pantang bersalin czer, makanan berpantang, makanan orang berpantang

Bersalin secara czer adalah salah satu pembedahan yang kerap berlaku dan setiap wanita disaran menitikberatkan proses pemulihan serta pantang czer pasca pembedahan ini. Tetapi bagaimana? Sudah semestinya dengan mengambil berat tentang menu berpantang czer anda sejak awal lagi!

Tidak dinafikan, tempoh pantang czer boleh menjadi agak mencabar buat para ibu. Pelbagai risiko pasca pembedahan caesarean boleh berlaku jika para ibu tidak menjaga diri mereka dengan betul1.

Oleh kerana itu, makanan berpantang bersalin czer memainkan peranan penting di sini kerana pemakanan berkhasiat lagi seimbang mampu membekalkan tenaga yang diperlukan oleh ibu lepas bersalin2.

Malah, makanan ibu berpantang czer yang bersesuaian juga akan membantu proses pemulihan berjalan lancar dan cepat.

5 Menu Berpantang Czer Yang Patut Anda Amalkan

Seperti yang telah diulas, makanan ketika pantang czer memainkan peranan penting kerana ia dapat menambahkan tenaga, mempercepatkan proses pemulihan, malah boleh merawat luka pembedahan.

Sama bagaimana anda menjaga tabiat pemakanan ketika hamil, amalkan lima komponen penting ini dalam setiap menu berpantang bersalin anda:

1. Zat besi

Zat besi membantu sistem imun badan, dan ia amat diperlukan bagi menghasilkan hemoglobin dalam darah3. Proses bersalin telah menyebabkan badan anda kehilangan banyak zat besi disebabkan pendarahan.

Ibu yang sedang pantang czer disarankan mengambil 20% makanan dengan kandungan zat besi yang tinggi2. Bagi memenuhi saranan tersebut, anda boleh mengambil sumber makanan seperti ini:

  • Kuning telur

  • Daging merah

  • Tiram

  • Buah ara

  • Hati lembu

  • Kekacang

Walau bagaimanapun, amalkan tabiat untuk bersederhana dalam merancang menu berpantang bersalin czer anda. Pengambilan zat besi yang berlebihan boleh menyebabkan masalah sembelit4.

2. Kalsium

Kalsium pula membantu dalam melegakan otot, menguatkan tulang, gigi dan membantu mengelakkan masalah darah beku yang berisiko terjadi selepas proses bersalin5.

Kekurangan sumber kalsium akan memberikan kesan kepada kepadatan tulang dan juga boleh menyebabkan terjadinya tulang rapuh.

Oleh itu, amat penting bagi para ibu yang sedang pantang bersalin czer untuk tidak lupa memasukkan sumber kalsium dalam menu pemakanan berpantang mereka.

Antara makanan yang mempunyai sumber kalsium yang baik ialah:

  • Susu

  • Yogurt

  • Keju

  • Tauhu

  • Sayur kangkung

  • Sayur bayam

Pengambilan kalsium harian yang disyorkan untuk wanita yang menyusu berumur antara 14 hingga 18 tahun adalah sebanyak 1,300 mg. Manakala bagi mereka yang berumur lebih daripada 19 tahun adalah sebanyak 1,000 mg sehari6.

3. Protein penting dalam menu berpantang czer

pantang bersalin czer, makanan berpantang, makanan orang berpantang

Protein membantu pertumbuhan sel-sel tisu baharu selepas pembedahan, serta melancarkan proses penyembuhan ibu2. Bukan itu sahaja, protein juga mengekalkan kekuatan otot ibu selepas pembedahan.

Ini menjadikan ia antara komponen utama yang harus dimasukkan dalam menu pantang czer anda! Antara makanan yang mempunyai sumber protein yang baik ialah:

  • Ikan

  • Telur

  • Ayam

  • Makanan berasaskan tenusu

  • Daging

  • Kekacang

Makanan-makanan ini memberikan khasiat protein tinggi, yang juga menjadi sumber asid amino penting bagi ibu dan anak.

4. Menu pantang bersalin czer berasaskan serat

Sembelit antara perkara yang paling ditakuti oleh ibu lepas bersalin czer. Mana tidaknya, ia menyebabkan kesakitan pada luka pembedahan!

Nasib baiklah makanan ibu berpantang czer yang mengandungi serat dapat membantu mengurangkan masalah sembelit.

Oleh itu, jangan lupa untuk mengamalkan menu diet pantang yang kaya dengan elemen serat2. Antara menu pantang bersalin czer berasaskan serat ialah:

  • Bijirin penuh

  • Buah-buahan segar

  • Sayur-sayuran hijau

Namun, jika anda bercadang untuk meningkatkan pengambilan serat, pastikan anda mengekalkan pengambilan air yang optimum.

Ini kerana terlalu banyak serat boleh menyebabkan kembung perut dan sembelit, terutamanya jika pengambilan air anda tidak mencukupi.

5. Vitamin C

Satu lagi komponen penting yang harus anda utamakan dalam diet menu berpantang czer setiap hari ialah vitamin C. Vitamin C membantu menguatkan sistem imun badan anda7.

Malah, vitamin C juga berperanan meningkatkan sumber antioksidan8.

Para ibu boleh mendapatkan sumber vitamin C daripada buah-buahan dan sayur-sayuran berikut:

  • Buah oren

  • Tembikai

  • Betik

  • Strawberi

  • Limau gedang

  • Tomato

  • Brokoli

Kepentingan Menu Berpantang Czer

pantang bersalin czer, makanan berpantang, makanan orang berpantang

Tidak kisahlah jika anda bersalin secara czer atau normal, menu-menu diet yang bernutrisi memainkan peranan yang sangat penting dalam proses penyembuhan anda.

Selain daripada tip-tip di atas, ibu hamil juga amat digalakkan untuk mengambil susu yang diformulasikan dengan DHA dan kolina untuk membantu menyokong perkembangan bayi dalam kandungan. Carilah susu yang dapat membantu memenuhi keperluan asid folik, kalsium dan protein badan.

Pada masa yang sama, utamakan susu yang mempunyai kandungan lemak yang rendah. Ibu yang hamil dan menyusu boleh mengalami peningkatan berat badan jika tidak berhati-hati dalam pemilihan jenis susu.

Susu rendah lemak bukan sahaja dapat mengekalkan berat badan ibu dalam lingkungan yang sihat, ia juga dapat memenuhi keperluan nutrisi ibu sepanjang hari.

Selain mengamalkan diet pemakanan yang betul, dapatkan rehat yang secukupnya dan segera bertemu dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat yang lebih lanjut. Anda juga perlu merujuk doktor dengan segara sekiranya berlaku sebarang komplikasi.

Semoga info ini berguna buat anda!

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.


Rujukan:
1. Cesarean Birth After Care. Retrieved July 27, 2020 from: https://americanpregnancy.org/labor-and-birth/cesarean-aftercare/
2. Nutrition and Diet After Cesarean Birth (2018). Retrieved July 27, 2020 from: https://www.healthpages.org/health-a-z/nutrition-diet-after-cesarean-bir...
3. Hemoglobin and Functions of Iron. Retrieved July 27, 2020 from: https://www.ucsfhealth.org/education/hemoglobin-and-functions-of-iron#.
4. Taking iron supplements. Retrieved July 27, 2020 from: https://medlineplus.gov/ency/article/007478.htm
5. Continuing Education Module—Maternal Calcium Intake and Metabolism During Pregnancy and Lactation (2005). Retrieved July 27, 2020 from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1595236/
6. Pregnancy, Breastfeeding and Bone Health (2018). Retrieved July 27, 2020 from: https://www.bones.nih.gov/health-info/bone/bone-health/pregnancy
7. How Vitamin C Supports a Healthy Immune System (2019). Retrieved July 27, 2020 from: https://www.bones.nih.gov/health-info/bone/bone-health/pregnancy
8. Vitamin C. Retrieved July 27, 2020 from: https://medlineplus.gov/ency/article/002404.htm