Penyelesaian masalah adalah satu proses di mana otak menggunakan pengalaman yang berkaitan dengan rangsangan dan maklumat ataupun persekitaran untuk menangani sesuatu situasi. Walaupun kanak-kanak boleh berfikir, belajar dan menangani masalah yang berlaku, tetapi mereka hanya boleh melakukan perkara-perkara yang senang yang berlaku dalam rutin harian mereka mengikut kesesuaian umur seperti mengikat tali kasut sendiri, memanjat dan berjaya mengambil barang-barang dari tempat tinggi dan sebagainya.

Amalkan penyelesaian masalah dalam rutin harian anak

Amalkan penyelesaian masalah dalam rutin harian anak

Tetapi ini adalah langkah awal dalam perkembangan di kalangan kanak-kanak yang akan membawa kepada pembelajaran lain pada masa hadapan. Seorang pakar perkembangan kanak-kanak mengatakan, kanak-kanak yang berupaya menyelesaikan masalah kompleks sejak kecil akan menjadi lebih cerdas¹. Ini adalah disebabkan oleh perasaan gembira dan kepuasan yang diperoleh apabila mereka berjaya menyelesaikan sesuatu masalah. Ini akan menjadi daya penggerak untuk keinginan mereka, memotivasi diri mereka sendiri dan terus belajar tentang hal-hal lain yang akan mengakibatkan kemajuan pada perkembangan mereka dalam pelbagai aspek.

Mengamalkan Penyelesaian Masalah Dalam Rutin Harian

Cara terbaik untuk kanak-kanak mengamalkan kemahiran penyelesaian masalah adalah dengan membiarkan mereka melakukan sendiri aktiviti harian kerana ini akan membolehkan mereka berlatih menggunakan kemahiran penyelesaian masalah. Contoh, biarkan anak-anak belajar cuba menyediakan bekalan sekolah dan pakaian seragam sekolah sendiri. Apabila masalah berlaku seperti mereka tidak dapat mencari stokin mereka, ibu bapa boleh membantu mereka untuk menyelesaikan masalah seperti menyediakan barang-barang dengan lebih awal, iaitu pada waktu malam sebelumnya, meletakkan barang di tempat yang mudah dicari untuk mengelakkan masalah daripada berlaku pada masa hadapan.

Kembangkan kemahiran menyelesaikan masalah anak anda

Kembangkan kemahiran menyelesaikan masalah anak anda

Berikut adalah beberapa aktiviti yang disyorkan kepada anda untuk membantu anak anda memupuk kemahiran penyelesaian masalah:

Aktiviti-aktiviti yang disyorkan untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas.
Butiran
Berikan tugasan rumah untuk dilakukan

Kehidupan seharian anak-anak anda merupakan peluang yang baik untuk membangunkan kemahiran penyelesaian masalah mereka.Contohnya, anda boleh memberi mereka kerja rumah yang mudah seperti mengemaskan katil sendiri, menyapu lantai, mengutip pakaian kotor mereka untuk dicuci ke dalam mesin basuh atau meletakkan sudu dan garpu di atas meja makan. Mulakan dengan tugasan yang mudah dan apabila mereka telah biasa dengan tugasan tersebut, anda boleh memberikan tugasan yang lebih sukar kepada mereka apabila mereka membesar. Tugas yang diberikan akan mendorong mereka berfikir dan mengetahui cara menyelesaikan sesuatu masalah.

Untuk membantu diri

Biarkan anak-anak menyuap sendiri (daripada mencedok makanan dengan sudu sehingga mereka menyuapkan makanan ke dalam mulut mereka), memberus gigi sendiri (memicit ubat gigi untuk saiz sebesar kacang hijau seperti yang diperlukan), melatih mereka untuk menanggal dan memakai baju mereka (masukkan lengan secara perlahan-lahan ke bahagian lengan baju), menyarung stokin kaki dan memakai kasut sendiri dan lain-lain. Pada mulanya, mereka mungkin tidak dapat melakukan, tetapi dengan panduan yang betul, mereka akan dapat berpandukan pengalaman mereka yang terdahulu dengan apa yang sedang mereka lakukan dan melalui kaedah cuba-cuba, mereka akan berjaya dalam menyelesaikan tugasan. Akhirnya, mereka akan dapat melengkapkan tugasan mereka dengan jayanya.

Adakan beberapa halangan untuk diatasi oleh anak anda

Sekiranya anak-anak berhadapan dengan masalah atau halangan yang menyebabkan mereka tidak dapat apa yang diingini, ini akan mendorong mereka belajar tentang masalah itu dan memikirkan cara penyelesaiannya dengan sendiri. Tetapi dalam apa jua keadaan, ibu bapa tidak harus membantu anak-anak dalam semua perkara, tetapi harus membiarkan anak-anak melakukannya terlebih dahulu. Contohnya, apabila mereka meminta ibu bapa membawa suatu benda kepada mereka, jangan lakukannya dengan serta-merta, sebaliknya wujudkan halangan bagi mereka dengan bertanya soalan untuk mendorong mereka berfikir, seperti Mengapa kamu tidak boleh membawanya sendiri ? Maka anak-anak pasti akan berfikir kerana benda itu berat, atau terlalu tinggi atau terlalu besar. Kemudian, soalan berikut yang perlu ditanya oleh ibu bapa adalah, apa yang perlu dilakukan oleh mereka jika mereka terpaksa mengambilnya sendiri. Ini akan membantu anak-anak mencari cara untuk menyelesaikan masalah terlebih dahulu.

Bermain menggunakan imaginasi

Bermain terbuka adalah sejenis permainan yang boleh dilakukan dalam pelbagai gaya bergantung kepada imaginasi dan idea anak-anak. Contohnya, ketika bermain dengan mainan memasak, jika mainan yang sedia ada tidak lengkap, anak-anak boleh menggunakan imaginasi mereka untuk membuat pelbagai benda seperti perkakasan basin, piring dan sudu dengan menggunakan kotak, pasir, tanah liat, minyak atau adunan dan lain-lain. Aktiviti sebegini akan membolehkan anak-anak anda menggunakan imaginasi mereka untuk membantu mereka menyelesaikan masalah, sehingga mereka mencapai apa yang diingini.

Bermain binaan bongkah

Pembelajaran tentang keseimbangan bongkah tidak dapat diperolehi daripada hafalan, tetapi diperolehi melalui pembelajaran sendiri. Anak anda harus memikirkan cara untuk membina timbunan bongkah agar ia tidak roboh. Pada mulanya, anak-anak mungkin tidak dapat melakukannya, tetapi selepas beberapa percubaan, mereka akan belajar cara meletakkan bongkah ke atas secara beransur-ansur. Melalui banyak percubaan, anak-anak mesti menggunakan kemahiran penyelesaian masalah semasa bermain sehingga mereka dapat mengatasi halangan tersebut.

Sediakan soalan-soalan untuk diselesaikan oleh anak

Sediakan soalan-soalan berdasarkan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian anak-anak untuk diselesaikan oleh mereka adalah kaedah yang baik untuk mengukuhkan kemahiran penyelesaian masalah mereka. Contohnya, apabila kanak-kanak meletakkan mainan di seluruh meja sehingga tiada ruang lebih untuk meletakkan benda lain, ibu bapa harus bertanya anak-anak terlebih dahulu selain daripada membantu mereka mengemasnya Apa yang harus ibu lakukan? Ibu perlu ruang untuk meletakkan beg ibu di atas meja. Dengan menyoal mereka, ia akan membantu anak-anak berfikir dan menggunakan idea mereka yang membolehkan mereka mengetahui cara penyelesaian masalah yang lebih baik.

Bermain-Berlatih Penyelesaian Masalah

Berikan anak-anak mainan pertama untuk dipegang. Selepas itu, berikan mainan kedua untuk dipegang dengan menggunakan sebelah tangan lagi. Kemudian berikan mainan ketiga kepada mereka dan perhatikan apa yang akan dilakukan oleh anak-anak. Sesetengah kanak-kanak akan meletakkan salah satu mainan dari tangan mereka terlebih dahulu sebelum menerima mainan ketiga. Ada yang akan meletakkannya di antara dua mainan pertama. Ini adalah satu aktiviti mudah untuk melatih anak-anak anda tentang kemahiran penyelesaian masalah. Para ibu juga boleh mencari permainan lain yang serupa untuk bermain dengan anak-anak.

Mainan buatan sendiri

Galakkan anak-anak membuat mainan daripada bahan kitar semula seperti kotak kertas atau cawan plastik. Mereka akan dapat berfikir sesuatu idea mengenai apa yang mereka ingin bina dengan bahan-bahan yang sedia ada dan jika mereka tidak dapat melakukannya mengikut apa yang mereka fikirkan, apa yang harus mereka ubah untuk membina mainan yang mereka ingini.

Rujukan:
1 https://www.mentalhelp.net/articles/intelligence-the-measurement-of-cogn...

MYS-01/10P03/18276