Daya tumpuan adalah kebolehan sesorang untuk mengarahkan perhatian mengikut kehendak. Daya tumpuan boleh diwujudkan dengan adanya minat terhadap sesuatu perkara melalui fokus dan tekad dalam satu tempoh masa⁵.

Kortex sereberum adalah bahagian otak yang dikaitkan dengan ingatan, kemahiran analisis dan kesedaran.1 Daya tumpuan juga bermula dari sini.1 Sesetengah pihak berpendapat bahawa bahagian otak ini mengasah daya tumpuan kita untuk menerima dan menyimpan maklumat di dalam otak untuk membantu daya peringatan kita.1

Oleh itu, perhatian memainkan peranan dalam membantu anak anda belajar dan membina pelbagai set kemahiran dalam kehidupan mereka.

asas pembelajaran untuk kanak-kanak

asas pembelajaran untuk kanak-kanak

Mengapakah daya tumpuan penting dalam pembelajaran kanak-kanak untuk kejayaan masa depan mereka?

Tanpa daya tumpuan, seorang kanak-kanak tidak akan dapat belajar dengan baik. Keupayaan ini adalah asas untuk kemahiran yang diperlukan untuk merancang dan menyelesaikan masalah, memahami niat, emosi, keinginan atau kepercayaan lain, memahami perilaku dan mengawal selia interaksi sosial. Daya tumpuan adalah penting untuk membentuk tabiat pembelajaran anak, seperti ketekunan, rasa ingin tahu dan keyakinan.2

Anak-anak yang mempunyai daya tumpuan yang baik dan berupaya untuk fokus, dapat menyelesaikan kerja atau tanggungjawab yang diberikan kepada mereka tanpa gangguan. Contohnya, mereka dapat menyelesaikan satu set bongkah binaan sebelum bermain dengan mainan-mainan yang lain atau mereka akan menyelesaikan kerja rumah sebelum melakukan perkara-perkara lain.

Namun dalam gaya kehidupan yang pantas kini, kanak-kanak cenderung terganggu oleh persekitaran di sekeliling mereka yang mengurangkan daya tumpuan. Ini mewujudkan satu halangan dalam pembelajaran untuk anak anda⁴. Oleh itu, ibu bapa harus berusaha membina kemahiran ini ketika anak-anak masih kecil.

Kanak-kanak yang telah dilatih dengan baik dalam merancang dan menguruskan tugasan sendiri akan lebih berdisiplin dan bertanggungjawab pada masa hadapan. Mereka seharusnya mengetahui apa yang harus dilakukan pada waktu yang betul seperti waktu bila untuk belajar, waktu bila mereka boleh bermain dan waktu bila mereka berasa letih serta waktu bila mereka harus berehat.

kanak-kanak Membangunkan kemahiran untuk belajar

kanak-kanak Membangunkan kemahiran untuk belajar

Berikut adalah beberapa aktiviti yang disyorkan yang boleh anda lakukan dengan anak-anak anda bagi membantu mereka membina perhatian dan daya tumpuan mereka:

Aktiviti-aktiviti yang disyorkan untuk kanak-kanak yang berusia 1 tahun ke atas
Butiran
Mengawal anak anda melalui tugasan harian.

Berikan tugasan kepada anak anda untuk mereka selesaikan mengikut usia mereka bagi membina kemahiran perhatian mereka. Dalam kes ini, anda boleh memberi tugasan-tugasan seperti makan makanan sendiri, mengenakan pakaian sendiri, menyimpan mainan sendiri, dan lain-lain. Ini akan membantu anak-anak untuk menumpukan perhatian kepada perkara yang sepatutnya diselesaikan sehingga mereka menyempurnakannya. Apabila mereka selesai, ibu bapa boleh memuji mereka kerana melakukan tugasan dengan baik. Sebaliknya, jika mereka tidak menyelesaikan tugasan dengan betul, ibu bapa harus memberi galakkan dan mengawasi mereka sehingga tugasan diselesaikan atau membantu mereka untuk menyelesaikan tugasan.

Membina set bongkah binaan

Apabila bermain dengan set bongkah binaan, anak-anak akan menumpukan perhatian dan fokus atas cara menempatkan bongkah yang diperlukan kerana bongkah perlu disusun supaya tidak jatuh. Puji apabila anak-anak mampu melakukannya. Jika si kecil tidak boleh, galakkan dia mencuba lagi.

Adakan suasana yang aman di rumah

Dengan suasana yang aman dan tidak bising, anak-anak dapat menumpukan perhatian dengan lebih baik berbanding dengan rumah yang bising.

Tutupkan televisyen (TV), komputer dan telefon pintar

Televisyen, komputer dan telefon pintar merupakan sejenis gangguan kepada anak anda apabila anda mahu anak menumpukan perhatian terhadap sesuatu. Sesetengah ibu bapa mungkin tersilap dan mempercayai bahawa jika anak-anak mereka boleh duduk dan menonton TV, komputer, telefon pintar untuk masa yang lama, maka anak mereka pandai menumpukan perhatian. Namun, apa yang mereka tidak tahu adalah anak mereka sebenarnya berminat dengan warna dan pelbagai imej yang dipaparkan dalam alat yang muncul untuk tempoh masa yang singkat. Oleh itu, alat-alat tersebut tidak akan membantu anak anda menumpukan perhatian, sebaliknya ia boleh mengganggu anak anda daripada melakukan aktiviti-aktiviti lain.

Bermain dengan satu benda pada satu-satu masa

Ibu bapa seharusnya tidak membenarkan anak mereka bermain dengan beberapa mainan pada masa yang sama kerana ini akan menyebabkan anak-anak hilang tumpuan dan fokus yang diperlukan apabila bermain dengan sejenis mainan tertentu sehingga mereka selesai. Kanak-kanak yang diberi terlalu banyak pilihan mainan pada satu masa akan mendatangkan lebih kesan negatif daripada kesan positif kepada mereka kerana pemilihan mengalih perhatian mereka. Ini adalah disebabkan, anak anda akan berasa terlalu teruja dengan pelbagai jenis mainan sehingga mereka tidak dapat meluangkan masa dan menumpukan perhatian pada mainan yang mereka main, meluangkan masa untuk belajar mengenainya dan belajar daripadanya. Sebaliknya, mereka menjadi tidak sabar untuk bermain dengan mainan lain kerana terdapat banyak pilihan.

Susun suai gambar

Susun suai gambar membolehkan anak anda memfokus apabila meletakkan kepingan bersama-sama kerana mereka perlu memerhati dan memberi tumpuan terhadap butiran imej untuk membantu mereka memilih yang mana satu kepingan gambar bersepadan dengan yang lain. Biarkan mereka berlatih untuk melihat imej keseluruhan dan memerhatikan butiran imej dan membezakannya melalui gabungan corak, warna dan bentuk. Ini akan membantu menguatkan keupayaan mereka untuk fokus serta membantu anak-anak menggunakan maklumat yang berkaitan dengan imej untuk menyusun kepingan gambar dengan jayanya.

Rujukan:

1. https://www.universalclass.com/articles/self-help/the-relationship-of-co...
2. https://www.beststart.org/OnTrack_English/1-importance.html
3. https://www.medicaldaily.com/warning-signs-learning-disability-short-att...
4. https://medium.com/thrive-global/will-technology-ruin-your-childrens-dev...
5. https://www.successconsciousness.com/blog/concentration-mind-power/what-...

 

MYS-01/10P03/18276