Ramadan merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Pada bulan inilah, anak dapat belajar dengan lebih mendalam mengenai maksud sedekah serta amalan sedekah yang amat dituntut dalam agama Islam.

Tidak dinafikan, bulan Ramadan membawa fadilat yang sangat besar. Setiap amalan juga dijanjikan balasan pahala yang berlipat kali ganda.

Bulan ini adalah waktu terbaik untuk menerapkan pelbagai nilai murni dalam kalangan anak-anak, terutamanya sifat pemurah dan dermawan melalui amalan bersedekah.

Tetapi, apakah maksud sedekah? Menurut laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu, bersedekah ialah amalan memberi hadiah atau derma kepada insan yang memerlukannya.

Oleh kerana itu, ibu bapa perlu memainkan peranan utama dalam mengajar anak erti pemurah. Mereka adalah role model utama yang bakal menjadi contoh terbaik untuk anak.

Namun, bagaimanakah ibu bapa dapat menerapkan sifat empati dan dermawan dalam kalangan anak pada bulan Ramadan ini?

Di bawah, kami kongsikan beberapa tip yang dapat ibu bapa praktikkan untuk menjadikan anak lebih suka amalan sedekah.

7 cara memupuk amalan bersedekah dalam kalangan si manja

Sebenarnya, anak-anak kita sudah tahu maksud sedekah, cuma mereka mungkin tidak faham ertinya yang sebenar.

Cara yang terbaik untuk memupuk amalan sedekah dalam kalangan anak kecil adalah dengan mengajar mereka berkongsi1.

Pada bulan puasa ini, terdapat pelbagai amalan yang dapat ibu bapa lakukan untuk mendedahkan si manja kepada maksud sedekah yang sebenar. Sebagai permulaan, ibu bapa boleh memulakan inisiatif seperti berikut:

1. Galakkan praktis amalan sedekah

Kanak-kanak mempunyai sifat pemurahnya yang tersendiri.

Pernahkah anda melihat anak berkongsi makanan seperti biskut atau kek bersama rakan sebaya mereka? Ini merupakan salah satu bukti bahawa anak kita sudah ada rasa empati dalam diri.

Situasi ini boleh diteruskan pada bulan puasa kali ini. Anda boleh cuba meminta mereka untuk menghantar makanan berbuka puasa kepada jiran tetangga.

Dengan cara ini, ibu bapa bukan sahaja dapat menjadi contoh yang baik kepada anak, si manja juga dapat belajar maksud sedekah melalui pengalamannya sendiri disamping memupuk sifat pemurah dalam diri.

2. Puji anak ketika mereka berbuat baik

Anak cenderung melakukan kebaikan kepada orang lain dari masa ke masa. Kadangkala, mereka akan berkongsi alat permainan bersama rakan-rakan atau membantu ibu bapa mengangkat barang.

Walaupun semua tindakan ini nampak kecil, anda seharusnya memberikan pujian dan galakan kepada anak anda. Anak yang sering dipuji selalunya akan terus melakukan kebaikan1.

Sama jugalah jika anak bercerita mengenai pengalaman mereka membantu kawan-kawan di sekolah.

Tidak salah jika anda selalu memuji mereka atas kebaikan yang dilakukan. Pada masa yang sama, terangkan bahawa anda berasa bangga dengan kebaikan yang telah mereka lakukan.

3. Jadi contoh yang baik kepada anak

Untuk mengajar anak maksud sedekah, ibu bapa sendiri perlulah melazimkan diri dengan amalan sedekah. Sebagai contoh, minta mereka berikan seringgit dua kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Ibu bapa juga boleh menyertai program-program kesukarelawanan di samping melibatkan anak bersama dalam program tersebut2. Biarkan anak merasai sendiri pengalaman secara terus membantu orang-orang yang tidak berkemampuan.

Anda boleh terus beramal pada Ramadan ini dan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM100,000 menerusi Peraduan Dana Sepenuh Harapan. Klik di sini untuk sertai sekarang!

4. Jadi pemurah dengan anak sendiri

Seperti yang disebutkan sebelum ini, ibu bapa merupakan role model terbaik untuk anak3.

Jika ibu bapa sering melakukan amalan sedekah, besar kemungkinan anak akan mengikut jejak langkah ibu bapa mereka pada masa hadapan.

Selain itu, ibu bapa juga boleh menunjukkan sifat prihatin kepada anak dengan cara meluangkan masa bersama mereka, membelikan hadiah dan kerap menyampaikan pujian kepada anak.

5. Ajar anak supaya lebih bersyukur

Menurut sebuah kajian yang dimuatkan dalam jurnal Positive Psychology, kanak-kanak yang bersyukur akan menjadi lebih prihatin dan pemurah4.

Malah, hampir 60% kanak-kanak yang diajar bersyukur akan menjadi kurang materialistik dan lebih mudah bersedekah5

Bagaimana hendak mengajar anak menjadi insan yang lebih bersyukur?

Mudah sahaja, cuba luangkan masa dengan mereka dan tanyakan tiga perkara yang mereka syukurkan atau hargai pada hari ini. Aktiviti mudah ini sudah cukup untuk memupuk sifat pemurah dalam kalangan si manja.

6. Fokus tentang mesej di sebalik amalan sedekah

Pastikan anak mengetahui maksud sebenar amalan bersedekah dan impaknya terhadap orang lain.

Kanak-kanak selalunya ingin membantu, mereka cuma tidak berpeluang untuk melakukannya. Jadi, tugas ibu bapalah untuk menerangkan lebih lanjut tentang amalan bersedekah kepada anak.

Sentiasa ingatkan anak anda bahawa amalan berkongsi dan bersedekah amat digalakkan dalam Islam, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan kerana diberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

7. Bekalkan anak dengan khasiat secukupnya

Tidak dinafikan, untuk membentuk perilaku anak yang sihat daripada segi mental dan fizikal, mereka memerlukan makanan yang berkhasiat dan diet yang lengkap untuk tumbesaran mereka.

Selain pemakanan yang seimbang, ibu bapa boleh membekalkan si manja dengan susu yang kaya dengan DHA dan MGFM, dua bahan yang dapat membantu perkembangan EQ dan IQ anak. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanak-kanak berusia antara satu hingga tiga tahun perlu mengambil DHA sebanyak 100-150 mg sehari untuk menyokong perkembangan IQ mereka9

DHA amat penting untuk memupuk perkembangan kognitif anak. Ia membantu anak untuk fokus dengan lebih baik dan memudahkan proses pembelajaran di dalam dan di luar kelas6.

MGFM pula ialah singkatan kepada milk fat globule membrane, satu kombinasi kompleks lemak dan protein yang selalunya tidak boleh didapati di dalam susu biasa7. Ia merupakan sumber fosfolipid dan spingomielin semula jadi yang boleh ditemui dengan banyak di dalam otak manusia.

Tambahan pula, MFGM mengandungi kandungan protein yang dapat menyokong tumbesaran dan perkembangan si manja. Kajian klinikal menunjukkan, pengambilan susu yang diperkaya dengan MFGM boleh meningkatkan tahap EQ kanak-kanak tadika8

MFGM bukan sahaja dapat meningkatkan keupayaan anak untuk berfikir, malah mereka juga akan mempunyai kemampuan mengendalikan emosi yang melebihi rakan-rakan sebaya.

Pada bulan Ramadan inilah, kita dapat mengajar anak mendalami maksud sedekah yang sebenarnya. Dengan didikan yang baik, rangsangan yang betul dan pemakanan yang berkhasiat, ibu bapa boleh memupuk perkembangan IQ dan EQ anak secara menyeluruh.

Dengan ini, anak juga dapat membesar menjadi insan yang berakhlak mulia dan terpuji seperti yang diharapkan oleh kedua ibu bapanya.

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.


Rujukan
1. Giving: The Best Gift Of All. https://centerforparentingeducation.org/library-of-articles/indulgence-v.... Accessed on March 3, 2022.
2. Tips for Raising Generous Children. https://childmind.org/article/tips-for-raising-generous-children/. Accessed on March 3, 2022.
3. Top 5 ways to raise a generous child at any age. https://www.worldvision.org/christian-faith-news-stories/top-5-ways-rais.... Accessed on March 3, 2022.
4. The impact of gratitude on adolescent materialism and generosity. https://doi.org/10.1080/17439760.2018.1497688. Accessed on March 3, 2022.
5. How to Inspire Your Kids to Be Generous. https://greatergood.berkeley.edu/article/item/how_to_inspire_your_kids_t.... Accessed on March 3, 2022.
6. The Relationship of Docosahexaenoic Acid (DHA) with Learning and Behavior in Healthy Children: A Review. https://doi.org/10.3390/nu5072777. Accessed on March 3, 2022.
7. Health benefits of dairy lipids and MFGM in infant formula. https://www.ocl-journal.org/articles/ocl/full_html/2018/03/ocl180019s/oc.... Accessed on March 3, 2022.
8. Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22305534/. Accessed on March 3, 2022.
9. Fats and fatty acids in human nutrition: Report of an expert consultation. https://www.fao.org/3/i1953e/i1953e.pdf. Accessed on March 3, 2022.