8 bulan kehamilan

Penantian anda hampir berakhir pada bulan ke-8 kehamilan anda. Sepanjang trimester terakhir anda,anda akan memberikan antibodi anda kepada bayi dalam kandungan anda untuk melindunginya daripada penyakit pada masa akan datang.

Apakah pertahanan terhadap penyakit yang bayi dalam kandungan anda punyai?

Minggu ke-31 hingga minggu ke-35 usia kehamilan anda merupakan waktu yang kritikal bagi anda dan bayi dalam kandungan anda, kerana pada waktu ini kedua-duanya sedang bersedia untuk proses bersalin nanti. Pada minggu-minggu terakhir kehamilan ini, anda akan memberikan antibodi yang ada di dalam darah anda kepada bayi dalam kandungan anda.

Hadiah yang kecil ini akan melindunginya daripada mana-mana penyakit dan jangkitan yang berkemungkinan akan dia hadapi kelak. Walau bagaimanapun, immuniti ini tidak bertahan lama dan dia perlu membina sistem pertahanan sendiri untuk melawan penyakit.

Anda boleh lakukan lebih lagi untuk memberikan immuniti kepada bayi dalam kandungan anda. Adalah penting untuk anda sentiasa memastikan diri anda mendapat khasiat yang secukupnya agar anda dapat memberikan nutrien-nutrien penting yang akan diperlukan olehnya untuk melawan penyakit pada masa akan datang.

Bagaimana anda dapat membantu menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan anda pada masa akan datang?

Nutrien-nutrien tertentu adalah penting untuk bayi dalam kandungan anda bermula dengan langkah yang betul, dan anda boleh membantu progres bayi dalam kandungan anda dengan makan makanan yang mengandungi nutriennutrien ini.  Asid folik adalah vitamin yang penting, diperlukan dalam penghasilan dan proses membaiki DNA serta memainkan peranan yang penting untuk menghalang kecacatan kelahiran.1 Wanita juga boleh mengambil asid folik sebelum kehamilan bagi meningkatkan kebarangkalian untuk mendapat kehamilan yang sihat!2

Untuk mendapatkan diet yang kaya dengan asid folik, makan makanan, seperi kekacang, kacang dan sayursayuran berdaun hijau tua seperti bayam, brokoli dan asparagus.3 Multivitamin yang mengandungi asid folik juga boleh berfungsi untuk menghalang komplikasi kehamilan.4 Dapatkan nasihat daripada doktor anda tentang multivitamin yang sesuai untuk anda.

Tahukah anda?

Selain daripada menyerap nutriennutrien yang penting, bayi dalam kandungan anda juga sedang mengumpulkan lemak, terutama sekali di bahagian lengan dan kaki bagi membantu dia mengawal suhu badannya nanti.

Ibu yang sihat dan bayi dalam kandungannya sihat

Badan anda mungkin berasa tidak selesa sejak menuju ke penghujung trimester ketiga ini tetapi ini tidak bermakna kesihatan anda dan juga kesihatan bayi dalam kandungan anda terganggu. Badan anda mengetahui hari yang ditunggu semakin hampir dan anda mungkin akan mula merasai kontraksi yang ringan, yang kebiasaannya akan dialami sekitar bulan kelapan kehamilan. Pengecutan rahim ini dikenali sebagai kontraksi Braxton Hicks, dan tidak sekerap dan sesakit ketika proses bersalin yang sebenar5. Untuk melegakan rasa yang tidak selesa akibat pengecutan rahim ini, cuba mandi dengan air suam atau libatkan diri dengan aktiviti senaman yang ringan.6.

Pada masa yang sama, aktiviti bayi dalam kandungan anda akan semakin berkurangan, tetapi anda tidak perlulah bimbang. Dia sedang membesar dengan pantas dan semakin berat pada kadar setengah paun (200 gram) setiap minggu! Bayi dalam kandungan anda sama sekali tidaklah kecil, dan sekarang beratnya sudah mencecah lima paun (2.2 kilogram). Dengan saiz sekarang, dia menyedari ruang di dalam rahim anda semakin berkurangan untuk dia bergerak bebas.

Bayi dalam kandungan anda kini sedang bekerja keras untuk membina kemahiran hidup yang dia perlukan nanti melalui perkembangan otaknya.  Di peringkat ini, perkembangan otaknya sedang berlaku pada kadar yang sangat pantas. Otaknya sedang menyambungkan berbilion hubungan saraf yang kompleks yang diperlukan nanti agar dia boleh bernafas, menghisap dan menelan.

Anda boleh terus membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan anda pada bulan akan datang.  Ketahui kesemua ini dalam panduan kami untuk bulan terakhir kehamilan anda: Peringkat kehamilan: bulan ke-9.

Bulan ini merupakan satu perjalanan yang panjang buat anda berdua, namun tidak lama dahulu bayi dalam kandungan anda masih lagi membina deria menghidunya, dan ianya baru sahaja berlaku pada bulan lepas! Mereka membesar dengan sangat cepat. Klik di sini untuk peringkat kehamilan: bulan ke-7 bagi mengetahui sejauh mana perkembangan yang telah dicapai oleh anda berdua.

Anda seharusnya amat bangga dengan perkembangan yang telah dicapai oleh anda dan bayi dalam kandungan anda! Tetapi, meneruskan tabiat ketika hamil, seperti pemakanan yang baik dan mengambil asid folik, adalah amat penting pada masa akan datang.  Persatuan Kesihatan Sedunia menyarankan bahawa para ibu berterusan mengambil suplemen asid folik sehingga tiga bulan selepas bersalin.

Ingin mempelajari lebih lanjut tentang bagaimana bayi anda berkembang sepanjang tempoh kehamilan anda – serta untuk mendapatkan nasihat pemakanan, sokongan dalam talian dan banyak lagi? Jadi daftarlah sebagai ahli  Kelab Enfamama A+ untuk menerima artikel baru, tip-tip berguna dan ganjaran yang boleh membantu anda dan bayi dalam kandungan anda!

Tempoh kehamilan anda adalah waktu berlakunya perubahan-perubahan yang menakjubkan dan juga merupakan satu permulaan yang baru untuk anda. Muat Turun aplikasi Enfamama A+ Mobile, bagi membantu anda untuk memaksimumkan pengalaman kehamilan anda. Anda boleh mendokumentasikan perjalanan kehamilan anda, mendapatkan tip-tip dan nasihat terbaik tentang detik kehamilan dan juga tentang kehamilan yang sihat.

 

 
Rujukan:
 
i    MedlinePlus, National Institutes of Health. Downloaded from http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/druginfo/natural/1017.html. Accessed on October 2015.
iii    MedlinePlus, National Institutes of Health. Downloaded from http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/druginfo/natural/1017.html. Accessed on October 2015.
iv     Greenberg JA, Bell SJ, Guan Y, Yu Y. Folic Acid Supplementation and Pregnancy: More Than Just Neural Tube Defect Prevention. Reviews in Obstetrics and Gynecology. 2011;4(2):52-59.