Bantu bayi dalam kandungan anda berkembang pada minggu ke-18 usia kehamilan anda

Tulang bayi dalam kandungan anda semakin kuat dan sedang mengeras. Makan lebih banyak makanan yang kaya dengan zat kalsium bagi menguatkan lagi pertumbuhan tulang bayi dalam kandungan anda.

Apa yang berlaku pada Minggu 18 kehamilan saya?

Sesuatu yang menakjubkan, bayi dalam kandungan anda sekarang telah mempunyai cap jari unik kepunyaannya sendiri.i Tulangnya juga kini sedang bertumbuh kuat dan semakin mengeras.

Dari aspek perkembangan otak pada minggu ini, sambungan di antara sel saraf di dalam batang otak dan saraf tunjang sedang membentuk, dan akan membantu bayi dalam kandungan anda memperhalus lagi pergerakan dan refleksnya, seperti genggaman tangan yang erat.i

Pada minggu ini juga, pendengaran bayi dalam kandungan juga sedang membina dan berkembang. Ini bermakna, tulang di dalam bahagian telinga dalamnya sedang membentuk bersama dengan hujung saraf bebas yang akan membenarkan dia untuk mendengar segala apa yang ada di sekelilingnyaii, seperti bunyi perut anda dan juga suara anda!

Berat bayi dalam kandungan kini kira-kira tujuh auns (hampir 200 gram) dan berukuran sekitar lima inci setengah (14 sentimeter) panjang.iii

Apa yang boleh saya jangkakan pada minggu ke-18 kehamilan?

Ada sesetengah bakal ibu mengalami hidung berdarah dengan tiba-tiba pada peringkat kehamilan iniiv, ini disebabkan peningkatan darah yang mengalir ketika hamil. Anda boleh mengelakkan simtom hidung berdarah dan menikmati detik-detik kehamilan anda dengan tip-tip ini:

  • Kekal terhidrat. Banyakkan minum air untuk mengelakkan membran hidung anda menjadi kering, membran yang kering akan memudahkan salur darah halus di dalam hidung untuk pecah dan berdarah.
  • Jauhkan diri dari persekitaran yang mengandungi perengsa seperti asap.

Apa yang boleh anda lakukan untuk menyokong kehamilan saya pada minggu ke-18?

Dengan meneruskan pemakanan makanan yang kaya dengan zat kalsium, anda akan membantu pertumbuhan tulang bayi dalam kandungan anda untuk menjadi bertambah kuatv. Makanan yang mempunyai kandungan DHAvi kekal penting sebagai penyokong kepada perkembangan otak bayi dalam kandungan anda.

Minum susu untuk ibu hamil yang dirumus secara saintifik dengan DHA dan kolina untuk membantu menyokong perkembangan bayi dalam kandungan. Di samping itu, ia juga dapat membantu memenuhi keperluan asid folik, protein dan kalsium yang diperlukan ibu hamil setiap hari.

Perlu diingat dengan pertumbuhan otak yang sihat akan membawa kepada perkembangan emosi yang baik, ini kerana otak adalah pusat pengawalan emosi, dan juga pusat fungsi kognitif seperti menaakul, penyelesaian masalah, dan memori.

Para bakal ibu, anda juga mesti memastikan diri anda dalam keadaan emosi yang baik. Apabila anda tertekan atau stress atau berasa bimbang, otak anda akan menghantar isyarat kepada badan untuk melepaskan hormon stres seperti hormon kortisol.vii Mengikut pakar kesihatan pranatal, sekiranya tahap “hormon stres” berterusan dalam keadaan tinggi, ia akan memberi kesan negatif kepada kesihatan bayi dalam kandungan anda.viii

Seandainya anda merasa sangat terbeban untuk menghadapi pelbagai gejala yang baru dan perubahan yang berlaku pada badan anda, luahkan perasaan anda kepada doktor, teman, pasangan anda, ataupun ahli keluarga untuk mendapatkan sokongan dari mereka.

Anda juga boleh mencuba melakukan teknik-teknik untuk bertenang seperti bernafas secara teratur, bermeditasi, atau melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh membuatkan anda merasa lebih tenang.

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik sini.

 

Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-19


 

 

Rujukan:
 
i    17, 18, 19, 20 weeks pregnant - Pregnancy and baby guide. (n.d.). Retrieved April 19, 2017, from      
ii   Fetal development: The 2nd trimester. (2015, January 15). Retrieved April 19, 2017, from      
iii  Fetal development: The 2nd trimester. (2015, January 15). Retrieved April 10, 2017, from      
iv  Mothers' Physical Changes During the Second Trimester. (2013, August 11). Retrieved April 7,2017, from
v   Pregnancy diet: Focus on these essential nutrients. (n.d.). Retrieved April 05, 2017, from      
vii Chronic stress puts your health at risk. (2016, April 21). Retrieved April 19, 2017, from    
viii Johnson, K. C. (n.d.). The effects of maternal stress and anxiety during pregnancy. Emory. Retrieved April 20, 2017,
      s%20of%20maternal%20stress%20and%20anxiety%20during%20pregnancy%20(mot07).pdf