9 bulan kehamilanMinggu ke-37 hingga minggu ke-40 adalah bulan terakhir kehamilan anda.  Bagaimana bayi dalam kandungan anda bersedia dari segi otak dan badannya untuk hari kelahirannya?

Dalam bulan kesembilan kehamilan, bayi dalam kandungan anda sedang sibuk melakukan persediaan untuk menghadapi kehidupan di luar rahim nanti. Pada ketika ini, fungsi otaknya terus berkembang dan mengalami pelbagai perubahan fizikal, tetapi dia masih lagi Tertakluk kepada anda untuk keperluan nutrisinya.

Otak bayi dalam kandungan anda terus berkembang

Bayi dalam kandungan anda sedang bekerja keras memastikan otaknya berkembang sebanyak yang mungkin. Pada minggu-minggu terakhir ini, otak bayi dalam kandungan anda terus membuat hubungan saraf yang akan menyokong perkembangan kognitifnya pada masa hadapan.1

Ini bermakna, dalam trimester terakhir ini, bayi dalam kandungan anda akan memerlukan lebih banyak asid lemak omega-3 dan omega-6, seperti DHA dan ARA, yang mana penting untuk perkembangan mata dan otak yang sihat.2,3

Anda boleh membantu bayi dalam kandungan anda mencapai detik penting perkembangannya dan membekalkan nutrien berharga kepadanya melalui diet yang seimbang dan sihat. Nutrien seperti DHA boleh diperolehi daripada ikan yang berlemak seperti ikan salmon dan sardin. Kolina adalah nutrien lain yang penting lain untuk menyokong perkembangan otak, termasuklah kemahiran mengingat (memori)4 – jadi simpanlah stok susu, telur dan kekacang.5

Diet anda juga haruslah seimbang dengan pelbagai jenis makanan daripada kumpulan makanan yang berbeza. Pastikan anda mengambil daging tanpa lemak, bijirin, kekacang dan produk soya dalam hidangan anda setiap hari. Diet yang berkhasiat juga membantu badan anda untuk sembuh dengan sendiri selepas anda bersalin6, memastikan anda berada dalam keadaan yang terbaik untuk menikmati detik-detik pertama anda bersama dengan bayi dalam kandungan anda.

Apa lagi yang dilakukan oleh bayi dalam kandungan anda pada detik-detik terakhir ini?

Selain dari otak, perubahan lain yang berlaku ialah kepada badan bayi dalam kandungan anda. Sebagai contoh, anda mungkin merasakan yang bayi dalam kandungan anda telah bergerak masuk ke bahagian pelvik anda – itulah persediaan bayi dalam kandungan anda untuk melihat dunia luar dengan bergerak ke kedudukan fetus.

Apabila dia bergerak ke bawah ke kedudukan fetus dengan kepalanya di bahagian bawah sekali dan tangan dan kakinya berdakap dekat pada dadanya, itulah persediaannya untuk hari yang dinanti-nanti! Di peringkat ini, tulang di dalam kepalanya sangat lembut dan fleksibel. Ini akan memudahkannya bergerak melalui salur peranakan anda, sekiranya anda bersalin normal.

Lagipun, bayi dalam kandungan anda bukannya kecil!  Di peringkat akhir kehamilan anda ini, berat bayi dalam kandungan anda kini mencecah sekitar 7 paun (3.1 kilogram) dan dia menggunakan sehabis baik minggu terakhirnya di dalam rahim untuk membesar seberapa banyak yang boleh.

Detik penting bayi dalam kandungan anda pada masa hadapan

Dengan berakhirnya trimester ketiga, anda pasti akan berasa teruja dan juga risau, terutama sekali sekiranya anda tidak menetapkan tarikh untuk bersalin dan membuat temujanji dengan pihak hospital. Tetapi jangan risau! Tarikh kelahiran bayi dalam kandungan anda mungkin adalah satu kejutan, tetapi pastikan anda telah membuat persediaan dengan lebih awal, seperti memastikan beg anda telah siap dikemaskan untuk ke hospital.

Ada banyak lagi perkara pada masa hadapan yang memerlukan anda untuk bersiap-sedia. Anda telah melakukan yang terbaik setakat ini, bahkan pada bulan lepas, anda telah pun memberikan antibodi di dalam darah anda kepada bayi dalam kandungan anda untuk membantu melindunginya dari penyakit. Imbas kembali bagaimana anda memastikan dia mendapat perlindungan dan ketahui sejauh mana perkembangan yang telah dicapai oleh anda berdua sejak bulan ke-8 kehamilan anda. Anda harus merasa bangga dengan anda berdua!

Dan apabila tiba saat yang dinanti-nanti, dengan kesakitan kontraksi, jangan lupa untuk bernafas dengan perlahan-lahan dan cuba sedaya upaya untuk bertenang.

Ingin mempelajari lebih lanjut tentang bagaimana bayi anda berkembang sepanjang tempoh kehamilan anda – serta untuk mendapatkan nasihat pemakanan, sokongan dalam talian dan banyak lagi? Justeru, daftarlah sebagai ahli Kelab Enfamama A+ untuk menerima artikel baru, tip-tip berguna dan ganjaran yang boleh membantu anda dan bayi dalam kandungan anda!

Tempoh kehamilan anda adalah waktu berlakunya perubahan-perubahan yang menakjubkan dan juga merupakan satu permulaan yang baru untuk anda. Muat Turun aplikasi Enfamama A+ Mobile, bagi membantu anda untuk memaksimumkan pengalaman kehamilan anda. Anda boleh mendokumentasikan perjalanan kehamilan anda, mendapatkan tip-tip dan nasihat terbaik tentang detik kehamilan dan juga tentang kehamilan yang sihat.

 

 
Rujukan:
2 Innis SM. Dietary (n-3) fatty acids and brain development. J Nutr 2007;137:855-859.
3 Uauy, Ricardo, and Alan D. Dangour. Nutrition in brain development and aging: role of essential fatty acids. Nutrition reviews 2006; 64 (suppl 2): S24-S33.
4 Zeisel SH. Nutrition importance of choline for brain development. J Am Coll Nutr. 2004 Dec;23 (6 Suppl):621S-626S.
5 US Department of Agriculture. Dietary Intakes of Choline. Downloaded from http://www.ars.usda.gov/SP2UserFiles/Place/80400530/pdf/DBrief/9_choline.... Accessed on October 2015.
6 MedlinePlus, US National Institutes of Health. Eating right during pregnancy. Downloaded from http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/patientinstructions/000584.htm. Accessed on October 2015.