Bantu bayi dalam kandungan anda berkembang pada minggu ke-21 usia kehamilan anda.

Pada minggu ke-21, sistem penghadaman dan deria rasa bayi dalam kandungan anda masih terus berkembang, jadi teruskan untuk makan secara sihat.

Apa yang berlaku pada Minggu 21 kehamilan saya?

Pada minggu ini, seiring dengan pertumbuhan bayi dalam kandungan anda, fungsi organ-organnya juga akan terus berkembang. Dan juga, bayi dalam kandungan anda telah mula menelan cecair amnion, dan ini mungkin akan membantu perkembangan sistem penghadamannya. Dia akan banyak menelan cecair amnion dan sebahagian cecair ini akan mengalir keluar tanpa diserap sehingga ke usus besar.Pada minggu ini, neuron otak akan terus membuat sambungan saraf yang terbentuk hasil daripada pengalaman - pengalaman derianya dan disokong dengan bekalan zat dan nutrien yang anda berikan melalui makanan yang anda makan.

Tulang bayi dalam kandungan anda semakin kuat dan memanjang membantu menggalakkan ukurannya mencecah kepada tujuh inci (18 sentimeter). Kini beratnya pula telah mencecah kira-kira 10.5 auns (300 gram).i

Apa yang boleh saya jangkakan pada minggu ke-21 kehamilan?

Jika kerap merasa lapar pada peringkat kehamilan iniii, anda tidak perlu risau kerana ianya satu perkara yang normal; lagipun, anda sedang mengandungkan seorang bayi yang sedang membesar.

Elakkan dari memenuhi rasa lapar ini dengan makan makanan ringan; dan tukarlah kepada resepi makanan yang sihat dan snek seperti kacang, buah-buahan, atau yogurt. Hidangan berkhasiat yang mudah disediakan akan memudahkan anda memenuhi rasa lapar anda dan pada masa yang sama lebih berkhasiat untuk bayi dalam kandungan anda.

Apa yang boleh anda lakukan untuk menyokong kehamilan saya pada minggu ke-21?

Sewaktu hamil, anda mungkin akan mula mengidamkan makanan. Kajian menunjukkan coklat, makanan manis dan buah dan jus buah-buahan sitrus adalah di antara contoh yang selalu diidamkan sewaktu hamil.i Apabila anda memenuhi keinginan anda yang ini, cuba untuk tetap mengambil snek yang mengandungi protein (sebagai contoh kacang dan produk tenusu) yang akan memberi kebaikan kepada bayi dalam kandungan anda dan pada masa yang sama juga akan membantu mengekalkan tenaga anda. Selain itu, ambil makananan yang mengandungi kolina (contoh: telur, kekacang dan susu) yang akan membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan anda.

Anda perlu tahu, rasa makanan yang anda ambil akan masuk ke dalam cecair amnion yang akan ditelan oleh bayi dalam kandungan anda. Jadi dengan makan makanan yang sihat sekarang akan membantu bayi dalam kandungan anda untuk menyukai makanan yang sihat selepas dia dilahirkan nantiiii.

Bakal ibu, dapatkan rehat yang secukupnya bila-bila masa yang boleh, dan meminta pasangan anda untuk mengurut bahagian belakang anda dan kaki anda untuk melegakan rasa sakit dan lenguh yang mungkin anda alami sekarang. Ini pasti akan membantu melegakan segala kerisauan yang anda rasai.

 

Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-22


 

 

Rujukan:
 
i     Curtis, G. B., & Schuler, J. (2016). Your Pregnancy Week by Week (8th ed.). Philadelphia, PA: Da Capo Press.
ii    21, 22, 23, 24 weeks pregnant - Pregnancy and baby guide. (2017, February 28). Retrieved April 12, 2017, from        
iii   Mennella, J. A. (2006). Development of food preferences: Lessons learned from longitudinal and experimental studies.
      Food Qual Prefer, 17(7-8): 635-637.