JE, Roscher AA. Mutations in the proenteropeptidase gene are the molecular cause of congenital enteropeptidase deficiency. The American Journal of Human Genetics. 2002;70(1):20-5