Mengapa rangsangan dan bermain penting?

Kanak-kanak belajar untuk perkembangan otak

Tahukah anda sebanyak 1,000 trillion sinaps terhasil melalui pengalaman sewaktu zaman kanak-kanak pada tahun-tahun awal kehidupan mereka?  Sewaktu tahun-tahun awal kehidupan, jumlah sinaps yang terhasil hampir dua kali ganda jumlah sinaps otak seorang dewasa.1
Lebih banyak seorang anak itu belajar, lebih banyak otaknya akan berkembang, dan sebaliknya – semakin banyak otak mereka berkembang, semakin banyak yang akan mereka pelajari. Sepanjang tumbesaran kanak-kanak, sinaps atau hubungan sel otak yang digunakan akan disimpan, manakala hubungan sel otak yang tidak digunakan akan ditukar atau dibuang.1
Oleh kerana perkembangan otak amat kritikal buat anak kecil anda, jadi memastikan mereka mendapat khasiat dan stimulasi yang diperlukan adalah penting.
DHA ialah salah satu nutrien yang menjadi blok binaan untuk otak. Ia membantu membina dan memastikan sel-sel otak menjadi lebih fleksibel.
 
 

Rujukan:
1Brotherson, Sean (2005). FS-609 Bright Beginnings #4 – Understanding Brain Development in Young Children. NDSU Extension Service North Dakota State University.