Bantu bayi dalam kandungan anda berkembang pada minggu ke-20 usia kehamilan anda

Anda boleh mendapat tahu jantina bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-20! Teruskan memberikan khasiat untuk pertumbuhan otak dan deria anak lelaki atau anak perempuan anda.

Apa yang berlaku pada Minggu 20 kehamilan saya?

Anda kini sedang berada di setengah perjalanan tempoh kehamilan anda. Seandainya anda ingin tahu jantina bayi dalam kandungan anda, apabila anda melakukan imbasan ultrasound pada minggu ini, anda boleh mengetahui jantina bayi anda itu bayi lelaki atau perempuani.

Kulit bayi dalam kandungan anda kini sedang membentuk lapisan tambahan yang lebih tebal. Sehingga waktu ini, terdapat empat lapisan, dan salah satunya mengandungi rabung - yang akan menjadi corak pada hujung jejari, tapak tangan dan tapak kakinya. Si dia juga akan tumbuh lebih banyak rambut.

Sementara itu, bahagian otak bayi dalam kandungan anda yang dikenali sebagai serebelum, sedang membentukii. Ia memainkan peranan yang penting dalam pengawalan motor dan terlibat dalam kedua-dua fungsi kognitif (perhatian, bahasa) dan emosi (mengawal tindakbalas ketakutan dan keseronokan).

Bayi dalam kandungan anda sudah banyak berubah jika dibandingkan ketika si dia hanya sebesar zarah mikroskopik berminggu yang lalu. Kini bayi dalam kandungan anda sudah berukuran enam dan satu pertiga inci (16.5 sentimeter) panjang.iii

Apa yang boleh saya jangkakan pada minggu ke-20 kehamilan? 

Anda mungkin akan mengalami kesukaran untuk tidur disebabkan perut anda yang kini semakin membesar. Cuba tidur dalam pelbagai posisi sehingga anda berasa selesa dan lebih mudah untuk tidur. Ramai bakal ibu yang merasakan lebih selesa apabila mereka baring mengiring ke sebelah, dan sebiji bantal diletakkan di bawah perut mereka sebagai sokongan. Lagi bagus jika anda mengiring ke sebelah kiri. Tidur dengan mengiring ke sebelah kiri akan meningkatkan darah dan nutrien untuk sampai ke plasenta dan kepada bayi dalam kandungan anda.v

Apa yang boleh anda lakukan untuk menyokong kehamilan saya pada minggu ke-20?

Apabila serebelum bayi anda telah berkembang pada minggu ini, bermaksud proses pembelajaran seumur hidup anak anda, dan tugas anda untuk mengajarnya kini bermula. Mulakan mencari cara-cara untuk merangsang dan menggalakkan perkembangan IQ dan EQ, bayi yang masih lagi di dalam kandungan, yang mana keduaduanya ini berpusat di dalam otak. Ingatlah, keseimbangan di antara IQ dan EQ adalah kunci untuk membantu anak anda memperoleh kelebihan awal di dalam hidupnya.

Mula daripada sekarang sehingga ke minggu terakhir tempoh kehamilan anda, bayi dalam kandungan anda akan mengalami pertumbuhan yang pesat. Teruskan dengan diet yang sihat, seimbang, kaya dengan DHAvi dan nutrien penting yang lain seperti zat besi, zink, kuprum, kolina dan folat untuk menggalakkan perkembangan otak bayi dalam kandungan anda.vii

 

Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-21


 

 

Rujukan:
 
i    Pregnancy week-by-week, retrieved April 22, 2017 from:
ii   Liu, F., Zhang, Z., Lin, X., Teng, G., Meng, H., Yu, T., … Liu, S. (2011). Development of the human fetal
cerebellum in the second trimester: a post mortem magnetic resonance imaging evaluation. Journal
of Anatomy219(5), 582–588. http://doi.org/10.1111/j.1469-7580.2011.01418.x
iii  Fetal development: The 2nd trimester. (2015, January 15). Retrieved April 19, 2017, from
iv  Tiredness in pregnancy - Pregnancy and baby guide. (2015, March 30). Retrieved February 15, 
pregnant.aspx#close
v   Sleeping Positions During Pregnancy. (2016, January 27). Retrieved February 15, 2017, from
vi   Nutritional Requirements – Dietary Fats. (2013, February 20). Retrieved April 5, 2017, from
vii   Georgieff MK. (2007) Nutrition and the developing brain: nutrient priorities and measurement. Am
J Clin Nutr. 85(2):614S-620S.