bacaan BSP normal untuk ibu mengandung, bacaan gula normal, diabetes gestasi

Buat para ibu yang baru didiagnosis dengan diabetes gestasi ketika hamil, usah panik! Penting untuk anda mengikut nasihat doktor bagi memastikan GDM bacaan BSP normal untuk ibu mengandung berada dalam tahap yang baik.

Tapi mengapa dan bagaimana? Apa kesannya jika anda tidak mengambil berat bacaan gula normal untuk ibu mengandung?

Kencing manis GDM bacaan BSP normal untuk ibu mengandung perlu dipantau kerana ia membantu mengelakkan komplikasi terjadi kepada anda mahupun janin dalam kandungan.

Diabetes gestasi atau turut dikenali sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM)1 merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras gula yang tinggi dalam darah.

Penyakit ini boleh berlaku pada mana-mana peringkat kehamilan, tetapi lebih kerap berlaku pada trimester kedua atau ketiga kehamilan2.

Selain itu, masalah diabetes gestasi juga boleh berlaku apabila badan anda tidak lagi dapat menghasilkan insulin yang mencukupi. Hormon ini membantu mengawal kadar gula dalam darah untuk memenuhi keperluan tambahan badan anda semasa kehamilan.

Tetapi, apakah GDM bacaan BSP normal untuk ibu mengandung? Untuk para ibu, terutamanya yang baru hamil pertama kali, ini adalah perkara yang anda perlu tahu tentang kencing manis GDM bacaan BSP normal untuk ibu mengandung.

Kepentingan Bacaan BSP Normal Untuk Ibu Mengandung

Kepentingan Bacaan BSP Normal Untuk Ibu Mengandung

Apa itu BSP? BSP merupakan singkatan yang merujuk kepada profil gula dalam darah, ataupun lebih dikenali sebagai blood sugar profile.

Ujian BSP dilakukan untuk memantau tahap gula dalam darah agar bacaan gula normal untuk ibu mengandung dapat dikekalkan.

Menurut Dr. Krishna H Kumar, seorang pakar konsultasi Ob/Gyn dan bekas presiden Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia, kebanyakan golongan wanita di Malaysia tidak melakukan pemeriksaan perubatan sebelum mereka hamil2.

Oleh yang demikian, masalah diabetes gestasi lazimnya dikesan apabila wanita tersebut melakukan pemeriksaan rutin kehamilan.

Sebab itulah, penting untuk wanita mengetahui bacaan kencing manis GDM bacaan BSP normal untuk ibu mengandung3.

Namun, dengan mengamalkan pemakanan yang sihat, diabetes gestasi mungkin dapat dielakkan.

Selain itu, paras gula yang tinggi dalam darah juga boleh menyebabkan masalah dan komplikasi kepada si ibu serta janin dalam kandungan. Malah, ibu yang menghidap diabetes gestasi juga berkemungkinan untuk bersalin dengan kaedah czer.

Namun berita baiknya, bagi individu yang menghidap diabetes gestasi, paras gula dalam darah anda akan kembali normal sejurus selepas bersalin.

Walaupun begitu, ibu masih perlu memeriksa bacaan kencing manis GDM bacaan BSP normal untuk ibu mengandung secara berkala. Hampir 10% wanita yang menghidap diabetes gestasi sebenarnya mempunyai diabetes jenis 2 yang tidak didiagnosis.

Berapa GDM bacaan BSP normal untuk ibu mengandung?

Diabetes gestasi biasanya berlaku pada trimester kedua kehamilan dan doktor akan memeriksanya di antara minggu ke-24 dan 28.

Dalam situasi ini, jika muncul sebarang risiko atau faktor tertentu, kandungan gula dalam darah ibu akan dipantau dan diperiksa lebih awal.

GDM bacaan BSP normal untuk ibu mengandung bergantung kepada sama ada pemeriksaan dilakukan ketika para ibu berpuasa ataupun selepas makan.

Berikut adalah garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia4 bagi bacaan gula normal untuk wanita hamil:

  • Sebelum makan, bacaan BSP normal untuk ibu mengandung adalah kurang daripada: 5.1 mmol/L.

  • Dua jam selepas makan, bacaan gula normal untuk ibu mengandung adalah kurang daripada: 7.8 mmol/L.

Mengawal Bacaan BSP Dengan Diet Dan Senaman Mudah

Mengawal Bacaan BSP Dengan Diet Dan Senaman Mudah

Pengambilan makanan yang kaya dengan dengan nutrisi dan zat-zat penting akan membantu mengekalkan GDM bacaan BSP normal untuk ibu mengandung yang menghidap diabetes gestasi.

Selain mengamalkan diet pemakanan yang sihat, jangan lupa untuk melakukan aktiviti senaman juga!

Antara komponen makanan yang bagus untuk diabetes gestasi merangkumi buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan banyak lagi. Semua makanan ini terbukti dapat mengurangkan bacaan kencing manis GDM bacaan BSP normal untuk ibu mengandung.

Berikut adalah antara jenis makanan yang bagus buat ibu yang menghidap diabetes gestasi:

Ikan: Ikan mengandungi asid lemak omega-3, protein, vitamin B dan juga rendah merkuri

  • Salmon

  • Tilapia

  • Sardin

Kekacang: Mengandungi sumber baik bagi nutrien utama seperti, zat besi, folat, kalsium, dan zink.

  • Kacang putih

  • Kacang soya

  • Dal

  • Kacang hitam

  • Kacang pinto

Buah-buahan beri: Buah yang padat dengan vitamin C, kalium, folat dan serat.

  • Beri biru

  • Raspberi

  • Beri hitam

Bijirin penuh: Makanan yang diperkaya dengan asid folik, zat besi dan serat.

  • Oat

  • Beras perang

  • Roti bijirin penuh

Selain makanan di atas, ibu hamil juga boleh mengambil susu yang diformulasi khas untuk ibu mengandung seperti susu yang mengandungi kalsium, asid folik dan protein yang lengkap bagi memenuhi keperluan harian ibu mengandung.

Selain itu, ibu mengandung juga berisiko untuk mengalami anemia ketika kehamilan. Jadi, ibu mungkin perlu mengambil makanan tambahan untuk mendapatkan zat besi yang mencukupi.

Disamping pengambilan vitamin pranatal, ibu juga boleh mengambil susu yang kaya dengan zat besi dan vitamin D. Ini kerana sewaktu hamil, ibu akan memerlukan sekitar 27 mg zat besi setiap hari5.

Bagi ibu yang menghidap diabetes gestasi, pastikan anda memilih susu yang rendah indeks glisemiknya (GI) dan rendah lemak untuk mengawal sebarang pertambahan berat badan berlebihan.

Manakala untuk senaman pula, ibu hamil boleh cuba bersenam sebelum dan semasa kehamilan bagi mengekalkan kadar bacaan BSP normal.

Antara aktiviti senaman yang boleh dilakukan oleh para ibu selama 30 minit selama beberapa hari dalam seminggu adalah:

  • Berjalan dengan pantas atau turut dikenali sebagai brisk walking

  • Menunggang basikal

  • Melakukan aktiviti renang

  • Berkebun

  • Memperbanyakkan pergerakan fizikal

Semoga info berkaitan GDM bacaan BSP normal untuk ibu mengandung di atas berjaya membantu anda mengekalkan tahap baca gula normal sepanjang kehamilan.

Jika masih keliru mengenai kencing manis GDM bacaan BSP normal untuk ibu mengandung, berundinglah dengan doktor pakar untuk mengetahui info selengkapnya.

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.

 


Rujukan:
1 Gestational diabetes. https://www.nhs.uk/conditions/gestational-diabetes/. Accessed on March 28, 2022.
2 Bagaimana dengan Diabetes Gestasi? https://mypositiveparenting.org/ms/2015/03/29/bagaimana-dengan-diabetes-gestasi/. Accessed on March 28, 2022.
3 How to Cut Risk of High Blood Sugar When You’re Pregnant. https://health.clevelandclinic.org/cut-risk-high-blood-sugar-youre-pregnant/. Accessed on March 28, 2022.
4 Diabetes Semasa Hamil http://www.myhealth.gov.my/diabetes-semasa-hamil/. Accessed on March 28, 2022.
5 Iron deficiency anemia during pregnancy: Prevention tips. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/anemia-during-pregnancy/art-20114455. Accessed on March 28, 2022.