Bantu bayi dalam kandungan anda berkembang pada minggu ke-16 usia kehamilan anda.

Pada minggu ke-16 inilah bayi dalam kandungan anda mula membuat pergerakan yang lebih berkoordinasi.

Apa yang berlaku pada Minggu 16 kehamilan saya?

Pada minggu-minggu yang lepas, bayi dalam kandungan anda telah melakukan gerakan-gerakan dan berlatih kemahiran motornya, dan kini dia sudah boleh membuat pergerakan yang lebih berkoordinasi yang boleh dikesan melalui ultrasoundi. Bayi dalam kandungan andakini sudah boleh membuat genggaman dan membuka genggaman dengan tangannya yang comel itu!

Ketika ini, otot muka bayi dalam kandungan anda juga sedang membentuk.ii Dia sudah boleh mengecilkan mata, membuat riak muka dan berkerut. Sekarang, kepala dan lehernya telah bersambung lurus dan kedua belah matanya telah beralih ke bahagian hadapan muka.iii

Pada minggu ini, ukuran bayi dalam kandungan anda telah mencecah kira empat-satu per tiga ke empat-dua per tiga inci (10.8 ke 11.6 sentimeter) panjang dan berat kira 2.75 auns (80 gram)iv.

Apa yang boleh saya jangkakan pada minggu ke-16 kehamilan?

Perubahan hormon ketika hamil akan menyebabkan badan anda menghasilkan lebih banyak bulu dan rambut. Anda mungkin akan menyukai rambut anda yang bertumbuh lebat - yang mana akan luruh selepas enam bulan bersalin– tetapi anda mungkin mempunyai perasaan yang lain dan tidak selesa jika bulu badan anda pula yang tumbuh dengan lebat.

Gunakan tip-tip ini agar anda lebih selesa dengan perubahan badan dan kehamilan anda:

  • Cukur atau wax. Ini adalah cara yang selamat untuk membuang bulu ketika hamil.vi
  • Elakkan menggunakan produk krim untuk membuang bulu, seperti krim depilasi. Bahan kimia di dalam produk tersebut boleh diserap masuk ke dalam aliran darah.

Apa yang boleh anda lakukan untuk menyokong kehamilan saya pada minggu ke-16?

Pastikan perkembangan daya kognitif bayi dalam kandungan anda dan perkembangannya yang lain sihat dan sentiasa mengikut perkembangan yang sepatutnya dengan mengambil DHA secukupnya (yang boleh ditemui dalam ikan yang berlemak terutama di dalam ikan salmon dan sardin).

Selain itu, ibu juga boleh mengambil segelas susu yang dirumus secara saintifik untuk wanita hamil yang mengandungi DHA, kolina, asid folik, kalsium dan protein pada tahap yang disyorkan pakar. Ia juga dapat menyokong perkembangan bayi dalam kandungan di samping memastikan keperluan nutrisi ibu terjaga.

Wahai bakal ibu, tidak lama lagi bayi dalam kandungan anda akan dapat mendengar suara anda, jadi teruskan berbual dan menyanyi dengannya; kerana dalam masa beberapa minggu lagi dia akan menjawab kesemua perbualan anda dengan gerakan yang sangat teruja!

Deria rasa bayi dalam kandungan anda juga mula membina dan berkembang pada waktu ini.vii

Teruskan mengamalkan diet yang sihat yang mengandungi pelbagai jenis makanan. Bukan sahaja anda dapat memberi khasiat kepada perkembangan bayi dalam kandungan anda, tetapi makanan yang anda makan akan mempengaruhi citarasa makanannya nanti pada tahun-tahun akan datang.

Seiring dengan perkembangan kehamilan anda, anda akan semakin seronok berinteraksi dengan bayi dalam kandungan anda. Tanpa anda sedari, anda sebenarnya sedang memperkukuhkan ikatan anda berdua.

 

Sertailah Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini!

 

Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-17


 

 

Rujukan:
 
i     Fetal development: The 2nd trimester. (n.d.). Retrieved April 22, 2017, from    
ii    You and your baby at 13-16 weeks pregnant. (2017, February 28). Retrieved March 20, 2017, from      
iii    Fetal development: The 2nd trimester. (n.d.). Retrieved March 21, 2017, from      
iv   Curtis, G. B., & Schuler, J. (2016). Your Pregnancy Week by Week (8th ed.). Philadelphia, PA: Da Capo Press.
v    Postpartum care: After a vaginal delivery. (2015, March 24). Retrieved April 19, 2017, from    
vi   Patel, S. (2015, July 21). Be safe when pampering yourself during pregnancy. Retrieved April 10,      
vii  Witt, M., & Reutter, K. (1996, December). Embryonic and early fetal development of human taste buds: a transmission    
      electron microscopical study. Retrieved April 19, 2017, from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8955790