pendidikan awal kanak-kanak

Apa itu pendidikan awal kanak-kanak? Umumnya, ia melibatkan perkembangan emosi, sosial dan fizikal si manja yang akan memberi kesan langsung kepada pembentukan personaliti diri mereka pada masa hadapan.

Ayuh ketahui mengenai kepentingannya serta cara yang boleh anda lakukan untuk menyokong proses pembelajaran awal ini.

 

Apa itu pendidikan awal kanak-kanak?

Pendidikan awal kanak-kanak ini dianggap sebagai istilah rasmi untuk mendidik si manja. Secara khusus, ia merujuk kepada program pendidikan formal dan tidak formal yang membimbing pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak sepanjang 5 tahun pertama kehidupan1.

Dalam tahun-tahun awal tumbesaran, otak akan menghasilkan berjuta-juta sinaps setiap saat. Sambungan saraf dalam otak ini membolehkan kita bergerak, berfikir, berkomunikasi dan memahami dunia di sekeliling.

Kajian menunjukkan si manja yang mendapat program pendidikan awal berkualiti sebelum mencapai usia 5 tahun boleh memberikan kesan jangka panjang yang positif dalam kehidupan mereka2.

 

Aspek penting dalam pendidikan awal kanak-kanak

Matlamat utama pendidikan awal ini adalah untuk mempersiapkan anak dengan strategi yang dapat membantu mereka mengembangkan kemahiran emosi, sosial dan kognitif yang diperlukan1.

Kemahiran berikut menjadi antara yang paling penting untuk dikuasai si manja:

Bahasa dan celik huruf

Bahasa menyediakan asas untuk pembangunan kemahiran literasi. Belajar komunikasi melalui gerak isyarat, bunyi dan perkataan meningkatkan minat dan pemahaman anak terhadap buku dan membaca.

Berfikir 

Si manja secara semula jadinya mempunyai rasa ingin tahu. Dalam aktiviti harian, mereka akan membangunkan dan menggunakan pemahaman tentang konsep matematik, seperti mengira dan menyusun serta kemahiran menyelesaikan masalah.

pendidikan awal kanak-kanak

Kawalan diri, penting dalam pendidikan awal kanak-kanak

Ini merujuk kepada keupayaan untuk meluahkan dan mengurus emosi dengan cara yang sesuai. Ia dianggap aspek penting untuk membantu kejayaan anak di sekolah dan perkembangan diri yang sihat secara keseluruhan.

Kemahiran ini membolehkan anak bekerjasama dengan individu lain, mengatasi kekecewaan dan menyelesaikan konflik.

Keyakinan diri

Apabila si manja berasa yakin dan percaya dengan diri sendiri, mereka akan lebih bersedia untuk menyahut cabaran baharu. Aspek ini juga penting untuk mengharungi cabaran sosial seperti perkongsian, persaingan dan persahabatan.

Kini anda sudah memahami aspek penting dalam apa itu pendidikan awal kanak-kanak. Jom kita ketahui pula caranya untuk anda menyokong proses pembelajaran tersebut.

 

6 cara menyokong pembelajaran awal anak

Sebagai ibu bapa, sudah tentu anda mahu menggalakkan dan menyokong pendidikan awal si manja dengan pendekatan yang betul. Paling penting, anda mahukan anak mendapat peluang untuk menjadi versi terbaik diri mereka.

Melibatkan diri secara aktif dengan pembelajaran awal anak akan membantu mereka maju secara positif dalam kemahiran sosial, tingkah laku dan teras.

Bukan itu sahaja, penglibatan anda sebagai ibu bapa dapat membuatkan anak berasa disayangi, berhubung dan dihargai. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan mereka dalam pembelajaran dan kehidupan.

pendidikan awal kanak-kanak

Pembelajaran dalam aktiviti harian

Menggabungkan perbualan dan pembelajaran ke dalam aktiviti harian memberikan anak lebih banyak peluang untuk menyerap maklumat dan berhubung dengan dunia di sekelilingnya3

Dalam beberapa tahun awal kehidupan, anak mempunyai kapasiti yang luar biasa untuk belajar, terutamanya dalam bidang pertuturan dan perkembangan bahasa. 

Berikan pendedahan secara berterusan kepada anak melalui perbualan, muzik, bunyi, nombor dan cerita akan membantu memaksimumkan tahun-tahun awal perkembangan mereka.

Membaca buku

Membaca buku bersama anak adalah salah satu cara paling berkesan untuk meningkatkan pembelajaran bahasa mereka3. Membuka buku walaupun hanya untuk beberapa minit sehari dapat mendorong perkembangan mereka.

Berdasarkan kajian, bacaan ibu bapa kepada anak dapat meningkatkan pembacaan si manja dan kemahiran kognitif lain sehingga mereka mencapai usia 10-11 tahun4. Ini merupakan campur tangan awal kehidupan yang bermanfaat untuk sepanjang hayat mereka.

pendidikan awal kanak-kanak

 

Aktiviti kesukaan anak bantu rangsang pendidikan awal kanak-kanak

Beri peluang kepada si manja untuk melibatkan diri dalam perkara yang digemari, membina keinginan dan minat mereka untuk belajar5.

Pada dasarnya, anda sedang menyokong perkembangan diri mereka. Melalui pendekatan ini, anda membantu anak memilih kecenderungan pembelajaran mereka dengan cara lebih menyeronokkan.

Bergembira bersama

Aspek kritikal untuk meningkatkan pendidikan awal kanak-kanak adalah untuk menjadikannya lebih menyeronokkan, santai dan disukai untuk anda dan anak anda. Salah satu cara kanak-kanak belajar dengan baik adalah melalui bermain dengan ibu bapa mereka.

Si manja pastinya suka meluangkan masa dengan anda. Memastikan masa itu diluangkan dengan sebaiknya dan berkesan, baik untuk perkembangan mereka6.

Apabila anak sudah cukup besar, tanyakan apa yang mereka mahu lakukan untuk berseronok bersama-sama anda. Ini membuatkan diri mereka berasa penting dan dihargai.

Bermain dan meneroka dengan bebas

Dengan memberi kebebasan kepada anak untuk bermain dan belajar sendiri7, anda menghargai dan membenarkan mereka berkembang.

Seorang kanak-kanak mempunyai kebolehan semula jadi untuk belajar dan meneroka. Ini adalah cara sihat untuk memupuk sifat berdikari anak anda dan rasa percaya kepada diri mereka. 

Dalam masa sama, anda juga mempunyai peluang untuk memerhati, menghargai dan belajar tentang si manja.

 

Sokong pendidikan awal kanak-kanak dengan nutrisi pemakanan

Sebagaimana pentingnya memberikan galakan kepada si manja bagi mendapatkan pendidikan awal terbaik, anda juga tidak harus mengenepikan aspek pemakanan sebagai salah satu faktor penting yang dapat menyokong proses tersebut.

Memberikan anak makanan bernutrisi dan seimbang yang kaya dengan vitamin, mineral, protein, karbohidrat dan lemak penting untuk perkembangan kognitif dan badan si manja8,9

Kajian membuktikan makanan yang diambil anak mempengaruhi komposisi otak dan emosi, termasuklah kewaspadaan dan pengeluaran neurotransmitter9

Keperluan MFGM dan DHA untuk perkembangan anak

Anda boleh membantu memenuhi keperluan nutrisi anak dengan memberikan mereka susu formula kanak-kanak yang diperkaya MFGM (Milk fat globule membrane) dan DHA seperti Enfagrow A+ MindPro. Kedua-dua nutrisi ini penting untuk perkembangan emosi (EQ) dan kecerdasan minda (IQ).

pendidikan awal kanak-kanak

MFGM turut berperanan menyokong perkembangan kognitif anak, melibatkan kecerdasan dan fungsi eksekutif seperti kemampuan menyelesaikan masalah, beradaptasi10 dengan lebih baik serta meningkatkan kelajuan berfikir.

Malah, MFGM juga memainkan peranan penting dalam kawalan tingkah laku lebih baik selain pengurangan simptom demam10. Ini penting kerana dalam tempoh 5 tahun pertama tumbesaran, anak akan banyak belajar dan meneroka dunia sekelilingnya.

Kajian menunjukkan MFGM boleh memberi kelebihan kepada perkembangan minda kanak-kanak untuk jangka masa melebihi 5 tahun. Kanak-kanak yang mengambil MFGM mempunyai kelebihan IQ dan EQ yang tinggi dalam jangka masa panjang.

Pengambilan tahap DHA mengikut saranan pakar juga aspek penting yang dapat menyokong pendidikan awal kanak-kanak dan perkembangan mereka secara keseluruhan.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), DHA diperlukan dalam proses perkembangan kognitif kanak-kanak11. Ia penting bagi membantu sel otak berhubung, mempengaruhi fungsi pemikiran dan proses pembelajaran anak.

Sekiranya anda inginkan susu formula yang bukan sahaja mempunyai MFGM dan DHA, tetapi juga dengan protein mudah untuk dihadam, Enfagrow A+ MindPro Gentlease boleh dijadikan sebagai pilihan. Susu formula ini mempunyai kedua-dua MGM dan DHA beserta protein separa hidrolisis yang lebih mudah dihadam untuk membantu menyokong penghadaman kanak-kanak.

Kandungan protein separa hidrolisis (PHP), di mana protein dipecahkan kepada saiz lebih kecil dalam susu formula kanak-kanak, dapat memudahkan penghadaman dan proses penyerapan nutrisi anak12

Susu formula kanak-kanak yang diperkaya dengan MFGM dan DHA ini bukan sahaja dapat menggalakkan perkembangan IQ & EQ serta kognitif anak, malah mengekalkan tahap kesihatan sistem penghadaman mereka.

Dengan sistem penghadaman yang sihat, ia bukan sahaja dapat meningkatkan imuniti badan, malah menyokong kesihatan saraf dan mental yang lebih baik13, sekali gus membantu si manja belajar tanpa gangguan dan menjadi lebih fokus.

 

Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk tips-tips kehamilan dan keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi! Klik di sini untuk sertai.

Sertai Kelab Enfamama A+


Rujukan:
  1. What is early childhood education and why is it so important? Understanding it’s impact. https://www.umassglobal.edu/news-and-events/blog/what-is-purpose-of-early-childhood-education. Accessed on Sept 4, 2023.

  2. Early Childhood Education. https://www.nea.org/advocating-for-change/action-center/our-issues/early-childhood-education. Accessed on Sept 4, 2023.

  3. Talk, Read and Sing Together Every Day! https://www2.ed.gov/documents/early-learning/talk-read-sing/preschool-en.pdf. Accessed on Sept 4, 2023.

  4. Reading to Young Children: A Head-Start in Life. https://www.education.vic.gov.au/Documents/about/research/readtoyoungchild.pdf. Accessed on Sept 4, 2023.

  5. Creative activities for preschooler learning and development. https://raisingchildren.net.au/preschoolers/development/creative-development/preschooler-creative-activities. Accessed on Sept 4, 2023.

  6. Benefits Of Spending Time With A Child. https://bbbsu.org/benefits-of-spending-time-with-a-child-in-their-early-years/. Accessed on Sept 4, 2023.

  7. Why Unstructured Play Is Important to Child Development. https://helpmegrowmn.org/HMG/HelpfulRes/Articles/WhyUnstructure/index.html. Accessed on Sept 4, 2023.

  8. Roberts, M., Tolar-Peterson, T., Reynolds, A., Wall, C., Reeder, N., & Rico Mendez, G. (2022). The Effects of Nutritional Interventions on the Cognitive Development of Preschool-Age Children: A Systematic Review. Nutrients, 14(3), 532. https://doi.org/10.3390/nu14030532. Accessed on Sept 4, 2023.

  9. Brain food: how nutrition alters our mood and behaviour. https://core.ac.uk/download/pdf/33263946.pdf. Accessed on Sept 4, 2023.

  10. Veereman-Wauters, G., Staelens, S., Rombaut, R., Dewettinck, K., Deboutte, D., Brummer, R. J., Boone, M., & Le Ruyet, P. (2012). Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. Nutrition (Burbank, Los Angeles County, Calif.), 28(7-8), 749–752. https://doi.org/10.1016/j.nut.2011.10.011. Accessed on Sept 4, 2023.

  11. Omega-3 Laut Dalam. http://www.myhealth.gov.my/omega-3-laut-dalam/. Accessed on Sept 4, 2023.

  12. Manninen, A.H. Protein hydrolysates in sports nutrition. Nutr Metab (Lond) 6, 38 (2009). https://doi.org/10.1186/1743-7075-6-38. Accessed on Sept 4, 2023.

  13. Kids Gut Health: 4 Reasons Why Gut Health Is So Important. https://www.naturalsuperkids.com/kids-gut-health/. Accessed on Sept 4, 2023.