It is normal for children to experience lactose sensitivity

Laktosa merupakan sejenis karbohidrat yang penting di dalam susu.

Apabila seseorang kanak-kanak tidak menghasilkan enzim laktase yang mencukupi (yang diperlukan untuk mencerna laktosa), laktosa yang tidak dapat dicerna akan menyebabkan pengumpulan gas dan asid di dalam usus1 .

Fakta tentang sensitiviti terhadap laktosa di kalangan kanak-kanak

Kebanyakan kanak-kanak mempunyai aktiviti enzim laktase yang normal

Jumlah enzim laktase mungkin semakin merosot apabila usia kanak-kanak meningkat2 Adalah bermanfaat untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan sekiranya seseorang kanak-kanak itu mengalami sensitif terhadap laktosa di kemudian hari.

Sesetengah golongan etnik yang tertentu adalah lebih cenderung untuk mengalami sensitif terhadap laktosa.

Ini termasuk kanak-kanak berketurunan Asia, Hispanik, Amerika Afrika, atau orang asli Amerika.

Kanak-kanak yang sensitif terhadap laktosa akan mengalami ketidakselesaan sekiranya mereka mengambil produk susu atau tenusu yang mengandungi laktosa.

Anak anda mungkin mengalami masalah ketidakselesaan penghadaman seperti cirit-birit, rasa bergas, perut kembung, sakit atau kejang antara 30 minit-2 jam selepas pengambilan laktosa3.

Kadar sensitiviti terhadap laktosa adalah berbeza di kalangan kanak-kanak.

Sesetengah kanak-kanak hanya mengalami sensitiviti yang ringan, yang boleh diuruskan dengan mudah dengan menyesuaikan jumlah laktosa yang diambil daripada produk susu atau tenusu. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat perubatan.

Lactose sensitivity is more common in Asian, Hispanic, African American, or Native American descent

Menukar formula susu boleh membantu masalah pencernaan anak anda.

Sekiranya anda mengesyaki bahawa anak anda mengalami masalah sensitif terhadap laktosa,sila bertanya dengan doktor anda tentang pertukaran susu yang mengandungi laktosa yang lebih rendah dan protein yang mudah dicerna (protein separa hidrolisis).

Sensitif terhadap laktosa pada awal zaman kanak-kanak tidak bermakna bahawa kanak-kanak tersebut akan mengalami keadaan yang sama seumur hidup.

Ramai kanak-kanak yang akhirnya mengatasi masalah sensitif terhadap laktosa2 apabila tubuh mereka berupaya menghasilkan paras laktase yang mencukupi.

Berkunjung ke klinik

Sekiranya anda berpendapat bahawa anak anda mungkin mengalami masalah sensitif terhadap laktosa, sila berjumpa doktor. Kebanyakan kes yang disyaki sebagai sensitif terhadap laktosa akhirnya didapati sebagai masalah pencernaan lain yang boleh diatasi dengan mudah melalui pengambilan susu yang mengandungi paras laktosa yang rendah dan protein yang mudah dicerna (protein separa hidrolisis).

RUJUKAN:

1. https://www.healthline.com/health/lactose-intolerance

2. Changing genes; losing lactase. Gut. 2003 May; 52(5): 617–619.

3. https://www.everydayhealth.com/lactose-intolerance/guide/symptoms

MYS-01/11P28/19288