Ketahui kepentingan pemahaman dalam perkembangan anak anda, dan ketahui bagaimana anda boleh meningkatkan pemahamannya dengan beberapa latihan mudah.

Aktiviti kanak-kanak untuk mengembangkan pemahaman

 

Kita, sebagai ibu bapa sentiasa menginginkan apa yang terbaik untuk anak-anak kita. Bahkan kita berusaha untuk memberikan mereka yang terbaik daripada apa yang ditawarkan di dunia ini supaya mereka dapat dilengkapi dengan kemahiran dan ciri-ciri yang tepat untuk mengatasi apa sahaja rintangan yang hadir dalam hidup mereka. Kita membimbing mereka dalam melengkapkan kerja rumah, kita berikan mereka beberapa latihan pemahaman membaca, kita melakukan apa sahaja dan semua yang termampu demi perkembangan anak-anak kita.

Kita memfokuskan kepada pembentukan daya intelek anak-anak kita. Namun, kejayaan pada masa hadapan menjangkaui kecerdasan intelek semata-mata. EQ sama pentingnya dengan IQ yang tinggi. Dengan itu, memupuk perkembangan dari segi mental, fizikal dan emosi pada diri anak-anak kita seharusnya menjadi matlamat kita sebagai ibu bapa.

Kita perlu membantu anak-anak kita supaya bersiap sedia untuk masa hadapan dan melengkapkan mereka dengan lapan tanda perkembangan mental dan emosi - memori, komunikasi, kemahiran sosial, perbendaharaan kata, pemahaman, penyelesaian masalah, perhatian, pengaturan kendiri. Setiap satunya adalah penting, tetapi pemahaman merupakan salah satu tanda yang terpenting dan anda boleh mengambil tindakan terhadapnya dengan serta-merta.

Apa Sebenarnya Pemahaman Itu?

Membaca dan pemahaman boleh jadi kata-kata yang sering digunakan secara bersama, namun begitu kedua-duanya adalah tidak sama. Membaca merujuk kepada keupayaan untuk mentafsir teks ke dalam bentuk beberapa perkataan ataupun bahasa perbualan harian. Manakala pemahaman adalah berkenaan memahami dan memproses perkataan dan bahasa.

Kemahiran pemahaman adalah penting untuk masa depan anak anda. Ia membantu anak-anak menikmati pembacaan dan merupakan satu cara yang berkesan untuk meningkatkan prestasi akademik mereka. Tetapi ia juga merupakan satu kaedah penemuan baru yang boleh mereka gunakan sepanjang kehidupan mereka.

Bayangkan anak anda sedang membaca kontrak pekerjaan, dan tidak dapat memahami apa yang tertulis. Atau membaca sebuah buku dan tidak dapat mempelajari ilmu-ilmu penting mengenai kehidupan yang terkandung di dalamnya. Walau apapun profesion yang dipilih oleh anak-anak anda dalam beberapa dekad yang mendatang, pemahaman tetap memainkan peranan yang penting.

Memperbaiki kemahiran pemahaman anak anda adalah lebih mudah daripada apa yang anda sangkakan. Berikan perhatian kepada beberapa perkembangan yang penting, amalkan latihan-latihan ini dan berikan anak-anak anda diet dan nutrisi pemakanan yang betul; dan mereka akan berada pada landasan yang menuju masa hadapan yang cerah.

Aktiviti mudah untuk perkembangan anak

 

Aktiviti-aktiviti yang disyorkan untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas.
Butiran
Aktiviti-aktiviti yang disyorkan untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas. Butiran
Umur 1: Bongkah-bongkah Binaan

Kanak-kanak menempuh paling banyak cabaran pada peringkat awal kehidupan mereka. Membina bongkah-bongkah seawal sekarang dapat membina kemahiran pemahaman yang lebih baik.

Pada usia satu tahun, mereka akan berkomunikasi dengan cara menunjuk, menggunakan bahasa isyarat dan membebel. Walaupun anak anda tidak menuturkan apa-apa perkataan, anak anda sedang memahami lebih daripada apa yang anda fikirkan. Cubalah bercakap mengenai makanan kegemarannya atau mainannya dan lihat senyuman meleret pada wajahnya. Ini menandakan bahawa anak anda telah mula memahami.1

Bagaimanakah saya dapat membantu anak saya yang berusia setahun memahami dengan lebih baik?

  • Bercakap dengan anak anda sekerap yang mungkin, terutamanya apabila anda memandikannya, memberi makan atau menukar pakaiannya. Ini merupakan masa di mana anda mendapat sepenuh perhatian yang tidak berbelah bahagi daripadanya.

  • Cuba terangkan mengenai benda-benda, menunjuk pada benda-benda dan memberitahu anak anda tentang apa yang berlaku di sekelilingnya.

  • Gunakan bahasa yang mudah dan jelas seperti Ini adalah bola merah, supaya anak anda mula membuat perhubungan.

Umur 2: Keseronokan dan Permainan

Pada peringkat ini, anak kecil anda berkembang dengan cara melompat dan melantun. Pada usia dua tahun, kebanyakan kanak-kanak mempunyai perbendaharaan kata sebanyak 50 patah perkataan ataupun lebih, mampu membina dua hingga tiga frasa kata dan memahami arahan mudah seperti Pergi ke sini, dan Letak bola itu ke bawah.1

Bagaimanakah saya dapat membantu anak saya yang berusia dua tahun memahami dengan lebih baik?

  • Dari usia 12 hingga 24 bulan, setiap lubuk minda anak kecil gemar meneroka dan bermain merupakan satu langkah yang penting untuk pembelajaran dan perkembangan.2 Manfaatkan keadaan ini dan masukkan unsur-unsur permainan apabila cuba mengajar anak-anak anda perkataan-perkataan yang baharu.

  • Mulakan dengan puisi berirama untuk kanak-kanak seperti kepala, bahu, lutut dan jari kaki untuk mengajar mereka tentang tubuh mereka.

  • Anda juga boleh meletakkan gambar-gambar haiwan yang berbeza di sekitar rumah. Kemudian, galakan anak anda untuk memadankan haiwan dengan bunyi haiwan yang anda buat dengan betul.

  • Pada peringkat ini, cuba jadikan semua aktiviti pembelajaran adalah berkaitan dengan permainan dan sesuatu yang menyeronokkan.

Umur 3 tahun: Lihatlah Siapa Yang Bercakap

Anak anda yang berumur tiga tahun merupakan seorang yang pandai berbual. Ketika ini dia mungkin menguasai kira-kira 600 hingga 900 patah perkataan dalam perbendaharaan katanya.3 Ini juga merupakan peringkat di mana dia mula berkomunikasi tentang emosi dan perasaannya. Dan anda akan ternanti-nantikan dia menceriakan anda dengan menceritakan tentang bagaimana harinya berlalu setiap hari.

Bagaimanakah saya dapat membantu anak saya yang berusia tiga tahun memahami dengan lebih baik?

  • Mulakan dengan memastikan anda mempunyai masa bersendirian dengan anak anda. Berbual dengannya tentang bagaimana harinya berlalu.

  • Jika dia tersasul satu atau dua patah perkataan, berikan dia pengesahan dan betulkan ayatnya.

  • Buku-buku adalah sahabat terbaik anda. Kanak-kanak berumur tiga tahun mendengar tiga kali ganda jumlah perkataan asing dalam buku-buku berbanding dengan apa yang dia dengari melalui perbualan.4

Umur 4 tahun: Bahasa

Apabila kita bercakap tentang kefahaman bahasa pada kanak-kanak berumur empat tahun, kita sebenarnya bercakap mengenai pemahaman kata-kata perbualan dan ayat-ayat pada skala yang lebih besar. Ini adalah masa di mana kanak-kanak prasekolah mengembangkan perbendaharaan kata mereka dan mempelajari struktur bahasa.

Bagaimanakah saya dapat membantu anak saya yang berusia empat tahun memahami dengan lebih baik?

  • Baca dengan lantang sambil jari anda atau menggunakan sebuah pembaris menunjuk pada perkataan-perkataan yang dibaca.

  • Bergilir-gilir membaca dengan lantang. Ini akan membantu dia melambatkan dan memberi tumpuan kepada perkataan-perkataan. Dengan cara itu, dia bukan sahaja membaca setiap perkataan tetapi turut mendengar perkataan-perkataan tersebut.5

Umur 5: Sedia untuk Masa Depan

Pada usia lima tahun, 90% pertumbuhan otak anak anda sudah lengkap.6 Kebanyakan kanak-kanak pada usia ini telah mempunyai kawalan diri yang lebih baik dan menunjukkan kreativiti. Mereka juga lebih berdikari dan cukup berpuas hati bermain bersendirian dengan mainan mereka sahaja, tanpa pengawasan orang dewasa. Mereka juga dapat mengekspresikan emosi dan kekecewaan mereka dengan lebih petah. 7

Bagaimanakah saya dapat membantu anak saya yang berusia lima tahun memahami dengan lebih baik?

  • Setakat ini, anda telah tahu bahawa masa membaca dengan anak anda adalah sangat penting. Teruskan, dan jangan berhenti!

  • Berbual seperti orang dewasa dengan anak anda yang berusia lima tahun. Mengemukakan soalan-soalan sebelum, sepanjang dan selepas cerita tersebut adalah cara yang terbaik untuk memastikan anak anda dapat memahami.

  • Minta dia mengulangi cerita yang anda bacakan kepadanya dengan kata-katanya sendiri. Ini adalah cara terbaik untuk memastikan dia memahami cerita itu.

 

Para ibu bapa, terdapat banyak cara untuk membantu meningkatkan kemahiran pemahaman anak anda, tetapi tidak ada yang dapat menggantikan keperluan untuk nutrisi asas. Lima tahun pertama kehidupan anak anda adalah ketika di mana kebanyakan perkembangan otak berlaku. Otaknya tidak akan berkembang dengan pantas seperti ini lagi.8

Pastikan yang anda tidak terlepas menyediakan nutrisi yang diperlukan untuk anak anda bagi membangunkan sepenuhnya perkembangan mental dan fizikalnya. Apabila kanak-kanak tidak menerima pemakanan yang betul dalam tempoh yang penting ini, ia boleh membawa kepada perkembangan bahasa dan pemahaman yang lebih perlahan serta tahap I.Q yang lebih rendah.9

Rujukan:

1https://kidshealth.org/en/parents/c12yr.html

2https://www.babycenter.com/0_play-why-its-so-important-12-24-months_1736...

3https://www2.ed.gov/programs/nclbbrs/reading.pdf

4http://parents-choice.org/

5 scholastic.com/ (N/A)

6Lenroot RK and Giedd JN. Neuroscience and Biobehavioral Reviews 2006;30:718-729

7https://www.webmd.com/parenting/4-to-5-year-old-milestones#1

8http://www.factsforlifeglobal.org/03/

9https://healthyeating.sfgate.com/

 

MYS-01/02P12/19034