Bersalam merupakan antara perkara yang sering kita lakukan saat bertemu dengan seseorang. Ia boleh dianggap sebagai cara meraikan kedatangan mereka.

Namun apabila COVID-19 melanda, kebanyakan antara kita cuba untuk mengelakkan sentuhan fizikal dengan individu lain kerana bimbang penularan wabak tersebut. Secara tidak langsung, nilai bersalam juga semakin dilupakan.

Tibanya bulan Ramadan dan Syawal ini, mengapa tidak kita sematkan semula amalan bersalaman atau berjabat tangan ini terutamanya dalam kalangan anak-anak?

Ini kerana dalam Islam sendiri menganggap bersalaman ketika bertemu merupakan antara adab dan akhlak yang terpuji. Ia menggambarkan sifat kasih sayang dan kecintaan antara individu bersalaman.

Menyentuh mengenai kasih sayang dan rasa cinta, sudah tentu ia melibatkan emosi dan kemahiran sosial yang mana menjadi salah satu titik perkembangan penting buat anak iaitu kecerdasan emosi (EQ).

 

Pentingnya Salam Untuk Perkembangan EQ Anak

Bagaimana nilai bersalam membantu perkembangan EQ anak?

EQ merujuk kepada kematangan, dan individu dengan kecerdasan emosi yang tajam akan mempunyai kecenderungan untuk mempunyai kehidupan yang lebih membahagiakan.

Adakah ini bermakna EQ lebih penting berbanding IQ?

IQ dipercayai membentuk peratusan kecil daripada faktor yang menentukan kejayaan hidup. Ini bermakna kemahiran kognitif seperti pemahaman lisan, ingatan, penaakulan dan kelajuan memproses maklumat akan membantu dari segi akademik .

Untuk membolehkan anak melangkah lebih jauh dalam kehidupannya, ciri-ciri IQ itu haruslah dilengkapi dengan kemahiran sosial-emosi (EQ) seperti motivasi diri, ketabahan, daya tahan, kemahiran mengatasi, kawalan impuls serta keupayaan menangguh kepuasan (ability to delay gratification).

 

Bersalam hari raya

Dengan meningkatkan asas EQ lebih mendalam, dalam masa sama ia membantu anak untuk memperolehi lebih penguasaan terhadap tubuh, tingkah laku dan dunia di sekeliling mereka 2. Mendidik anak dalam menguasai kepintaran EQ boleh dimulakan dengan sekecil-kecil interaksi seperti bersalaman dengan orang lain.

Kanak-kanak dengan tahap kepintaran EQ yang tinggi akan memiliki keyakinan diri lebih tinggi bahawa mereka akan mencapai matlamat, berjaya dalam apa yang dilakukan dan percaya bahawa individu dewasa di sekelilingnya boleh membantu jika diperlukan.

 

Kepentingan Nutrisi Untuk perkembangan EQ

Berita baiknya terdapat cara yang boleh membantu perkembangan EQ dan IQ anak iaitu dengan memberikan si manja nutrisi yang mengandungi MFGM dan DHA.

MFGM (milk fat globule membrane) merupakan nutrien yang menyokong perkembangan emosi kanak-kanak dan imuniti mereka.

Perkembangan emosi yang baik membantu anak untuk belajar kemahiran hidup seperti berkomunikasi dan bekerjasama dengan individu lain.

Malahan anak yang diberikan susu formula dengan MFGM juga menunjukkan perkembangan bahasa dan kognitif serta motor yang lebih baik.

Pengambilan susu formula kanak-kanak yang diperkaya dengan MFGM menunjukkan pengurangan gejala demam serta membawa kepada kawalan tingkah laku yang lebih baik.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, asid lemak omega-3 dalam bentuk DHA dan EPA adalah penting dalam perkembangan struktur otak kanak-kanak yang membantu perhubungan sel otak seterusnya mempengaruhi fungsi pembelajaran dan pemikiran mereka.

 

Lebaran ini, tunjuk ajar anak cara bersalam 

Rangsang IQ & EQ anak anda aidilfitri ini dengan nilai-nilai murni melalui salam raya yang kreatif. Jangan lupa sertai Peraduan Salam Kebaikan, Salam Penuh Harapan yang dianjurkan oleh Enfagrow A+ dan jangan lepaskan peluang untuk menang hadiah menarik!

Klik Di Sini untuk hantar penyertaan Salam Raya Kreatif anak anda.

Ajarkan kepada anak bahawa bersalaman ini bukan sahaja ketika berjumpa dengan seseorang. Tetapi ia juga merupakan cara untuk bertanya khabar kepada mereka yang sudah dikenali seperti saudara-mara.

Pada permulaan, kebanyakan kanak-kanak akan menganggap amalan berjabat tangan seperti sesuatu yang menggelikan hatinya. Tetapi semakin mereka mempelajari bentuk etika yang betul, ia akan menjadi satu kebiasaan.

Berikan anak peluang untuk memikirkan cara bersalam yang betul. Biarkan mereka meneka cara berjabat tangan mana yang bagus dan sebaliknya. Anda juga boleh bertanyakan kepada anak pandangan mereka mengenai kaedah bersalaman yang betul.

 

Galakkan hubungan mata

Ada kalanya, anak akan berasa malu terutamanya apabila berjumpa dengan individu yang tidak mereka kenali.

Pun begitu, hubungan mata (eye contact) ini adalah penting untuk diajar kepada anak sebagai salah satu kemahiran sosial.

Ajarkan anak untuk memandang mata seseorang ketika berjabat tangan kerana ia akan membantu mereka berasa lebih mesra dan selesa.

Ini kerana hubungan mata bukan sahaja nilai bersalam yang baik tetapi juga merupakan bahasa komunikasi bukan lisan yang sangat penting. Jadi mendidik anak untuk melakukannya pada usia muda sangat bermanfaat untuk kemudian hari.

 

Minta mereka berdiri ketika berjabat tangan

Sekiranya anak sedang duduk, sebagai contoh di atas sofa di rumah atau semasa di restoran, dan terdapat individu datang menghulurkan tangan untuk berjabat, ajar mereka untuk berdiri sebelum membalasnya.

 

Sokongan dan galakan

Selalunya untuk beberapa kali pertama bersalaman, anak mungkin melakukannya dengan cara yang salah. Anda boleh menegur secara positif tetapi usah memarahi mereka.

Sebaliknya dorong mereka untuk belajar daripada pengalaman tersebut dan menggunakan peluang seterusnya untuk berjabat tangan dengan lebih baik.

Jika keadaan berjalan lancar, biarkan anak tahu betapa anak berbangga dengan mereka kerana bersalaman dengan begitu baik. Katakan sesuatu seperti “Pandai anak Mama bersalaman tadi.”

 

Amalan Kebersihan Dan Penjagaan Diri

Tidak dinafikan dalam era endemik ini pastinya ada di antara ibu-ibu di luar sana yang bimbangkan tahap kesihatan anak apabila diajar bersalam.

Sebenarnya dalam masa sama, anda boleh menggunakan peluang ini untuk mengajar anak aspek penting berkaitan kebersihan diri.

Anda boleh mengingatkan anak jika mereka sedang selesema, batuk atau bersin elakkan menyentuh hidung dan mulut dengan tangan agar mereka tidak menyebarkan kuman. Begitu juga jika tangan mereka kotor, haruslah membersihkan tangan terlebih dahulu.

Jelaskan kepada mereka kepentingan untuk mencuci tangan atau menggunakan gel pembersih tangan.

 

Kemahiran Sosial Penting

Mempelajari nilai bersalam terutamanya di musim perayaan nanti merupakan kemahiran sosial penting bagi kanak-kanak. Ada anak mungkin dapat belajar kemahiran ini sekelip mata, manakala terdapat juga yang memerlukan lebih masa untuk dapat melakukannya dengan betul.

Banyakkan bersabar dan bantu anak untuk mengasah keupayaan mereka bersalaman dan berinteraksi bersama individu lain dengan lebih baik.

Jangan lupa untuk menjadikan proses pembelajaran serta perkembangan EQ ini sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukannya sebagai hukuman.


Rujukan:
  1. Irsyad Al-Hadith Series 344: The Benefits Of Shaking Hands. Diambil pada Mac 9, 2023, daripada https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/3124-irsyad-al-hadith-series-344-the-benefits-of-shaking-hands.  
     
  2. Developing Emotional Intelligence in Children. Diambil pada Mac 9, 2023, daripada https://www.mpfoundation.org/developing-emotional-intelligence-in-children/.  
     
  3. Why is EQ more important than IQ for our children’s future success? Diambil pada Mac 9, 2023, daripada https://littleheroes.org.za/emotional-intelligence-success/.  
     
  4. Veereman-Wauters, G., Staelens, S., Rombaut, R., Dewettinck, K., Deboutte, D., Brummer, R. J., Boone, M., & Le Ruyet, P. (2012). Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. Nutrition (Burbank, Los Angeles County, Calif.), 28(7-8), 749–752. Diambil pada Mac 9, 2023, daripada https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22305534/#.
     
  5. Li F, Wu SS, Berseth CL, Harris CL, Richards JD, Wampler JL, Zhuang W, Cleghorn G, Rudolph CD, Liu B, Shaddy DJ, Colombo J. Improved Neurodevelopmental Outcomes Associated with Bovine Milk Fat Globule Membrane and Lactoferrin in Infant Formula: A Randomized, Controlled Trial. J Pediatr. 2019 Dec;215:24-31.e8. Diambil pada Mac 9, 2023, daripada https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/31668885/.
     
  6. Kemeterian Kesihatan Malaysia: Omega 3 Laut Dalam. Diambil pada Mac 9, 2023, daripada http://www.myhealth.gov.my/omega-3-laut-dalam/.  
     
  7. Monkey see, monkey do: Model behavior in early childhood. Diambil pada Mac 9, 2023, daripada https://www.canr.msu.edu/news/monkey_see_monkey_do_model_behavior_in_early_childhood.
     
  8. Eye Contact: An Introduction to its role in communication. Diambil Mac 9, 2023, 2022. https://www.canr.msu.edu/news/eye_contact_an_introduction_to_its_role_in_communication.  
     
  9. Positive Parenting. Diambil Mac 9, 2023, 2022. https://njaap.org/positive-parenting/.
     
  10. Personal hygiene for children. Diambil Mac 9, 2023, 2022. https://www.healthdirect.gov.au/personal-hygiene-for-children.