Sokong perkembangan otak bayi dalam kandungan anda sepanjang tempoh kehamilan.

Perkembangan otak bayi dalam kandungan anda telah bermula sejak awal trimester pertama lagi. Berikut adalah perkara yang anda boleh lakukan untuk menyokong perkembangan ini semasa kehamilan.

pregnant lady listening to song

Apa yang anda makan sepanjang tempoh kehamilan adalah penting, kerana diet pemakanan ibu akan mempengaruhi pembentukan organ fetus dalam kandungan. Oleh kerana itu, penting untuk anda memastikan anda makan dengan betul dan cukup untuk keperluan bayi dalam kandungan anda.

Sistem saraf, termasuk otak, adalah sistem yang pertama yang berkembang dengan pesat sejurus selepas proses persenyawaani berlaku. Beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menyokong perkembangan otak bayi dalam kandungan semasa – dan juga sebelum – kehamilan.

Cara Pemakanan Yang Betul

Diet sihat, iaitu diet yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan, makanan yang kaya dengan protein seperti susu, kekacang, bijirin penuh dan kacang, ditambah dengan suplemen pranatal yang sesuai akan membantu menyokong kehamilan anda dan memastikan bayi dalam kandungan anda mendapat keperluan nutrisi yang seimbang yang penting untuk perkembangan menyeluruh, termasuklah perkembangan otak. Otak bayi dalam kandungan yang sedang giat berkembang memerlukan nutrien yang banyak untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sempurna, seperti folat dan DHA. Jadi, seandainya anda merancang untuk hamil atau telah pun hamil, anda boleh memulakan diet sihat anda dengan makanan yang tinggi kandungan folat dan DHA. Avokado, brokoli, buah oren dan sayuran berdaun adalah tambahan yang bagus di dalam diet wanita hamil. Selain itu, masukkan juga ikan seperti ikan salmon dan sardin ke dalam diet anda bagi mendapatkan bekalan DHA anda. Jangan lupa untuk mengambil suplemen pranatal yang disarankan oleh doktor, yang mengandungi zat besi dan asid folik.

DHA adalah salah satu nutrien penting yang diperlukan oleh otak bayi dalam kandungan anda. Asid lemak omega-3 ini adalah komponen di dalam otak bayi dalam kandungan anda yang sedang berkembang. DHA membantu perkembangan struktur dan fungsi otak, iaitu pusat kawalan kemahiran bayi dalam kandungan andaiii.

Anda juga boleh membaca dengan lebih lanjut tentang jenis-jenis suplemen yang bakal ditetapkan oleh doktor anda untuk anda dan bayi dalam kandungan anda.

[MJ_1article_Suplemen kehamilan apa yang anda perlu tahu]

Elakkan bahan-bahan merbahaya

Toksin ataupun bahan kimia berbahaya boleh didapati di mana-mana sahaja, termasuklah di dalam makanan dan persekitaran kita. Bahan-bahan ini merbahaya kepada perkembangan fetus dan mesti dijauhi.

Elakkan minuman beralkohol kerana ini boleh merosakkan otak bayi dalam kandungan anda. Selain itu, elakkan daging separuh masak atau mentah, ikan dan telur, keju lembut yang berkemungkinan mengandungi bakteria atau parasit yang boleh membahayakan bayi dalam kandungan andaii. Pilih ikan yang diketahui rendah kandungan merkurinyaiii.

Sekiranya anda perlu mengambil apa jua jenis ubat, dan di dalam bentuk apa pun, selalulah merujuk kepada doktor anda untuk memastikan keselamatan ubat tersebut kepada anda dan bayi dalam kandungan anda.

Beserdahana dalam bersenam

Bersenam akan memberi kesan yang pelbagai kepada badan – sama ada sedang hamil ataupun tidak. Semasa hamil, bersenam dapat membantu anda mengekalkan bentuk badan. Bersenam juga boleh mempersiapkan anda untuk menghadapi proses kelahiran. Bersenam dapat mengurangkan masalah sakit belakang, sembelit, kembung perut dan badan membengkak, meningkatkan mood dan tenaga anda, membantu anda tidur lebih lena dan mengelakkan dari pertambahan berat badan yang berlebihan; Bersenam juga boleh mengurangkan risiko diserang gestational diabetesiv. Akan tetapi, dapatkan nasihat pakar kesihatan sebelum anda memulakan apa juga jenis senaman.

Anda tidak perlu mengangkat berat atau melakukan aktiviti senaman fizikal yang berat. Sekadar elakkan dari tidak melakukan apa-apa aktiviti dan cuba berjalan selagi boleh.

Merangsang deria bayi dalam kandungan anda

Menurut kajian, bayi dalam kandungan boleh mendengar dan belajar mengenal bunyi dan perkataan ketika di dalam kandunganv. Tidak salah jika anda ingin berhubung dengan bayi dalam kandungan anda kerana ini akan membantu perkembangan otaknya.

Begitu juga dengan memainkan muzik akan menenangkan atau merangsang, bergantung kepada genre muzik yang dimainkan. Kajian mendapati memperdengarkan muzik ketika di dalam kandungan mempunyai kesan yang baik kepada perkembangan tingkah-laku bayi dalam kandunganvi. Jadi, berbuallah dengan, atau mainkan muzik dan juga menyanyi kepada bayi dalam kandungan anda sekerap mana yang anda boleh.

Perhubungan dengan bayi dalam kandungan anda semasa dia masih lagi dalam kandungan akan menjadi mekanisma yang menjalin ikatan di antara anda dan bayi dalam kandungan anda walaupun dia masih belum lahir lagi. Ini juga dapat mengurangkan tekanan anda – iaitu antara perkara yang anda perlu lakukan kerana tekanan yang tinggi akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan andavii. Ambil perhatian, perkembangan emosinya bermula sejak dari dalam kandungan lagi, jadi kekalkan suasana dan perasaan yang gembira!

 

 

Rujukan:

iFetal development: The 1st trimester. (n.d.). Retrieved March 21, 2017, from http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-de...

iiWhy should I avoid some foods during pregnancy? Retrieved 2 June 2017 from, http://www.nhs.uk/chq/Pages/917.aspx?CategoryID=54

iiiEating Fish: What Pregnant Women and Parents Should Know. Retrieved 2 June 2017 from, https://www.fda.gov/media/110822/download

ivPregnancy and exercise: Baby, let's move! (2016, June 09). Retrieved February 22, 2017, from http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-de...

vBabies Learn to Recognize Words in the Womb. Retrieved 2 June 2017 from, http://www.sciencemag.org/news/2013/08/babies-learn-recognize-words-womb

viArya, R., Chansoria, M., Konanki, R., & Tiwari, D. K. (2012). Maternal Music Exposure during Pregnancy Influences Neonatal Behaviour: An Open-Label Randomized Controlled Trial. International Journal of Pediatrics, 901812.

viiLeft-handed fetuses could show effects of maternal stress on unborn babies. (2014, June 3). Retrieved February 22, 2017, from https://www.dur.ac.uk/news/newsitem/?itemno=21328