Usia kandungan 4 bulan? Tahniah kami ucapkan kerana anda kini sudah berada pada trimester kedua kehamilan. Kebanyakan ibu hamil 4 bulan akan berasa lebih baik kerana pada tempoh ini akan kurang mengalami rasa mual atau loya.

Bagaimana pula dengan perkembangan bayi dalam kandungan pada bulan ini? Dalam artikel ini ada perkongsian mengenainya.

Bantu perkembangan bayi dalam kandungan anda ketika hamil 4 bulan

Anda sedang memasuki fasa trimester kedua dan telah pun hamil 4 bulan. Manakala bayi dalam kandungan anda sedang mengalami pertumbuhan dan perkembangan otak serta deria penglihatannya.

Mari kita lihat bagaimana anda boleh membantu menyokong tahap yang penting ini dalam perkembangannya.

Fahami perkembangan bayi dalam kandungan 4 bulan daripada aspek kognitif dan visual

Tempoh hamil 4 bulan adalah waktu yang penting untuk bayi dalam kandungan kerana otak dan deria penglihatannya sedang berkembang.

Sekitar minggu ke-15 hingga minggu ke-18 kehamilan, visual korteks bayi dalam kandungan anda sedang membentuk. Namun penglihatan si dia semasa usia kandungan 4 bulan masih lagi kabur. Penglihatannya tidaklah akan terus menjadi jelas dan tajam.

Pada masa yang sama, fisur lateral iaitu alur yang jelas kelihatan pada korteks serebral, akan membentuk. Bahagian ini pada akhirnya akan bertanggungjawab kepada ingatan, bahasa, kemahiran dan juga kesedarannya.

Sekitar minggu ke-16 kehamilan, otak bayi dalam kandungan anda telah pun membentuk sebanyak 100 juta sel neuron bagi menyokong deria penglihatannya. Ini bermakna, walaupun masih lagi di peringkat awal, retina matanya sudah mula sensitif kepada cahaya yang terang1.

Apa yang boleh anda lakukan untuk membantu memelihara penglihatan bayi dalam kandungan 4 bulan?

Umumnya bayi dalam kandungan hanya bergantung kepada anda untuk semua sumber khasiatnya.

Jadi anda boleh membantu memupuk perkembangan otak dan matanya dengan mengambil diet yang seimbang dan sihat serta mengandungi nutrien penting seperti DHA, iaitu sejenis asid lemak omega-3.

Pakar menyarankan agar wanita yang hamil mengambil kira-kira 200 mg DHA setiap hari2. Sumber DHA yang bagus ialah seperti ikan, termasuklah ikan salmon dan sardin.

Sebagai alternatif, flaxseed, kacang walnut, minyak kanola dan sayur-sayuran berdaun hijau antara sumber makanan yang mengandungi DHA. Walau bagaimanapun, kandungan DHAnya adalah lebih rendah berbanding ikan.

Semua jenis makanan ini menyumbang kepada perkembangan yang normal untuk otak dan mata bayi dalam kandungan anda3.

Makanan ini juga merupakan pilihan snek mudah yang turut merupakan makanan otak yang bagus semasa hamil 4 bulan dan sepanjang tempoh kehamilan. Jadi, nikmatilah segenggam kacang di antara waktu hidangan makan ataupun ketika anda sibuk.

Kacang adalah sumber protein, magnesium, vitamin E, dan vitamin B yang sangat baik dan ia juga bagus untuk anda. Kajian menunjukkan dengan makan segenggam kacang sebagai snek, ia dapat menurunkan risiko diserang penyakit jantung kepada 35%4.

Tahukah anda: Bulan Kehamilan ke-4

Bayi dalam kandungan anda sudah mulai tumbuh rambut halus – dan tidak tumbuh di kepala sahaja. Rerambut yang lembut dan halus ini dipanggil lanugo dan ia juga tumbuh pada bahagian muka dan badannya. Anda tak perlu risau, lanugo akan hilang betul-betul sebelum bersalin. 

Penemuan menarik dalam bulan ini!

Sewaktu temu janji imbasan ultrasound ketika kandungan 4 bulan, anda akan dapat melihat jantung si dia berdegup serta sudah boleh membezakan jejari halus pada tangan dan kakinya.

Bahkan, anda juga dapat melihat otak dan saraf tunjangnya, dan barangkali – jika belum mengetahuinya lagi – anda juga akan mengetahui jantina bayi dalam kandungan.

Melalui imbasan ultrasound, anda boleh melihat betapa si dia membesar dengan pantasnya! Pada tempoh ini, bayi dalam kandungan dianggarkan berukuran 5 inci (12.7 sentimeter) panjang dan beratnya menghampiri 4 auns (113 gram) - iaitu sebesar sebiji avokado1.

Dalam masa yang sama, bayi dalam kandungan anda sedang mengembangkan fungsi deria sentuhnya. Si dia juga mungkin akan mengusap dinding uterus sewaktu bergerak meneroka kawasan persekitarannya.

Pada fasa hamil 4 bulan ini, anda mungkin dapat merasakan pergerakan awalnya. Contohnya apabila si dia memegang tali pusatnya, menghisap jari dan juga menendang – kesemua ini adalah sebahagian aktiviti semasa meneroka deria sentuhannya.

Pada bulan hadapan, bayi dalam kandungan akan mula mengenal suara anda apabila deria pendengarannya berkembang. Untuk mengetahui bagaimana anda boleh membantu menyokong perkembangan deria auralnya (deria pendengaran), teruskan pembacaan anda dalam peringkat kehamilan: bulan ke-5.

Terlepas detik penting kehamilan yang berlaku pada bulan lepas? Tidak mengapa. Ketahui perkembangan diri dan bayi dalam kandungan anda dengan membaca peringkat kehamilan: bulan ke-3.

Antara aspek yang perlu diberikan perhatian pada bulan ini ialah soal nutrisi pemakanan seperti DHA. Ikan adalah sumber DHA yang bagus. Ketahui dan pelajari resepi penyediaan ikan yang mudah dan cepat untuk anda dan bayi dalam kandungan.

Di samping itu, anda juga disarankan untuk mengambil susu yang dirumus secara saintifik dengan DHA dan kolina tertinggi ketika usia kandungan 4 bulan.

Ia bukan sahaja membantu menyokong perkembangan otak bayi dalam kandungan, tetapi turut memenuhi keperluan harian asid folik, protein dan kalsium buat ibu mengandung yang disyorkan oleh pakar.

Pastikan juga ibu hamil memilih susu yang mengandungi kandungan lemak rendah bagi mengelakkan peningkatan berat badan secara berlebihan, yang boleh mengundang risiko masalah kesihatan lain.

Ingin tahu lebih lanjut tentang bagaimana bayi dalam kandungan anda berkembang sepanjang tempoh kehamilan anda – serta untuk mendapatkan nasihat pemakanan, sokongan dalam talian dan banyak lagi?

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.

 


Rujukan:
2. The March of Dimes. Omega-3 fatty acids. Retrieved October 2015 from: http://www.marchofdimes.org/pregnancy/omega-3-fatty-acids.aspx
3. Healthy Eating During Pregnancy and Breastfeeding. https://www.fhs.gov.hk/english/health_info/woman/20036.html#1
4. Kris-Etherton, Penny M., et al. The role of tree nuts and peanuts in the prevention of coronary heart disease: multiple potential mechanisms. J Nutr 2008; 138(9):1746S-1751S.