perkembangan otak kanak-kanak

Semua ibu bapa pasti mengimpikan anak yang bijak, bukan? Berita baiknya, terdapat cara yang boleh anda lakukan untuk merangsang perkembangan otak kanak-kanak.

 

Fasa penting dalam perkembangan otak kanak-kanak

Tahun-tahun awal dalam kehidupan anak sangat penting untuk kesihatan dan tumbesaran pada masa akan datang.

Walaupun otak anak akan terus berkembang dan berubah apabila memasuki alam dewasa, namun 5 tahun pertama1  dalam kehidupan mereka adalah mustahak bagi membina asas untuk pembelajaran, kesihatan dan kehidupan masa depan.

Kanak-kanak sememangnya lebih mudah untuk belajar dan boleh dilatih sehingga mempunyai pelbagai kemahiran untuk masa hadapan.

Mereka bergantung pada ibu bapa sebagai guru pertama bagi membantu mengembangkan kemahiran yang tepat untuk kemandiri dan menjalani kehidupan sihat dan berjaya.

Bagaimana otak berkembang sangat dipengaruhi oleh nutrisi yang baik dan pengalaman anak bersama individu lain serta dunia di sekelilingnya1.

Ibu bapa boleh menyokong pertumbuhan dan perkembangan otak anak dengan cara berkomunikasi dan bermain bersama serta menyayangi mereka dengan sepenuhnya.

Apa yang mungkin tidak anda sedari, si manja akan belajar dengan lebih baik apabila ibu bapa bergilir dalam bercakap dan bermain serta membina kemahiran dan minat anak.

Jadi apakah aktiviti atau cara merangsang perkembangan otak kanak-kanak yang boleh dilakukan ibu bapa?

 

Cara merangsang otak anak supaya pintar

Tahun-tahun awal adalah peluang terbaik bagi otak anak untuk mengembangkan hubungan yang diperlukan mereka bagi menjadi individu dewasa yang sihat, berkebolehan dan berjaya2.

Lakukan bersama anak sebarang aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan bagi mendorong perkembangan mental dan linguistiknya.

Tidak pasti aktiviti yang sesuai? Usah bimbang, di bawah ada 5 aktiviti yang boleh dicuba untuk kanak-kanak satu tahun ke atas.

Anda mungkin berasakan aktiviti berikut tampak seperti membosankan dan biasa sahaja. Tetapi ia merupakan aktiviti melibatkan kecerdasan minda (IQ) yang akan mengembangkan ingatan dan kemahiran menyelesaikan masalah kanak-kanak.

Tidak dilupakan, aktiviti berikut juga boleh membantu meningkatkan EQ (kecerdasan emosi) anak.

 

1. Membaca penting untuk perkembangan otak kanak-kanak

Jika si manja masih terlalu muda untuk membaca sendiri, sebagai ibu dan ayah, andalah yang harus menjadi pembacanya.

perkembangan otak kanak-kanak

Pilih buku cerita yang bersesuaian dengan usia anak. Mungkin buku dengan plot sederhana dan banyak gambar sesuai dijadikan pilihan. Saat membaca, gunakan nada suara berbeza seiring dengan watak yang berlainan.

Membaca dan pendedahan kepada perkataan baharu dapat membantu si manja memaksimumkan perkembangan bahasa dan kapasiti kognitif mereka. Ia juga alat penting untuk membantu mengembangkan rasa empati dalam diri anak3.

Dalam masa yang sama anda juga sebenarnya sedang menanam minat dan tabiat membaca pada diri anak.

 

2. Mewarna

Saat melakukan aktiviti ini, ia akan membuatkan anak leka untuk tempoh masa yang lama. Jika dia menikmatinya, ini mungkin akan menjadi hobi yang bertahan lama.

Anda boleh memberikannya buku mewarna dengan gambar haiwan mahupun bunga yang berbeza bersama krayon. Sebaiknya, pilih warna yang diperbuat daripada bahan tidak beracun.

Mewarna boleh meningkatkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan anak. Malah, aktiviti ini juga mengasah daya imaginasi, tumpuan dan kemahiran kognitif4 anak.

 

3. Dorong perkembangan otak kanak-kanak dengan aktiviti bernyanyi

Bagi meningkatkan perbendaharaan kata anak, nyanyikan lagu kanak-kanak popular seperti ‘Alphabet Song’, ‘Twinkle-twinkle Little Star’ atau ‘Head, Shoulder, Knees and Toes’. Jangan lupa berikan aksi yang menarik serta galakkan mereka untuk bernyanyi bersama.

Aktiviti ini dapat merangsang kemahiran bahasa, mempelajari perkataan baharu dan mengingati maklumat. Ia juga boleh membantu anak mengembangkan kemahiran emosi penting5.

Sambil menyanyi, dukung atau peluk si manja dan menggoyangkan badannya mengikut irama muzik. Pegang tangannya sepenuh kasih, lakukan hubungan mata dan zahirkan rasa sayang anda pada anak.

Perbuatan memeluk, mencium dan memanjakan si manja bukan sekadar membuatkan mereka berasa selamat dan disayangi, tetapi ia juga memainkan peranan penting untuk perkembangan emosi, kognitif dan fizikal anak6.

 

4. Aktiviti sensori

Kanak-kanak adalah individu kecil yang gemar menggunakan sensori sentuhan, bau dan merasa untuk memahami dunia di sekitar mereka.

perkembangan otak kanak-kanak

Lukiskan nombor atau huruf menggunakan pen marker pada sekeping kertas poster dan minta anak untuk menghiasnya dengan barangan bertekstur seperti kertas pasir, kekacang, bola kapas, pasta atau hiasan kerang.

Aktiviti ini dianggap sebagai antara cara merangsang otak anak supaya pintar kerana dapat membantu si manja mengembangkan kemahiran bahasa dan motor mereka. Ia juga membantu pertumbuhan kognitif, memupuk interaksi sosial dan menggalakkan keinginan untuk mencuba7.

 

5. Susun suai gambar bagus untuk perkembangan otak kanak-kanak

Memilih, menggerakkan dan memusingkan kepingan puzzles boleh membantu mengembangkan kekuatan jari dan koordinasi tangan-mata si manja. 

Aktiviti susun suai gambar ini juga membangunkan kemahiran ingatan serta keupayaan anak untuk merancang, menguji idea dan menyelesaikan masalah. 

Pengalaman menyelesaikan susun suai gambar juga membantu mereka belajar menerima cabaran, mengatasi masalah dan menangani kekecewaan.

Itu semua melibatkan perkembangan kognitif, kemahiran motor halus, koordinasi tangan-mata dan memori anak8.

 

6. Aktiviti memasak

Selepas penat melakukan pelbagai aktiviti dan cara merangsang otak anak supaya pintar, anak pastinya akan terasa lapar dan haus. Jadi, ada lagi satu aktiviti yang menyeronokkan boleh anda lakukan bersama anak, iaitu memasak.

Selain dapat merangsang perkembangan otak kanak-kanak, aktiviti di dapur ini dapat membantu anak belajar dan mempraktikkan beberapa konsep asas matematik serta membina kemahiran bahasa9.

Dalam masa sama, aktiviti bersama ini sedikit sebanyak mengajar anak tentang asas tabiat pemakanan yang sihat dan meningkatkan keyakinan diri mereka.

 

Fungsi nutrisi dalam perkembangan otak kanak-kanak

Pemakanan yang baik turut memainkan peranan dalam perkembangan kognitif dan fizikal si manja, khususnya dalam tempoh 5 tahun pertama kehidupan anak.

Pemilihan nutrisi yang betul dan kaya vitamin, mineral, protein, karbohidrat dan lemak penting untuk perkembangan otak kanak-kanak. Ia dapat membantu sel-sel otak berhubung, sekali gus mengawal kebolehan mental, mood dan emosi10,11.

Malah terdapat kajian yang menyokong bahawa pemakanan anak mempengaruhi komposisi kimia otak dan mood, termasuklah kewaspadaan dan pengeluaran neurotransmitter10.

perkembangan otak kanak-kanak

Untuk menyokong proses perkembangan ini, anda boleh memberikan si kecil susu formula kanak-kanak diperkaya MFGM (milk fat globule membrane) dan DHA sebagai makanan untuk otak anak yang penting untuk menyokong perkembangan emosi (EQ) dan kecerdasan minda (IQ) mereka.

MFGM merupakan nutrien yang membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kawalan tingkah laku lebih baik serta menyokong perkembangan kognitif anak yang melibatkan aspek kecerdasan dan fungsi eksekutif seperti kemampuan menyelesaikan masalah12.

Anda perlu memastikan anak mendapat DHA mengikut saranan pakar kerana menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), nutrien ini dapat membantu sel otak untuk berhubung, serta mempengaruhi fungsi pemikiran dan pembelajaran mereka13

 

Kepentingan MFGM untuk perkembangan otak kanak-kanak

Galakkan anak untuk melakukan satu atau dua aktiviti di atas setiap hari sebagai rangsangan kepada otaknya, terutamanya dalam 5 tahun pertama kehidupan mereka. 

Inilah tempoh masa terbaik untuk membina hubungan antara sel-sel neuron di dalam otak si manja yang akan memainkan peranan penting dalam asas pembelajaran, kesihatan dan tingkah laku lebih baik14

Di samping itu, anda juga boleh menyokong proses perkembangan otak kanak-kanak ini dengan membekalkan anak nutrisi mencukupi seperti susu formula kanak-kanak diperkaya MFGM yang penting untuk IQ dan EQ serta perkembangan kognitif mereka.

 

Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk tips-tips kehamilan dan keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi! Klik di sini untuk sertai.

Sertai Kelab Enfamama A+


Rujukan:
  1. Brain Development. https://www.firstthingsfirst.org/early-childhood-matters/brain-development/#. Accessed on Aug 28, 2023.

  2. InBrief: The Science of Early Childhood Development. https://developingchild.harvard.edu/resources/inbrief-science-of-ecd/. Accessed on Aug 28, 2023.

  3. Why Is It Important to Read to Your Child? https://childmind.org/article/why-is-it-important-to-read-to-your-child/. Accessed on Aug 28, 2023.

  4. 10 Benefits of Coloring Pages for Kids’ Psychology and Development. https://www.colorpsychology.org/benefits-of-coloring-pages-for-kids/. Accessed on Aug 28, 2023.

  5. Four benefits of singing with young children. https://www.cela.org.au/publications/amplify!-blog/jan-2023/four-benefits-of-singing-in-early-childhood. Accessed on Aug 28, 2023.

  6. The Science Behind Hugging Your Kids—5 Benefits for You and Your Child. https://www.exchangefamilycenter.org/exchange-family-center-blog/2020/4/2/the-science-behind-hugging-your-kids5-benefits-for-you-and-your-child. Accessed on Aug 28, 2023.

  7. Exploring the benefits of sensory play. https://www.goodstart.org.au/parenting/exploring-the-benefits-of-sensory-play. Accessed on Aug 28, 2023.

  8. How Puzzles Help Your Child’s Development. https://penfieldbuildingblocks.org/2013/12/30/how-puzzles-can-help-your-childs-development/. Accessed on Aug 28, 2023.

  9. Cooking With Preschoolers. https://kidshealth.org/en/parents/cooking-preschool.html#. Accessed on Aug 28, 2023.

  10. Brain food: how nutrition alters our mood and behaviour. https://core.ac.uk/download/pdf/33263946.pdf. Accessed on Aug 28, 2023.

  11. Roberts M et al. The Effects of Nutritional Interventions on the Cognitive Development of Preschool-Age Children: A Systematic Review. Nutrients. 2022 Jan 26;14(3):532. https://doi.org/10.3390/nu14030532. Accessed on Aug 28, 2023.

  12. Veereman-Wauters, G., Staelens, S., Rombaut, R., Dewettinck, K., Deboutte, D., Brummer, R. J., Boone, M., & Le Ruyet, P. (2012). Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. Nutrition (Burbank, Los Angeles County, Calif.), 28(7-8), 749–752. https://doi.org/10.1016/j.nut.2011.10.011. Accessed on Aug 28, 2023.

  13. Omega-3 Laut Dalam. http://www.myhealth.gov.my/omega-3-laut-dalam/. Accessed on Aug 28, 2023.

  14. Child development: the first five years. https://www.healthykids.org.nz/move/articles/child-development-the-first-five-years. Accessed on Aug 28, 2023.