Dalam era yang pantas ini, persekitaran menggesa orang agar menjadi semakin tidak sabar. Orang ramai semakin kurang kesabaran dalam hal menunggu. Apabila dunia menjadi semakin maju, orang ramai menjalani kehidupan dengan lebih selesa, dan banyak benda dapat diperolehi dengan mudah, menyebabkan kanak-kanak menjadi semakin kurang sabar.

aktiviti kanak-kanak untuk mengembangkan kemandirian

aktiviti kanak-kanak untuk mengembangkan kemandirian

Semasa anak-anak sedang membesar, kita perlu memupuk sifat sabar dan mengajar cara bagaimana untuk mengawal diri mereka. Sekiranya anak-anak tidak mempunyai sifat sabar dan tidak berupaya mengawal perasaan, mereka akan mudah merasa tertekan dan kecewa. Oleh itu, kita perlu mengajar mereka untuk fokus dan menumpukan perhatian kepada matlamat mereka, dan juga mengamalkan sikap bersabar semasa menunggu untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.

Mengapa pengaturan kendiri sangat penting dalam pembesaran anak?

Ini adalah kerana keperibadian merupakan pengukur kejayaan yang baik berbanding dengan kecerdasan¹. Dalam persekitaran yang penuh dengan teknologi pintar, setiap orang akan mempunyai akses kepada maklumat yang sama dan dapat mempelajari pelbagai perkara². Walau bagaimanapun, bukan semua orang diajar bersabar dan belajar mempunyai pengaturan kendiri. Oleh itu, orang yang dapat menunjukkan kesabaran ketika berhadapan dengan situasi yang sukar dianggap lebih berjaya³.

Dalam sebuah kajian yang dijalankan oleh Universiti Stanford yang dipanggil 'The Marshmallow Test'⁴ yang telah dilakukan pada kanak-kanak yang berusia 4 sehingga 6 tahun di mana mereka ditinggalkan bersendirian dengan marshmallow di dalam sebuah bilik. Kanak-kanak diberikan dua pilihan di mana mereka boleh makan marshmallow tersebut dengan segera ataupun menunggu dengan sabar selama 15 minit untuk menerimalebih banyak marshmallow sebagai balasannya. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa kanak-kanak lebih bertoleransi apabila mereka membesar dan mereka dapat menyesuaikan diri dan bersosial dengan lebih baik. Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa kanak-kanak mampu mengawal diri mereka dan sifat sabar dapat membantu mereka membina kemahiran emosi yang lebih baik. Individu yang boleh menunggu dengan sabar akan cenderung menjadi seseorang yang menepati waktu, lebih rasional dan dapat mencapai matlamat yang dapat membantu mereka berjaya dalam hidup.

Justeru itu, adalah menjadi tugas ibu bapa untuk membantu menerapkan sifat kesabaran dalam anak-anak dengan menjadikan diri anda sebagai contoh untuk diikuti oleh anak-anak. Ibu bapa boleh mula memerhatikan tingkah laku anak-anak mereka, sama ada mereka seorang yang sabar atau tidak melalui kehidupan seharian mereka. Contohnya, semasa menunggu dalam barisan, apa yang dilakukan oleh mereka? Adakah mereka menunggu dengan sabar atau gelisah, mengeluh atau tertekan akibat menunggu, atau yang paling teruk, mereka marah mengenainya. Sekiranya mereka berbuat demikian, bagaimana anda bertindak balas terhadap mereka? Nasihat terbaik adalah supaya anda bercakap dengan anak-anak dengan tenang dan memberikan alasan supaya mereka dapat memahami keadaan. Kesemua ini akan memberi kesan terhadap pembesaran anak-anak kerana pada usia sebegini mereka akan menyerap dan meniru apa sahaja yang dilakukan oleh orang dewasa, serta membentuk tingkah laku mereka bagi masa hadapan.

Meningkatkan kepercayaan diri untuk emosi anak anda

Meningkatkan kepercayaan diri untuk emosi anak anda

Berikut adalah beberapa aktiviti yang disyorkan kepada anda dan anak-anak anda untuk mengajar mereka tentang pengawalan diri:

Aktiviti-aktiviti yang disyorkan untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas.
Butiran
Mulai dengan kehidupan seharian mereka

Anda boleh mula mengajar anak-anak anda supaya bersabar dengan mengambil langkah-langkah mudah dan ringkas dalam kehidupan seharian mereka, seperti, meminta mereka untuk bertenang dan diam menunggu selama 1-2 minit sebelum anda memberi mereka makanan atau mainan. Ini kelihatan seolah-olah hanya untuk sementara waktu, tetapi sekurang-kurangnya ia menjadi satu titik permulaan yang baik. Akhirnya, anda akan dapat mendorong anak anda menjadi lebih sabar untuk tempoh yang lebih lama sehingga keinginan mereka dipenuhi apabila mereka semakin besar.

Ajar mereka untuk menjaga diri

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk melatih mereka menjadi seorang yang berdikari. Anda boleh mulakan dengan memberi mereka tanggungjawab yang kecil seperti melipat pakaian sendiri, menyusun mainan mereka, mencuci tangan sebelum makan dan sebagainya, dan seterusnya secara perlahan-lahan memberi anak-anak aktiviti yang lebih sukar apabila mereka semakin membesar. Semasa berhadapan dengan kesukaran dalam menyiapkan tugasan, anak-anak dapat belajar menjadi lebih sabar. Apabila anda melihat terdapat tugasan tertentu yang tidak dapat disiapkan oleh anak-anak, galakan mereka untuk menyelesaikannya dan jika aktiviti itu terlalu sukar untuk mereka, bantulah mereka.

Menunggu giliran

Mengajar kanak-kanak untuk bersabar sambil menunggu giliran mereka untuk melakukan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan adalah perkara yang sukar. Satu-satunya cara untuk menjadikannya lebih baik adalah dengan mengamalkannya secara konsisten. Contohnya, jika anak-anak anda bergelut untuk menunggu giliran sendiri untuk permainan di taman, anda perlu lebih kerap membawa anak-anak ke taman dan bukan mengurangkannya, ini dapat memperkukuhkan sikap sopan dan sabar mereka. Pengulangan kitaran tersebut akan membantu mereka belajar untuk menunggu.

Buat peraturan “pegang tangan untuk mendapatkan keizinan”

Ibu bapa boleh menetapkan peraturan dalam keluarga. Untuk melatih anak-anak menunggu dalam pelbagai keadaan, seperti apabila anak-anak anda memerlukan sesuatu semasa anda sedang bekerja ataupun bercakap dengan orang lain, anak-anak anda perlu menyentuh tangan atau lengan anda untuk menunjukkan bahawa mereka ingin bercakap. Dan sekiranya ibu bapa menyentuh balik, maka anak-anak boleh bercakap apa yang mereka ingin sampaikan. Namun, jika ibu bapa tidak menunjukkan sebarang tindak balas, anak-anak perlu bersabar dan tunggu sehingga ibu bapa mereka menyelesaikan urusan mereka.

Penangguhan dengan sengaja

Sengaja melengah-lengahkan perkara yang anak-anak anda inginkan akan dapat membantu mengajar anak-anak anda supaya bersabar. Contohnya, jika anak-anak anda mahukan satu mainan baru, biarkan mereka menunggu sehingga hari-hari istimewa seperti hari lahir mereka, daripada anda membelinya tanpa sebarang alasan. Ini agar anda dapat mengajar mereka bahawa mereka boleh menunggu untuk perkara-perkara yang penting bagi mereka.

Rujukan:
1. https://www.independent.co.uk/news/science/personality-iq-success-wealth...
2. https://tech.co/news/6-main-ways-technology-impacts-daily-life-2017-02
3. https://blog.iqmatrix.com/developing-patience
4. https://www.apa.org/helpcenter/willpower-gratification.pdf