Suplemen untuk ibu hamil

Adakah terdapat keperluan pengambilan suplemen untuk ibu hamil? Jika anda pertama kali hamil atau ingin melalui pengalaman kehamilan yang lebih baik, pengambilan suplemen atau vitamin ibu mengandung adalah sangat perlu. 

Ini kerana ia berkait rapat dengan kesihatan dan perkembangan kedua-dua ibu hamil dan bayi dalam kandungan. 

 

Perlukah ambil suplemen untuk ibu hamil?

Keperluan nutrisi seorang wanita akan meningkat sebaik sahaja mula hamil

Maka kerana itulah diet yang diambil perlu mengandungi nutrien-nutrien penting. 

Ini termasuklah vitamin dan mineral-mineral yang boleh diperolehi melalui diet yang seimbang.

Manakala untuk keperluan bayi dalam kandungan, ibu perlu memastikan bahawa kandungannya tidak mengalami kekurangan nutrien walaupun hanya beberapa jenis. 

Ini kerana, nutrien-nutrien ini sangat diperlukan untuk perkembangan organ-organ penting janin. 

Oleh sebab itu, doktor akan memberikan preskripsi suplemen kehamilan kepada anda.

Perlu juga diingat, walaupun tidak semua suplemen kehamilan itu penting, tetapi manfaat yang diberikan oleh suplemen ini jauh lebih besar daripada risikonya. 

Namun begitu, jangan sesekali mengambil suplemen untuk ibu hamil tanpa berbincang terlebih dahulu tentang keselamatan dan dos yang sesuai bersama doktor anda.

Suplemen untuk ibu hamil yang disarankan 1

Suplemen untuk ibu hamil

Salah satu preskripsi yang selalu diberikan kepada wanita hamil ialah asid folik. 

Pengambilan asid folik amat digalakkan dari mula anda merancang kehamilan kerana ia boleh mencegah kecacatan tiub saraf 2

Anda mungkin tidak menyedarinya, akan tetapi otak bayi dalam kandungan sudah mula berkembang sebelum pemeriksaan pertama anda dengan doktor lagi. 

Dos biasa asid folik yang disarankan oleh doktor adalah sebanyak 400 mikrogram 2

Namun begitu, doktor juga mungkin akan meningkatkan dos sekiranya anda didapati termasuk dalam kategori yang berisiko tinggi.

Selain daripada asid folik, doktor juga biasa memberikan zat besi sebagai suplemen untuk ibu hamil.

Zat besi dan asid folik berperanan menyokong pembentukan sel darah merah sewaktu kehamilan. 

Ini sangat penting kerana isi padu darah akan meningkat bagi membekalkan oksigen dan nutrien ke setiap sel badan dan juga kepada bayi dalam kandungan anda. 

Antara komplikasi kesihatan yang boleh berlaku akibat kekurangan zat besi ialah anemia. 

Jika zat besi tidak mencukupi ketika hamil, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti kelahiran pramatang dan berat badan bayi yang rendah setelah dilahirkan5

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan wanita hamil untuk mengambil suplemen harian yang mengandungi 30 hingga 60 mg zat besi2

Sekiranya anda seorang vegetarian, anda perlu lebih berhati-hati kerana risiko untuk tubuh kekurangan zat besi dan mengalami anemia akan meningkat. 

Sekiranya anda didiagnosis mengalami anemia ketika hamil, doktor mungkin akan meningkatkan dos pengambilan zat besi anda kepada 120 mg sehinggalah paras haemoglobin kembali normal.

Satu lagi suplemen untuk ibu hamil yang sering diberikan oleh doktor ialah vitamin D

Anda seharusnya mempunyai sebanyak 10 µg (mikrogram) vitamin D setiap hari sepanjang tempoh kehamilan anda. 

Vitamin D membantu badan untuk menyerap dua jenis mineral yang penting iaitu kalsium dan juga fosforus. 

Kedua-dua jenis mineral ini berfungsi menyokong perkembangan tulang dan gigi bayi dalam kandungan. 

Kalsium dan fosforus juga akan membuatkan tulang dan gigi mereka kekal kuat.

Sekiranya anda tidak mendapat vitamin D yang mencukupi semasa fasa kehamilan, ini akan meningkatkan risiko komplikasi kehamilan seperti pra-eklampsia dan berat bayi yang rendah3.

Selain daripada tiga jenis vitamin ibu mengandung tadi, terdapat juga beberapa suplemen untuk ibu hamil lain yang disarankan oleh doktor mengikut keperluan anda. 

Antaranya seperti MFGM dan DHA yang boleh didapati daripada susu yang diperkaya

Untuk pengetahuan anda, MFGM dan DHA sangat penting untuk perkembangan otak janin, terutamanya dalam aspek yang berkaitan dengan memori dan pembelajaran setelah membesar nanti. 

Selain itu, susu yang diperkaya ini juga biasanya kaya dengan kandungan kalsium, vitamin D, zat besi serta inulin yang membantu menyokong kesihatan ibu sepanjang kehamilan. 

 

Bolehkah saya mengambil kesemua suplemen saya serentak?

Suplemen untuk ibu hamil

Suplemen berfungsi membekalkan nutrisi tambahan yang diperlukan oleh tubuh. 

Namun, penyerapan nutrisi ini mungkin dipengaruhi oleh makanan yang anda makan atau suplemen yang dipreskripsikan kepada anda. 

Oleh itu, sangat penting untuk ibu mengikuti saranan doktor termasuklah waktu yang sesuai untuk anda mengambil suplemen tersebut.

Rancang jadual pengambilan untuk setiap suplemen dengan bantuan doktor yang merawat anda.

 

Suplemen yang perlu dielakkan

Di kebanyakan negara, amat mudah bagi mendapatkan suplemen untuk ibu hamil kerana ia boleh dibeli di mana-mana kedai dan pasar raya. 

Oleh itu, pastikan anda menyemak label keselamatan pada produk terlebih dahulu dan merujuk kepada doktor anda sebelum mengambil mana-mana suplemen.

Elakkan mengambil suplemen vitamin A semasa hamil kerana ia mungkin akan membahayakan bayi dalam kandungan anda1

Memandangkan vitamin A banyak digunakan dalam rejimen rawatan jerawat, dapatkan pandangan daripada pakar dermatologi tentang pilihan yang sesuai sekiranya anda merancang atau sedang hamil4.

Selain itu, sentiasa berhati-hati apabila mengambil suplemen berasaskan herba. 

Ini kerana, bahan-bahan yang terkandung tidak semestinya sesuai untuk wanita hamil. Rujuk perkara ini dengan doktor anda.

Untuk ibu-ibu yang sedang hamil, ingatlah bahawa tiada yang dapat menggantikan diet seimbang bagi mengekalkan kesihatan sewaktu hamil. 

Tambahkan suplemen-suplemen ini jika disarankan dan ambilnya bersama diet yang sihat dan seimbang!

 

Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk tips-tips kehamilan dan keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi! Klik di sini untuk sertai.

Sertai Kelab Enfamama A+


Rujukan:
  1. Vitamins, supplements and nutrition in pregnancy. https://www.nhs.uk/pregnancy/keeping-well/vitamins-supplements-and-nutrition/. Diakses pada Julai 3, 2023.

  2. WHO recommendations on antenatal care for a positive pregnancy experience. https://www.who.int/publications/i/item/9789241549912Diakses pada Julai 3, 2023.

  3. Dietary reference values for vitamin D. https://www.efsa.europa.eu/en/efsajournal/pub/4547. Diakses pada Julai 3, 2023.

  4. Bozzo, P., Chua-Gocheco, A., & Einarson, A. (2011). Safety of skin care products during pregnancy. Canadian family physician Medecin de famille canadien, 57(6), 665–667. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3114665/. Diakses pada Julai 3, 2023.

  5. Iron deficiency anemia during pregnancy: Prevention tips. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/anemia-during-pregnancy/art-20114455#:~:text=Severe%20iron%20deficiency%20anemia%20during,weight%20baby%20and%20postpartum%20depression. Diakses pada Julai 3, 2023.