Ketahui bagaimana Vitamin D membantu kesihatan tubuh anda dan bayi dalam kandungan anda.

Vitamin D membantu badan anda menyerap dua jenis mineral yang penting – kalsium dan fosforus – yang kemudiannya akan membantu menyokong perkembangan tulang dan gigiiv bayi dalam kandungan anda. Sebagai tambahan, vitamin D juga akan membuatkan tulang dan gigi ini kekal kuat.

Sekiranya anda tidak mendapat bekalan vitamin D yang mencukupi semasa hamil, ini mungkin akan meningkatkan risiko komplikasi kehamilan seperti pra-eklampsia dan berat badan kelahiran rendahi.

Vitamin D juga menyokong sistem pertahanan badan supaya anda boleh melindungi dan menjaga kandungan andaiv!

Berapa banyak vitamin D yang anda perlukan sepanjang tempoh kehamilan?

Anda perlu mendapat jumlah vitamin D yang sama seperti mereka yang lain iaitu sebanyak 10 µg (mikrogram) vitamin D setiap hari untuk sepanjang tempoh kehamilan andaii.

pregnant lady practicing yogapregnant lady practicing yoga

Dari mana anda dan bayi dalam kandungan anda boleh mendapatkan vitamin D?

Keluar berjalan-jalan di bawah sinaran cahaya matahari sekiranya boleh! Kulit yang terdedah kepada cahaya matahari akan terangsang untuk menghasilkan vitamin D, yang mana ianya penting untuk kesihatan tulang anda dan perkembangan tulang bayi dalam kandungan anda.

Berjalan mengambil angin pada hari yang cerah sebanyak dua atau tiga kali semingguiii akan menjadikan anda kekal cergas dan tenang, selain membekalkan anda dengan vitamin D.

Anda juga boleh merujuk kepada doktor anda sekiranya anda ingin mengambil suplemen vitamin D, jika anda merasakan anda tidak mendapat vitamin D yang mencukupi. Masalah kekurangan vitamin D sudah menjadi suatu perkara yang lazim, walaupun di Asia, kerana mereka lebih gemar untuk berada di dalam rumah dan mengelak dari terdedah kepada cahaya matahariiv.

Anda juga boleh mendapatkan vitamin D daripada makanan seperti:

  • Ikan berlemak (seperti ikan salmon dan sardin)
  • Telur (terutama sekali di dalam kuning telur)
  • Bijirin yang diperkaya dengan vitamin D
  • Produk tenusu yang diperkaya dengan vitamin D (seperti susu dan yogurt)

 

 

Rujukan:

iEFSA Panel on Dietetic Products, Nutrition, and Allergies (NDA) (2016). Dietary Reference Values for Vitamin D. EFSA Journal, 14(10):4547.

iiVitamins and nutrition when pregnant - Pregnancy and baby guide. (n.d.). Retrieved April 10, 2017, from http://www.nhs.uk/conditions/pregnancy-and-baby/pages/vitamins-minerals-...

iiiVitamin D and Pregnancy. (2017). Retrieved April 10, 2017, from http://americanpregnancy.org/pregnancy-health/vitamin-d-and-pregnancy/

ivNimitphong, Hataikarn & Holick, Michael F. (2013). Vitamin D status and sun exposure in southeast Asia. Dermatoendocrinol, 5(1): 34–37.