5 bulan kehamilanBunyi apakah yang boleh didengari oleh bayi dalam kandungan anda?

Beberapa detik penting perkembangan akan berlaku sekitar minggu ke-19 hingga minggu ke-22 kehamilan anda. Bayi dalam kandungan anda sudah mula memberikan tindak balas kepada bunyi-bunyian yang didengarinya dari luar, ini kerana telinga bahagian dalamnya atau bahagian kokleanya, telah pun mula berfungsi, dan dia sudah boleh mendengar suara anda, ibunya.

Pasti ianya tak terjangka oleh anda, sebenarnya bayi dalam kandungan anda berada dalam sebuah dunia yang bising kerana ianya dipenuhi bunyi dengan getaran suara anda, bunyi aliran darah di sekelilingnya dan tak lupa juga bunyi perut anda yang berkeroncong. Jika bayi dalam kandungan anda terdengar bunyi yang tak tersangka dari luar anda, dia mungkin akan bertindakbalas dengan mengerdipkan matanya dan tidak bergerak untuk sementara waktu, dan jantungnya mungkin akan berdegup dengan kencang.

Apa bunyi yang dapat didengar oleh bayi saya yang sedang berkembang pada bulan kehamilan ke-5?

Kami tidak pasti seandainya bayi dalam kandungan anda masih lagi ingat kesemua bunyi yang didengarinya ketika masih berada di dalam rahim anda, tetapi ada sesetengah ibubapa yang percaya dengan menyanyi atau memainkan muzik klasik ketika anda hamil akan dapat menenangkan bayi dalam kandungan anda. Jadi, pilihlah sesuatu yang menenangkan untuk anda berdua mendengar bersama-sama.

Dan sementara anda membuatkan dunianya menjadi tenang dan santai, ambillah kesempatan ini untuk anda berehat sebentar – walau sekadar sekejap sahaja setiap hari. Badan anda lebih memerlukan rehat yang banyak apabila hamil, jadi duduklah dengan selesa, tarik nafas dalam-dalam dan perlahan, dan dengarkanlah muzik yang tenang. Kemudian, beristirehatlah – kerana anda sedang melakukan sesuatu yang baik untuk anda, dan juga untuk bayi dalam kandungan anda!

Nutrisi yang baik adalah kunci kepada perkembangan deria sentuhan. Anda boleh membantu menyokong pertumbuhan otak dan tubuh badan bayi dalam kandungan anda dengan menyediakan kesemua nutrisi yang dia perlukan untuk perkembangannya. Usahakan untuk mengambil sekurangkurangnya empat hidangan makanan yang kaya dengan kandungan DHA (sejenis asid lemak omega-3), seperti ikan salmon atau sardin setiap minggu. Jika anda tidak makan ikan, anda boleh mendapatkan bekalan asid lemak omega-3 daripada flaxseed, kacang walnut, sayur-sayuran berdaun hijau tua, sayuran labu, minyak kanola, brokoli, bunga kobis dan betik1.

Pada peringkat dimana fetus bertumbuh dengan cepat ini, ibu disarankan untuk mengambil juga multivitamin pranatal bagi memastikan mereka mendapat bekalan nutrien-nutrien penting seperti vitamin D dan asid folik yang secukupnya2. Vitamin pranatal boleh didapati di kebanyakan farmasi, tetapi tanyalah pada pakar obstetrik atau pakar sakit puan anda sekiranya mereka boleh menyarankan jenama tertentu kepada anda.

Tahukah anda: Bulan Kehamilan ke-5

Bayi dalam kandungan anda kini sudah mampu mendengarsuara anda dan juga bunyi-bunyian dari luar. Bahkan, bunyi-bunyi dalam rahim anda boleh mencapai sehingga 70 desibel – bersamaan dengan bunyi kuat penyedut vakum! Persekitaran di mana bayi anda sedang membesar adalah sangat bising!

Bayi dalam kandungan anda juga menambah set kemahirannya

Mendengar bukan satu-satunya kebolehan yang sedang dibina oleh bayi dalam kandungan anda ketika minggu ke-19 hingga minggu ke-22 kehamilan. Malah bayi dalam kandungan anda sudah pun mula berlatih untuk bernafas, yang mana sebab mengapa kadangkadang anda perasan bayi dalam kandungan anda tersedu. Anda juga akan mula merasakan pergerakan bayi anda, seumpama “getaran” atau “pergerakan yang cepat”, di dalam rahim anda. Ini kerana dia sedang berlatih teknik pernafasannya dan anda dapat merasakannya tersedu! Dia juga belajar untuk menghisap ibu jarinya dan kebolehannya untuk bergerak semakin lancar dan lebih berkoordinasi.

Sekarang bayi dalam kandungan anda sudah membesar dengan dramatiknya, dan berukuran antara 10 hingga 12 inci panjang (25 hingga 30 sentimeter) dan beratnya kini sudah melebihi 1 paun (kira-kira setengah kilo).  Dia sangat teruja untuk menunjukkan tahap perkembangannya kini dan akan mula bergerak pada minggu-minggu mendatang dalam bulan keenam kehamilan anda. Untuk mengetahui sejauh mana bayi dalam kandungan anda berusaha membuat kehadirannya disedari melalui pergerakannya, teruskan pembacaan anda dalam peringkat kehamilan: bulan ke-6.

Tahukah anda, deria penglihatan bayi dalam kandungan anda telah pun mula berkembang semenjak bulan yang lepas? Anda boleh mengetahui sejauh mana anda dan bayi dalam kandungan anda berkembang dengan membaca peringkat kehamilan: bulan ke-4.

Selain daripada sesetengah jenis ikan, sayur-sayuran juga merupakan sumber DHA yang baik.  Ianya juga lebih mudah untuk dimasak dan disediakan, dan ini lebih memudahkan ibu yang sibuk!

Ingin mempelajari lebih lanjut tentang bagaimana bayi dalam kandungan anda berkembang sepanjang tempoh kehamilan anda – serta untuk mendapatkan nasihat pemakanan, sokongan dalam talian dan banyak lagi? Jadi daftarlah sebagai ahli Kelab Enfamama A+ untuk menerima artikel baru, tip-tip berguna dan ganjaran yang boleh membantu anda dan bayi dalam kandungan anda!

Tempoh kehamilan anda adalah waktu berlakunya perubahan-perubahan yang menakjubkan dan juga merupakan satu permulaan yang baru untuk anda. Muat Turun aplikasi Enfamama A+ Mobile, bagi membantu anda untuk memaksimumkan pengalaman kehamilan anda. Anda boleh mendokumentasikan perjalanan kehamilan anda, mendapatkan tip-tip dan nasihat terbaik tentang detik kehamilan dan juga tentang kehamilan yang sihat.

 

 

Rujukan:
2 American College of Obstetricians and Gynecologists. FAQ001 Nutrition during pregnancy. Downloaded from http://www.acog.org/-/media/For-Patients/faq001.pdf?dmc=1&ts=20151020T09.... Accessed on October 2015.