Bantu bayi dalam kandungan anda berkembang pada minggu ke-19 usia kehamilan anda.

Bayi dalam kandungan anda kini akan bergerak dengan lebih kerap, apatah lagi setelah neuron otaknya terusterusan berhubung dengan ototnya. Jadi, bagaimana seharusnya anda memberi sokongan kepada perkembangan ini?

Apa yang berlaku pada Minggu 19 kehamilan saya?

Pertambahan berat badan bayi dalam kandungan anda semakin meningkat, tetapi dia masih belum mempunyai lemak yang banyak.i

Pada minggu ini juga kulitnya akan mula diselaputi dengan selaput lemak pelindung yang dikenali sebagai Vernix caseosa. Selaput ini akan melindungi kulit bayi dalam kandungan anda dari tercalar, atau kulit berkedut kerana terdedah pada cecair amnion.ii

Ukuran bayi dalam kandungan anda kini kira-kira enam inci (15 sentimeter) panjang.iii

Apa yang boleh saya jangkakan pada minggu ke-19 kehamilan?

Oleh kerana bayi dalam kandungan anda kini semakin membesar dan dia akan lebih bergerak bebas di dalam rahim anda (ini kerana neuron otaknya sentiasa berhubung dengan ototnya), anda akan mula merasai pergerakannya di dalam rahim anda seolah-olah dia sedang membuat pertunjukan akrobatik.

Anda mungkin akan mengalami pedih hulu hatiiv yang disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku dan perut anda yang semakin membesar akan menyebabkan asid perut akan mengalir ke atas dan menyebabkan anda merasa rasa yang perit di tekak dan mulut anda.

Legakan rasa pedih hulu hati dan jadikan tempoh kehamilan anda lebih selesa dengan tip-tip ini:

  • Elakkan makanan yang boleh menyebabkan pedih hulu hati. Jauhkan diri anda daripada makanan yang berasid, pedas atau bergoreng, dan juga minuman yang berkarbonat dan mengandungi kafein.
  • Elakkan pergerakan yang tiba-tiba yang mungkin akan mencetuskan kesakitan abdomen. Sekiranya anda perlu bergerak, tukar kedudukan anda kepada kedudukan duduk tegak, bergerak dengan perlahanlahan dan pastikan lutut anda sentiasa rapat. Semakin uterus anda membesar, bahagian ligamen berbentuk bulat yang menyokong uterus akan terus merenggang.v Ini akan menyebabkan rasa sakit yang tajam di bahagian bawah otot abdomen dan bahagian pinggul anda, jadi cuba elakkan pergerakan yang tiba-tiba yang akan mencetuskan rasa sakit tersebut.

Apa yang boleh saya lakukan untuk menyokong kehamilan saya pada minggu ke-19?

Setiap minggu anda perlu memberi perhatian untuk terus mengekalkan diet yang seimbang dan berkhasiat. Oleh itu,anda boleh pilih susu yang mengandungi asid folik, kalsium dan protein untuk memenuhi keperluan nutrisi ketika mengandung. Protein amat penting untuk pertumbuhan organ bayi dalam kandungan manakala kalsium pula penting untuk perkembangan gigi dan tulang bayi lebih kuat.

Sebagai tambahan, teruskan dengan aktiviti senaman yang ringan untuk membantu merangsang pengaliran darah anda, dan ini termasuklah pengaliran darah untuk otak dan tubuh badan bayi dalam kandungan anda. Pada masa yang sama, bersenam mampu membuatkan mood anda bertambah baik, dan kesemua ini dapat menyediakan persekitaran yang terbaik untuk pertumbuhan bayi dalam kandungan anda.

Mulakan mengusap perut anda supaya bayi dalam kandungan anda dapat mengenal sentuhan anda, kerana derianya akan terus berkembang. Apabila deria pendengarannya semakin jelas, selalulah berkomunikasi dengannya dan ajaklah pasangan anda dan/atau ahli keluarga terdekat untuk berbual dengannya. Ini akan menempa ikatan yang kuat di antara anda dan bayi bayi dalam kandungan anda sejak sebelum dia dilahirkan lagi.

Ketika ini, anda mungkin mahu mula memikirkan nama yang sesuai untuk memanggil bayi dalam kandungan anda nanti, setelah anda mengetahui jantinanya (terpulang kepada anda). Mungkin anda boleh bertanyakan reaksi bayi dalam kandungan anda tentang nama-nama yang anda pilih untuknya, tentunya ianya lebih menarik!

 

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tips, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.

 

Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-20


 

 

Rujukan:
 
i    17, 18, 19, 20 weeks pregnant - Pregnancy and baby guide. (n.d.). Retrieved April 19, 2017, from      
ii   Fetal development: The 2nd trimester. (2015, January 15). Retrieved April 19, 2017, from      
iii  Womens, A. N. (n.d.). Baby Development Week by Week. Retrieved April 19, 2017, from      
iv  Vazquez, J. C. (2008). Constipation, haemorrhoids, and heartburn in pregnancy. BMJ Clinical Evidence, 2008, 1411.
v   Murry, M. M. (2014, September 10). Round ligament pain: Understanding this pregnancy complaint.
    Retrieved February 15, 2017, from