Bantu bayi dalam kandungan anda berkembang pada minggu ke-22 usia kehamilan anda.

Pada minggu ke-22, sistem organ bayi dalam kandungan anda akan menjadi lebih khusus. Ketahui bagaimana anda boleh menggalakkan lagi perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ini.

Apa yang berlaku pada Minggu 22 kehamilan saya?

Pada minggu ini, keseluruhan badan bayi dalam kandungan anda dipenuhi dengan lanugoi, bulu gebu yang halus, yang membantu memegang vernix caseosa (selaput berlemak yang meliputi kulit ) pada kulitnya. Kening dan kelopak mata bayi dalam kandungan anda sekarang sudah berkembang dan jari kukunya juga sudah kelihatan.ii

Sistem organ bayi dalam kandungan anda juga sedang berkembang, dan melaksanakan fungsi yang tertentu. Sebagai contoh, hati bayi dalam kandungan anda akan memproses bilirubin, iaitu hasil penguraian sel darah merah.ii Berat bayi dalam kandungan anda kini ialah 12.25 auns (350 g). Manakala ukurannya pula sekitar 7.6 inci (19 sentimeter) panjang dari hujung kepala ke hujung tumit.ii

Apa yang boleh saya jangkakan pada minggu ke-22 kehamilan? 

Mabuk kehamilan anda mungkin sudah berlalu, dan anda sekarang lebih berselera, dan mula mengidam makanan yang tertentu. Jika anda mengidamkan makanan yang tidak sihat, kawal selera anda dengan diet yang seimbang dan tingkatkan lagi:

  • Pastikan snek yang sihat sentiasa ada, seperti kacang dan buah - buahan supaya anda tidak merasa terliur dengan buah-buahan lain yang kurang berkhasiat.
  • Jadikan makanan yang anda idamkan sebagai cara anda membelanja diri anda, dan dalam hidangan yang sederhana. Anda mungkin akan mengidamkan sesuatu ketika hamil dan kami masih lagi tidak mengetahui punca sebenar yang menyebabkan ibu hamil mengidam. Ianya mungkin disebabkan oleh perubahan hormon atau emosi, atau mungkin juga sebagai petanda badan anda sedang memerlukan nutrien yang ada di dalam makanan tertentu (namun anda perlu tahu tiada lagi bukti saintifik yang mengaitkan hubungan di antara kedua-dua ini).ii

Badan anda juga akan mula memberi isyarat bagaimana persediaan untuk bersalin berlaku – apabila anda mula mengalami pengecutan rahim yang tidak sakit dan tidak berkala di dalam rahim anda pada peringkat kehamilan sekarang. Pengecutan rahim ketika ini dikenali sebagai pengecutan Braxton-Hicksii dan akan bermula seawal trimester kedua.

Apa yang boleh anda lakukan untuk menyokong kehamilan saya pada minggu ke-22?

Waktu inilah yang sesuai untuk anda perbanyakkan lagi aktiviti anda dengan bayi dalam kandungan anda yang anda lakukan selama ini seperti berbual, menyanyi, dan membaca untuk memupuk lagi jalinan ikatan istimewa di antara anda berdua. Pada masa yang sama, anda sedang memberikan bekalan kepadanya untuk persediaannya pada masa hadapan, dengan memupuk kedua-dua IQ dan EQnya.

Sementara itu, kekalkan makanan yang kaya dengan Omega 3 dan terutamanya DHA di dalam diet anda untuk menggalakkan lagi perkembangan otak dan penglihatannyaiii; dan seperti selalu, pastikan hidangan anda sentiasa seimbang dan penuh berkhasiat untuk melancarkan pelbagai aspek pertumbuhan bayi dalam kandungan anda - dari segi fizikal, kognitif, dan emosi.

 

Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-23


 

 

Rujukan:
 
i    Pregnancy Week by Week. Retrieved May 26, 2017, from http://www.mayoclinic.org/healthylifestyle/    
     pregnancy-week-by-week/in-depth/fetal-development/art-20046151?pg=2
ii   Curtis, G. B., & Schuler, J. (2016). Your Pregnancy Week by Week (8th ed.). Philadelphia, PA: Da Capo Press.
iii   Marine oil supplementation to improve pregnancy outcomes. (n.d.). Retrieved April 19, 2017, from