Makanan yang kaya dengan nutrien penting bagi menyokong kesihatan sistem penghadaman kanak-kanak. Baca selanjutnya bagi mengetahui peranan nutrien dalam diet yang seimbang serta susu formula terbaik untuk anak anda.

Peranan Nutrien Dalam Makanan Untuk Kanak Kanak

Nutrien yang terdapat dalam makanan penting untuk kesihatan dan tumbesaran si manja. Nutrien membantu menguatkan sistem imun badan serta mengurangkan risiko penyakit berjangkit1

Selain itu, makanan yang berkhasiat dan kaya dengan nutrien dapat membantu proses pembelajaran anak anda.

Antara manfaat-manfaat lain pengambilan nutrien kepada si manja ialah2:

  • Kekal bertenaga sepanjang hari

  • Tulang dan gigi yang kuat

  • Kesihatan mental yang lebih baik

  • Mengekalkan berat badan yang ideal

  • Menguatkan sistem imun badan

Oleh yang demikian, pengambilan makanan untuk kanak kanak (diet yang seimbang) amatlah penting. Pemberian susu formula terbaik untuk kanak-kanak yang diperkaya dengan pelbagai jenis nutrien turut membantu proses perkembangan mental dan fizikal secara keseluruhan.

Adakah anda tahu jenis-jenis nutrien yang penting untuk si manja? 

Jenis-jenis Nutrien Penting Dalam Diet Yang Seimbang

Penting untuk ibu bapa mengetahui dan memahami kandungan makanan untuk memupuk tabiat pemakanan yang sihat. Berikut merupakan nutrien penting yang terkandung dalam makanan untuk kanak kanak2

Vitamin A

Bagus untuk mata dan kulit serta berfungsi melindungi tubuh badan daripada jangkitan2. Makanan yang kaya dengan vitamin A ialah kubis, lobak merah, limau gedang, mangga, bayam, keledek, tembikai dan lain-lain.

Vitamin C

Baik untuk gigi dan gusi serta membantu proses penyembuhan luka2. Lada benggala, brokoli, kubis, kubis bunga, oren, nanas dan tomato antara pilihan makanan yang terbaik.

Serat

Bermanfaat dalam membantu sistem penghadaman yang sihat2. Contoh-contoh makanan yang kaya dengan serat ialah epal, pisang, buah lai, kacang dan bayam.

Folat

Membantu proses penyembuhan luka dan pembahagian sel normal yang memainkan peranan penting dalam proses tumbesaran kanak-kanak2. Asparagus, brokoli, bayam dan strawberi merupakan antara komponen diet yang seimbang.

Zat besi

Menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak2. Kacang, lentil dan bayam merupakan contoh makanan yang tinggi dengan zat besi.

Magnesium 

Bagus untuk tulang yang sihat2. Magnesium terdapat dalam makanan seperti kacang dan bayam.

Protein

Membantu dalam proses pembinaan otot12. Antara pilihan makanan untuk kanak kanak yang kaya dengan protein ialah telur, daging tanpa lemak dan keju.

Karbohidrat 

Berperanan untuk membekalkan tenaga dan boleh ditemui dalam roti bijirin penuh, kentang dan epal12.

Kalsium

Penting untuk kesihatan gigi dan membantu menguatkan tulang12. Sumber makanan yang  tinggi dengan kalsium ialah yogurt dan sayur-sayuran berdaun hijau.

Secara umum, majoriti ibu bapa tahu bahawa susu tinggi kandungan kalsium adalah baik untuk kanak-kanak. Oleh yang demikian, pilihlah susu formula terbaik yang sesuai untuk anak anda. 

Nutrien Penting Yang Terdapat Dalam Susu Formula Terbaik Untuk Kanak-Kanak

Ibu bapa harus memastikan susu formula yang diberikan kepada anak mereka mengandungi:

MFGM

Milk fat globule membrane (MFGM) menyokong perkembangan kognitif anak dan meningkatkan imuniti4.

DHA

DHA yang terdapat dalam susu merupakan asid lemak omega-3 - komponen penting untuk perkembangan intelek yang unggul dan sistem imun kanak-kanak5.

PHP

Protein separa hidrolisis - Partially hydrolyzed protein (PHP) atau protein separa hidrolisis sejenis protein yang bersaiz kecil dan dapat memudahkan proses penghadaman serta penyerapan makanan. Kandungan nutrien dalam protein separa hidrolisis sama dengan protein yang wujud dalam bentuk asal. Oleh itu, kanak-kanak dengan perut yang belum cukup matang boleh mendapat bekalan protein yang secukupnya.

Susu formula terbaik untuk kanak-kanak yang mengalami perut sensitif seharusnya mengandungi PHP kerana protein jenis ini bukan sahaja menyokong kesihatan usus tetapi secara tidak langsung menguatkan sistem imun7

Laktosa Lebih Rendah

Susu formula terbaik untuk kanak-kanak yang mengalami masalah  perut sensitif seharusnya mengandungi laktosa yang  rendah! Kandungan laktosa yang lebih rendah dalam susu formula dapat memelihara kesihatan sistem penghadaman tanpa menjejaskan proses tumbesaran dan keperluan tenaga anak anda.

Cara-Cara Untuk Menyokong Sistem Penghadaman Anak Anda

Sistem penghadaman yang sihat penting dalam menyokong tumbesaran anak. Strategi berikut boleh membantu8,9:

Pengambilan serat

Terdapat lebih daripada 100 trilion organisma di dalam usus manusia, terutamanya bakteria yang berfungsi untuk8:

Serat dalam bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran membantu bakteria baik di dalam usus kekal sihat. Selain itu, pengambilan susu formula terbaik untuk kanak-kanak yang diperkaya dengan Polydextrose (PDX) juga membantu.

Pengambilan serat yang mencukupi juga mengurangkan risiko sembelit - masalah yang lazim terjadi dalam kalangan kanak-kanak.

Pengambilan bakteria baik

Makanan yang melalui proses penapaian seperti yogurt, mengandungi bakteria hidup dan aktif. Begitu juga dengan makanan lain (bukan produk tenusu) yang ditapai. Makanan seperti ini bagus untuk meningkatkan paras organisma baik dalam saluran penghadaman anak. 

Pengambilan cecair 

Dengan pengambilan serat yang mencukupi, anda perlu memastikan anak minum air secukupnya di samping pengambilan susu formula terbaik untuk kanak-kanak pada siang hari.

Bersenam 

Bawalah si manja berjalan menikmati alam semula jadi sambil bersenam. Aktiviti fizikal seperti ini boleh membantu melancarkan proses penghadaman.

Peranan Nutrisi Dalam Memelihara Kesihatan Sistem Penghadaman Kanak-Kanak

Sistem penghadaman yang sihat berkait rapat dengan proses tumbesaran dan perkembangan anak. Faktor ini membantu memastikan nutrien daripada makanan untuk kanak kanak diserap secara optimum.

Bagaimanakah cara-cara untuk memelihara kesihatan sistem penghadaman? 

Ibu bapa harus memberi perhatian khusus terhadap pengambilan serat dan cecair harian. Selain itu, pastikan anak bergerak aktif setiap hari10.

Pastikan juga anak anda mengambil makanan dan minuman yang berkhasiat. Sebagai contoh, susu formula yang diperkaya dengan nutrien penting seperti protein, MFGM, DHA dan protein separa hidrolisis (PHP).

Manfaat Susu Formula Terbaik Untuk Kanak-Kanak Yang Diperkaya Dengan MFGM, DHA, PHP

Tidak dinafikan terdapat banyak susu formula dalam pasaran. Namun, bukan semua susu formula kanak-kanak dapat memenuhi keperluan nutrien si manja.

Usah bimbang kerana terdapat susu formula terbaik untuk kanak-kanak yang mengandungi nutrien penting seperti protein, MFGM, DHA dan protein separa hidrolisis (PHP). 

Berdasarkan kajian, kanak-kanak yang mengambil susu formula terbaik dengan MFGM akan jarang mengalami gejala demam11. Selain itu, tingkah laku si anak akan bertambah baik11.

Kandungan DHA pula bermanfaat bagi perkembangan saraf dan penglihatan anak. Di samping itu, DHA turut menyokong perkembangan kognitif, sistem imun dan meningkatkan fokus anak anda5

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah perut sensitif, pilihlah susu formula yang mengandungi protein separa hidrolisis (PHP) bagi memantapkan sistem penghadaman si manja dan meningkatkan penyerapan protein. 

Pastikan juga anak mendapat nutrien secukupnya daripada diet yang seimbang bagi mengekalkan kesihatan sistem penghadaman mereka. Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat buat anda!

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA serta beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.

 


Rujukan
  1. Nutrition. Diambil pada Oktober 22, 2022 daripada: https://www.who.int/health-topics/nutrition#. 
  2. The Importance of Good Nutrition for Kids. Diambil pada Oktober 22, 2022 daripada: https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/700childr...
  3. Taking Care Of Little Ones? Diambil pada Oktober 22, 2022 daripada: https://healthydrinkshealthykids.org/parents/. 
  4. Advancement on Milk Fat Globule Membrane: Separation, Identification, and Functional Properties. Diambil pada Oktober 22, 2022 daripada: https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fnut.2021.807284/full. 
  5. In Time: Importance Of Omega 3 In Children’s Nutrition. Diambil pada Oktober 22, 2022 daripada: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5417803/. 
  6. The Importance of Prebiotics in Functional Foods and Clinical Practice. Diambil pada Oktober 22, 2022 daripada: https://www.scirp.org/html/13-2700053_4536.htm. 
  7. Systematic review of the impact of feed protein type and degree of hydrolysis on gastric emptying in children. Diambil pada Oktober 22, 2022 daripada: https://bmcgastroenterol.biomedcentral.com/articles/10.1186/s12876-015-0...
  8. 5 Ways to Boost Your Child’s Gut Health. Diambil pada Oktober 22, 2022 daripada: https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=5-ways-to-boost-yo...'s-gut-health-197-29161. 
  9. Exercise for Better Digestive Health. Diambil pada Oktober 22, 2022 daripada: https://mypositiveparenting.org/2014/08/03/exercise-for-better-digestive...
  10. How our digestive system works and keeping it healthy. Diambil pada Oktober 22, 2022 daripada: https://www.gosh.nhs.uk/wards-and-departments/departments/clinical-speci...
  11. Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. Diambil pada Oktober 22, 2022 daripada: https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22305534/#. 
  12. Nutrition. Diambil pada Oktober 22, 2022 daripada: https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/health-we...