Dari sejak petanda dan simptom yang pertama lagi, perubahan demi perubahan yang penting berlaku dalam badan anda. Pada masa yang sama bayi dalam kandungan anda sedang bertumbuh dan berkembang pada kadar yang menakjubkan, dan membuat pencapaian penting dari minggu ke minggu.
Pelajari kesemua detik penting di setiap peringkat kehamilan anda dengan kalendar kehamilan bulanan ini. Dapatkan tip-tip berguna dan nasihat untuk menjalani kehamilan yang sihat dan pada masa yang sama menyumbang kepada perkembangan bayi dalam kandungan anda.