cara tingkatkan imun badan

Kanak-kanak sememangnya mempunyai sistem imuniti rendah jika dibandingkan dengan individu dewasa. Ini kerana, tubuh badan kanak-kanak masih berada di peringkat awal pembinaan imun tubuh yang lebih lengkap dan kuat. Jadi, apakah cara tingkatkan imun badan anak yang boleh ibu bapa lakukan? Ini beberapa kaedah dan cara meningkatkan imun tubuh dengan cepat.

 

Bagaimana sistem imuniti badan berfungsi?

Sistem pertahanan badan manusia terdiri daripada jaringan sel, tisu dan organ yang bekerjasama untuk melindungi badan1

Sel darah putih yang dikenali sebagai leukosit, adalah sebahagian daripada sistem pertahanan ini1.

Secara umumnya, terdapat dua jenis sel asas yang bertanggungjawab melawan kuman, iaitu:

  • Fagosit (phagocyte): Ia berperanan memakan kuman yang memasuki badan

  • Limfosit (lymphocyte): Membolehkan badan mengingati dan mengenali bendasing yang menyerang badan1

Leukosit terdapat pada banyak bahagian badan, termasuklah limpa dan organ pada perut yang menyaring darah dan membantu melawan jangkitan. 

Sel ini juga boleh dijumpai dalam sumsum tulang, yang kelihatan seperti jeli tebal dalam tulang anda1 .

Kehadiran leukosit dan limfosit ini menunjukkan bahawa badan kita mempunyai sistem pertahanan yang hebat. 

Tetapi, adakah ia cukup untuk mengekalkan tahap kesihatan anak anda? Sudah tentu tidak kerana kanak-kanak juga mudah jatuh sakit. 

Jadi bagaimana cara meningkatkan imun tubuh dengan cepat?

 

4 cara tingkatkan imun badan anak

cara tingkatkan imun badan

Sebagai ibu bapa, anda pastinya tidak mahu anak kerap jatuh sakit atau mengalami kecederaan. 

Malah, anda tentunya mahu melindungi mereka daripada sebarang penyakit dan jangkitan. 

Bagi mengelakkan anak jatuh sakit, antara perkara penting yang perlu dilakukan adalah dengan menggalakkan rutin sihat serta mengambil langkah melawan dan mencegah masalah imuniti rendah daripada kecil.

Antara cara tingkatkan imun badan anak anda ialah:

 

#1. Kerap mencuci tangan

Secara teknikalnya, amalan ini tidak membantu meningkatkan sistem imuniti badan kanak-kanak. 

Akan tetapi, ia adalah rutin baik yang dapat mengurangkan tekanan pada sistem imun badan mereka. 

Sentuhan yang dilakukan setiap hari boleh menyebarkan sehingga 80% jangkitan. 

Jadi pastikan anak anda kerap mencuci tangan dengan sabun2

Anda boleh mengajar mereka cara membasuh tangan yang betul, terutamanya selepas  bersin, batuk mahupun selepas ke bilik air. 

Membasuh tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya selama 20 saat, dapat menghilangkan bakteria dan virus serta mengurangkan risiko jangkitan paru-paru sehingga 45%3

Apabila berada di luar rumah, anda disarankan untuk menyediakan tisu basah bagi kegunaan pembersihan segera. 

Bagi membiasakan anak dengan tabiat mencuci tangan, anda boleh menyediakan tuala tangan mengikut warna atau corak kegemaran mereka.

 

#2. Cara tingkatkan imun badan: Pastikan tidur anak mencukupi

Tidur sebenarnya memainkan peranan yang amat penting dalam kesejahteraan dan kesihatan tubuh manusia. 

Walaupun tidur yang lebih banyak bukanlah penentu yang dapat mencegah anak daripada sakit, namun ia merupakan satu cara tingkatkan imun badan dalam kalangan kanak-kanak. 

Mengapa ya? Ini kerana, jika anak tidak mendapat tidur yang mencukupi, ia boleh menjejaskan sistem imun badan, sekali gus mendedahkan anak kepada jangkitan seperti selesema. 

Tanpa tidur yang cukup, badan akan kurang menghasilkan sitokin (cytokine), iaitu sejenis protein yang bertindak balas kepada jangkitan dan kerengsaan, sekali gus mewujudkan tindak balas imun berkesan4.

Oleh sebab itu, amat penting untuk memastikan anak mendapat tidur yang cukup setiap hari. 

Berikut adalah saranan tempoh tidur malam mengikut usia5:

  • Usia 3 hingga 5 tahun: 10 - 13 jam

  • Usia 6 hingga 13 tahun: 9 - 11 jam

  • Usia 14 hingga 17 tahun: 8 - 10 jam

 

#3. Cara tingkatkan imuniti badan: Diet pemakanan yang sihat

cara tingkatkan imun badan

Pemakanan yang sihat juga penting sebagai cara meningkatkan imuniti tubuh dengan cepat6

Pemilihan makanan yang betul dapat membantu anak anda mendapat vitamin yang diperlukan dengan mencukupi seperti vitamin A dan E. 

Ini bagi mengekalkan tahap kesihatan dan sistem imuniti badan yang sihat. 

Anda boleh menggalakkan mereka untuk makan pelbagai makanan berwarna-warni daripada jenis buah-buahan dan sayuran. 

Makanan seperti brokoli, lobak, strawberi dan oren mengandungi vitamin C dan diketahui ramai dapat meningkatkan fungsi imun badan.

Selain itu, jangan lupa untuk lengkapkan nutrisi harian anak dengan makanan yang mengandungi DHA dan MFGM

DHA adalah sejenis asid lemak omega-3. Ia terdapat dalam bentuk aktif, seperti daripada pemakanan ikan atau terbentuk melalui perubahan asid-alfa-linoleik (ALA) dan asid ekosapentaenoik (EPA)7

Ia membantu kanak-kanak dalam proses tumbesaran dan kematangan otak

MFGM pula merupakan nutrien yang menyokong imuniti dan perkembangan emosi kanak-kanak. 

Ia memperbaiki kawalan tingkah laku kanak-kanak disebabkan manfaatnya terhadap perkembangan EQ mereka8

Selain itu, pengambilan susu yang diperkaya dengan MFGM oleh kanak-kanak kecil yang berusia lebih daripada satu tahun, menunjukkan pengurangan ketara dalam jumlah hari bergejala demam9

Bukan itu sahaja, ia juga membantu menyokong penghadaman yang lebih baik, sekali gus meningkatkan sistem imun tubuh anak anda. 

Oleh itu, cara tingkatkan imun badan dengan mudah adalah dengan memberikan mereka susu yang diperkaya dengan nutrisi DHA dan MFGM ini. 

 

#4. Lakukan aktiviti fizikal bersama anak

Berdasarkan kajian, melakukan senaman secara berkala yang digabungkan dengan pemakanan seimbang, boleh memberikan kesan positif kepada pelbagai mikroorganisma bermanfaat dalam saluran usus10

Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imuniti rendah yang dialami oleh anak. 

Selain itu, kajian lain yang melibatkan atlet dengan jumlah latihan yang tinggi bersama diet pemakanan seimbang, turut menunjukkan perkembangan lebih banyak mikrobiota atau bakteria bermanfaat dalam usus mereka11

Jangan terkejut kerana bukan semua bakteria dalam perut adalah bakteria jahat. 

Hakikatnya, terdapat berjuta-juta bakteria baik dalam usus manusia yang mempunyai peranan penting seperti meningkatkan sistem imun.

 

Cegah imuniti rendah dengan rutin yang baik

Kini anda telah mengetahui empat cara tingkatkan imun badan anak yang mudah dan berkesan. 

Oleh itu, cuba biasakan anak anda dengan mengikuti empat rutin yang disarankan di atas ini. 

Jika anak dalam keadaan sihat dan aktif, itu tandanya sistem imuniti mereka berada dalam keadaan baik!

 

Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk tips-tips kehamilan dan keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi! Klik di sini untuk sertai.

Sertai Kelab Enfamama A+


Rujukan:
  1. Your Immune System. https://kidshealth.org/en/kids/immune.html. Diakses pada Ogos 28, 2023.

  2. Hand Hygiene. https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/health-wellness-and-safety-resources/helping-hands/hand-hygiene. Diakses pada Ogos 28, 2023.

  3. Wash your hands. https://www.health.harvard.edu/newsletter_article/wash-your-hands. Diakses pada Ogos 28, 2023.

  4. How Sleep Affects Immunity. https://www.sleepfoundation.org/physical-health/how-sleep-affects-immunity. Diakses pada Ogos 28, 2023.

  5. 5 Ways to Boost Your Child’s Immune System for Life. https://health.clevelandclinic.org/want-boost-childs-immune-system-5-tips/. Diakses pada Ogos 28, 2023.

  6. Nutrition and Immunity. http://www.myhealth.gov.my/en/nutrition-and-immunity/. Diakses pada Ogos 28, 2023.

  7. Omega-3 Fatty Acids. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/17290-omega-3-fatty-acids#:~:text=Research%20shows%20that%20omega%2D3,Reduced%20risk%20of%20cardiovascular%20disease. Diakses pada Ogos 28, 2023.

  8. Veereman-Wauters, G., Staelens, S., Rombaut, R., Dewettinck, K., Deboutte, D., Brummer, R. J., Boone, M., & Le Ruyet, P. (2012). Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. Nutrition (Burbank, Los Angeles County, Calif.), 28(7-8), 749–752. https://doi.org/10.1016/j.nut.2011.10.011. Diakses pada Ogos 28, 2023.

  9. Ambrożej, D., Dumycz, K., Dziechciarz, P., & Ruszczyński, M. (2021). Milk Fat Globule Membrane Supplementation in Children: Systematic Review with Meta-Analysis. Nutrients, 13(3), 714. https://doi.org/10.3390/nu13030714.

  10. Shao, T., Verma, H. K., Pande, B., Costanzo, V., Ye, W., Cai, Y., & Bhaskar, L. V. K. S. (2021). Physical Activity and Nutritional Influence on Immune Function: An Important Strategy to Improve Immunity and Health Status. Frontiers in physiology, 12, 751374. https://doi.org/10.3389/fphys.2021.751374. Diakses pada Ogos 28, 2023.

  11. Mohr, A. E., Jäger, R., Carpenter, K. C., Kerksick, C. M., Purpura, M., Townsend, J. R., West, N. P., Black, K., Gleeson, M., Pyne, D. B., Wells, S. D., Arent, S. M., Kreider, R. B., Campbell, B. I., Bannock, L., Scheiman, J., Wissent, C. J., Pane, M., Kalman, D. S., Pugh, J. N., … Antonio, J. (2020). The athletic gut microbiota. Journal of the International Society of Sports Nutrition, 17(1), 24. https://doi.org/10.1186/s12970-020-00353-w. Diakses pada Ogos 28, 2023.