Bantu bayi dalam kandungan anda berkembang pada minggu ke-17 kehamilan anda

Kini, anda dapat merasakan pergerakan bayi dalam kandungan anda! Berikan kemahiran motornya rangsangan tambahan dengan khasiat pemakanan yang wajar.

Apa yang berlaku pada Minggu 17 kehamilan saya?

Bayi dalam kandungan anda telah pun belajar membuat pergerakan refleks pada minggu-minggu sebelum ini. Sekarang, dia sudah pandai menghisap dan menelan - kemahiran yang amat penting bagi bayi dalam kandungan anda selepas dilahirkan untuk dia menerima kesemua nutrisi yang diperlukan dengan sempurna. Manakala otaknya, kini telah berkembang sehingga ke tahap ianya boleh mengawal degupan jantungnyai.

Tali pusatnya sekarang sudah tebal dan kuat, dan bersambung kukuh pada badan bayi dalam kandungan anda dan plasenta, menghantar nutrien dan oksigen kepada bayi dalam kandungan anda dan membawa keluar sebarang bahan buangannyaii.

Berat bayi dalam kandungan anda semakin bertambah dan pada minggu ini beratnya mencecah kira-kira lima auns (150 gram).iii

Apa yang boleh saya jangkakan pada minggu ke-17 kehamilan?

Pada minggu ini, anda mungkin akan dapat merasakan pergerakan bayi dalam kandungan anda buat kali pertama! Gerakan kecil ini yang dipanggil sebagai ‘quickening’ terasa seperti buih-buih yang memecah atau kibasan kepak rama-rama yang kecil.

Berat bayi dalam kandungan anda bertambah dua kali ganda sejak dua minggu yang lalu, dan secara langsung menyebabkan berat badan anda juga bertambah pada peringkat kehamilan ini. Tetapi, jika berat badan anda bertambah terlalu banyak akan menyebabkan komplikasi ketika waktu bersalin. Ambil perhatian kepada langkah-langkah ini untuk mengawal berat badan anda dan mengekalkan tahap kesihatan kehamilan seperti yang sepatutnya:

  • Catatkan pertambahan berat badan anda. Jika berat anda sebelum hamil ialah berat yang normal, berat anda sepatutnya bertambah kira satu pound (0.36 ke 0.45 kilogram) setiap minggu pada peringkat ini, dan jumlah pertambahan berat ialah kira-kira 25 ke 35 pound (11 ke 16 kilogram) sepanjang tempoh kehamilan anda.iv
  • Pertambahan berat badan juga boleh dikawal dengan melakukan senaman berkala yang ringan untuk badan anda seperti senaman yoga pranatal dan berenang. Ingat, sentiasa merujuk pada doktor sebelum melakukan apa jua jenis senaman ketika hamil.

Apa yang boleh anda lakukan untuk menyokong kehamilan saya pada minggu ke-17?

Sudah semestinya, sepanjang kehamilan anda, anda haruslah sentiasa konsisten mengekalkan diet yang sihat dan seimbang. Kurangkan pengambilan kafein anda bagi menjaga kesihatan bayi dalam kandungan anda kerana kafein boleh memberi kesan kepada pertumbuhan bayi dalam kandungan anda dan kafein seringkali dikaitkan dengan berat kelahiran yang rendahv.

Anda secara umumnya disarankan untuk mengehadkan pengambilan kafein anda kepada 200 miligram sehari.vi 8-auns secawan kopi mengandungi 95 miligram kafein, manakala untuk isipadu yang sama secawan teh mengandungi 47 miligram kafein.

Sebagai ibu yang prihatin, bekalkannya dengan nutrien seperti kolina, DHA dan folat yang mencukupi dalam segelas susu supaya dapat menyokong perkembangannya sepanjang dalam kandungan.

Jika anda inginkan aktiviti yang boleh menaikkan semangat anda pada waktu tengah hari, salah satu alternatif yang bagus ialah dengan keluar berjalan mengambil angin. Perubahan tempat dan suasana pasti akan merangsang deria-deria anda dan ini akan menggalakkan perembesan hormon endorfin. Tetapi jangan lupa memakai pelindung matahari (sunscreen).

 

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tips, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.

 

Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-18


 

 

Rujukan:
 
i    17 Weeks Pregnant. (n.d.). Retrieved April 19, 2017, from  
ii    What is the placenta? - Health questions. (n.d.). Retrieved April 19, 2017, from        
iii   You and your baby at 17-20 weeks pregnant. (2017, March 31). Retrieved April 10, 2017, from        
iv   Diet & Your Pregnancy. (n.d.). Retrieved April 7, 2017, from    
v    Foods to avoid during pregnancy - Health questions. (n.d.). Retrieved April 19, 2017, from      
vi   Pregnancy Nutrition: Foods to avoid during pregnancy. (2017, February 15). Retrieved April 10,2017,