perkembangan sosial kanak-kanak

Setiap ibu bapa pastinya mengimpikan anak yang membesar dengan nilai-nilai terpuji. Ibu bapa pastinya senang hati jika anak mereka sentiasa berkelakuan baik, pandai bergaul dengan rakan sebaya dan menghormati orang tua. Kesemua ini bermula daripada kemahiran sosial mereka sejak kecil. Sebagai guru pertama anak anda, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam perkembangan sosial kanak-kanak. Berikut adalah antara cara mengasah dan mengembangkan kemahiran sosial kanak-kanak di rumah. 

 

4 cara mengasah perkembangan sosial kanak-kanak

Pengawalan kendiri, empati dan komunikasi berkesan adalah sebahagian daripada kemahiran sosial yang perlu diterapkan pada anak-anak sebelum mereka memulakan alam persekolahan. 

Walaupun bukan mudah untuk melatih anak mempraktikkan kemahiran insaniah ini, tetapi percayalah bahawa kanak-kanak ini akan lebih gembira dan berjaya apabila mampu mengawal emosi dan mempunyai interaksi yang baik dengan orang lain. 

Apakah cara untuk mengasah kemahiran sosial kanak-kanak sejak dari rumah? 

Berikut adalah empat cara yang boleh dijadikan panduan dalam mendidik anak anda:

 

#1. Jadi rakan kepada anak anda dalam proses pembelajarannya

perkembangan sosial kanak-kanak

Anda mungkin mahukan anak untuk berkelakuan baik sepanjang masa. Akan tetapi, realitinya mereka akan tetap melalui satu fasa di mana anda berasa sukar untuk mengawal mereka. 

Ibu-ibu yang mempunyai anak yang lebih besar pasti pernah berkongsi dengan anda tentang ‘fasa mencabar ketika usia anak dua dan tiga tahun’. 

Namun, anda juga perlu tahu, kefahaman yang diperlukan untuk membentuk perkembangan sosial kanak-kanak ini datang secara beransur-ansur dan melalui latihan berulang. 

Pada peringkat awal, anak anda mungkin akan melakukan aktiviti sosial yang mudah seperti mesra menyapa orang lain. 

Tidak lama kemudian, dia akan mula berbual dengan anda atau permainannya! 

Apabila anak semakin membesar, dia akan mula bermain permainan berlakon dan menyatakan pendapatnya dalam kumpulan. 

Anak juga akan mula merasa empati terhadap orang lain seperti gembira apabila seseorang itu menang, dan sedih apabila melihat seseorang menangis dan akan terus cuba memujuk. 

Berikan perhatian kepada tingkah lakunya dan beri galakan apabila anak berkelakuan baik. 

Terangkan sebab dan betulkan sekiranya dia melakukan perbuatan yang tidak baik. 

Nasihatinya dengan memberi tahu apa yang baik dan apa yang tidak baik dengan memberi contoh berdasarkan perbuatannya, perbuatan orang lain dan juga tingkah laku anda. 

Ajarkan padanya apa yang perlu dilakukan dalam keadaan yang tertentu, seperti bercakap dengan perlahan seandainya ada orang yang sedang tidur, dan bercakap dengan kuat dalam keadaan yang bising jika dia ingin orang lain mendengar suaranya.

 

#2. Selalu berulang-ulang dan bersabar ketika asah perkembangan sosial kanak-kanak

Belajar secara berulang-ulang adalah sangat baik kerana ia membuatkan litar neuron dalam otak anak anda terbentuk. 

Ini perlu bagi membina memori jangka panjang, yang mana ia sangat penting dalam membentuk tabiat atau rutin anak. 

Untuk membantu anak anda mengasah perkembangan sosial kanak-kanak seperti yang diharapkan, anda perlu melatihnya pada bila-bila masa yang anda boleh lakukan. 

Sebagai contoh, ajarkan kepadanya untuk menunggu gilirannya dalam perbualan. 

Ini kerana, dia perlu faham bahawa perbualan adalah proses dua-hala dan dia perlu membenarkan pihak yang lain untuk bercakap. 

Apabila anak semakin membesar, ajarkan kepadanya untuk menarik perhatian anda dengan hormat, kemudian barulah memulai dan meneruskan perbualan. 

Memberi salam sebagai pembukaan sosial adalah binaan asas kepada kemahiran interpersonal yang baik.

Antara konsep lain yang boleh anda praktikkan di rumah ialah ruang peribadi. 

Mengajar anak anda untuk menghormati ruang peribadi orang lain akan menghalangnya daripada mengambil alat permainan kanak-kanak lain tanpa izin. 

Akhir sekali, ajarkan juga sifat empati dan kerjasama. Kanak-kanak perlu dididik untuk memahami perasaan orang lain bagi membolehkannya bekerja bersama. 

Anda boleh terangkan dalam bentuk ilustrasi. Contohnya, sekiranya dia ingin bermain kejar-kejar dengan datuknya, terangkan padanya bahawa fizikal datuknya tidak mampu untuk bermain permainan tersebut. 

Kemudian, galakkannya untuk mencadangkan aktiviti lain yang boleh dilakukan bersama-sama dengan datuk.

 

#3. Galakkan anak bergaul dengan rakan sebaya

Kanak-kanak akan mudah belajar apabila mereka melihat tingkah laku atau perbuatan kanak-kanak lain. 

Gunakan peluang ini untuk mengasah perkembangan sosial kanak-kanak. 

Biarkan anak anda bermain dan terpesona dengan cara anak kecil lain bermain. 

Biasanya pada fasa awal ini, kanak-kanak tidak terus bermain bersama dengan kanak-kanak lain. 

Sebaliknya, mereka akan bermain di samping atau di sebelah kanak-kanak lain, dan ini dikenali sebagai parallel play1

Anak pada peringkat umur ini akan bermain dengan kanak-kanak lain dalam ruang yang sama dan meniru gelagat kanak-kanak yang lain. 

Akan tetapi, anak anda tidak semestinya akan berinteraksi dengan mereka kerana ia akan berlaku pada waktu lain mengikut fasa. 

Apabila anak anda semakin membesar, anda boleh libatkan dia dalam playdate atau pretend play. 

Playdate adalah keadaan di mana dia akan belajar untuk mengambil bahagian dalam interaksi bersama kanak-kanak lain seperti permainan olok-olok2

Ini kemudiannya akan menguatkan kemahiran bahasa, berfikir, emosi dan juga kemahiran sosialnya.

 

#4. Asah perkembangan sosial kanak-kanak dengan diet sihat & seimbang

perkembangan sosial kanak-kanak

Pemakanan yang sihat dan seimbang sememangnya amat penting untuk tumbesaran fizikal anak anda. 

Dalam masa yang sama, makanan tertentu juga boleh membantu meningkatkan fungsi otak, sekali gus memberi manfaat kepada perkembangan IQ dan EQ kanak-kanak. 

Sebagai contoh, makanan yang kaya dengan kandungan DHA boleh membantu dalam perkembangan, kematangan dan fungsi kognitif otak kanak-kanak3

Selain itu, anda juga boleh memberikan sumber makanan dan makanan yang kaya dengan MFGM (milk fat globule membranes). 

Ini kerana, kajian menunjukkan bahawa MFGM memainkan peranan dalam pembangunan kognitif fungsi otak4

Selain itu, MFGM juga telah dikaitkan dengan kesan jangka panjang terhadap peningkatan neurokognitif dan struktur otak dalam kalangan kanak-kanak berusia enam tahun5

Oleh itu, dengan pengambilan makanan dan minuman yang kaya dengan DHA dan MFGM, ia boleh meningkatkan kepantasan berfikir, kemahiran penyelesaian masalah dan memperbaiki kawalan tingkah laku yang boleh membantu perkembangan sosial kanak-kanak. 

Anda boleh memberikan susu yang diperkaya MFGM sebagai cara untuk melengkapi anak anda dengan nutrisi penting ini. 

 

Kesimpulan

Membentuk anak yang baik budi pekerti atau bagus kemahiran sosialnya bermula daripada peranan ibu bapa. 

Proses mengasah perkembangan sosial kanak-kanak ini boleh dilakukan dengan baik menerusi empat perkara penting yang telah dikongsikan di atas. 

Selamat mencuba!

 

Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk tips-tips kehamilan dan keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi! Klik di sini untuk sertai.

Sertai Kelab Enfamama A+


Rujukan:
  1. How Kids Learn to Play: 6 Stages of Play Development. https://pathways.org/kids-learn-play-6-stages-play-development/. Diakses pada Ogos 28, 2023.

  2. https://www.healthychildren.org/English/family-life/power-of-play/Pages/.... Diakses pada Ogos 28, 2023.

  3. Kuratko, C., Barrett, E., Nelson, E., & Norman, S. (2013). The Relationship of Docosahexaenoic Acid (DHA) with Learning and Behavior in Healthy Children: A Review. Nutrients, 5, 2777 - 2810. https://doi.org/10.3390/nu5072777. Diakses pada Ogos 28, 2023.

  4. Brink, L., & Lonnerdal, B. (2017). The role of milk fat globule membranes in behavior and cognitive function using a suckling rat pup supplementation model. The FASEB Journal, 31. https://doi.org/10.1016/j.jnutbio.2018.05.004. Diakses pada Ogos 28, 2023.

  5. Nieto-Ruíz, A., García-Santos, J., Verdejo-Román, J., Diéguez, E., Sepúlveda-Valbuena, N., Herrmann, F., Cerdó, T., De-Castellar, R., Jiménez, J., Bermúdez, M., Pérez-Gacía, M., Miranda, M., López-Sabater, M., Catena, A., & Campoy, C. (2022). Infant Formula Supplemented With Milk Fat Globule Membrane, Long-Chain Polyunsaturated Fatty Acids, and Synbiotics Is Associated With Neurocognitive Function and Brain Structure of Healthy Children Aged 6 Years: The COGNIS Study. Frontiers in Nutrition, 9. https://doi.org/10.3389/fnut.2022.820224. Diakses pada Ogos 28, 2023.