keletihan melampau di awal kehamilan

Umumnya, ramai ibu mengandung yang merasai keletihan melampau di awal kehamilan. Kesannya, ia akan membuatkan mereka tidak dapat menjalani dan menikmati kehidupan dengan baik sewaktu berbadan dua.

Manakan tidak, kehamilan memang amat memerlukan waktu rehat yang cukup untuk memastikan anda kekal bertenaga dan bersemangat bagi meneruskan kehidupan sebagai seorang bakal ibu.

Jadi, apa yang boleh anda lakukan untuk pastikan kehamilan tidak terjejas dek keletihan? Jom baca artikel!

 

Apa maksud keletihan melampau di awal kehamilan?

Sudah lumrah sebagai seorang wanita hamil, keletihan melampau di awal kehamilan itu mungkin perkara biasa. Ia dialami oleh majoriti ibu mengandung dan bukanlah satu masalah yang besar.1

Ditambah dengan gejala umum lain seperti loya, mabuk dan lain-lain, memang benar jika kehamilan itu meletihkan, sekali gus menyukarkan anda untuk melakukan urusan harian masing-masing.1

Apa yang mungkin membimbangkan, masalah ini turut boleh berlaku di awal, tengah serta lewat kehamilan!

Rasa lemah dan lesu semasa trimester pertama kehamilan sangat menjengkelkan. Anda mungkin akan hilang rasa teruja dan semangat di saat penting ini.2

Persoalannya, apakah punca sebenar di sebalik keletihan kehamilan ini? Selain itu juga, adakah ia boleh pulih?

 

Apa punca keletihan melampau di awal kehamilan?

Sebenarnya, keletihan melampau di awal kehamilan itu adalah disebabkan refleks semula jadi. Ini kerana, minda anda  sedang menyiapkan dan membiasakan diri dengan peranan yang serba baharu.2

Begitu juga dengan tubuh badan ibu yang kini perlu bekerja lebih keras untuk menyokong segenap aspek pertumbuhan dan perkembangan anak dalam kandungan anda.2

Berikut merupakan beberapa punca yang boleh menyebabkan keletihan melampau di awal kehamilan:3

  • Perubahan tahap hormon

  • Perubahan sistem metabolisme

  • Pertambahan isipadu darah

  • Kekurangan zat besi atau anemia

  • Kekurangan waktu tidur dan rehat

Dalam pada itu, ia turut dipengaruhi oleh pelbagai lagi faktor risiko lain termasuk pemakanan, pekerjaan, gaya hidup dan keadaan kesihatan si ibu sama ada sebelum atau semasa kehamilan.3

Justeru, adalah sangat penting untuk bakal ibu cuba amalkan petua hilangkan lesu badan ketika hamil. Bagaimana caranya?

 

Jom amalkan petua hilangkan keletihan melampau di awal kehamilan

Walaupun ia mungkin normal, namun keletihan semasa hamil ini tentu sahaja akan mengganggu fokus dan konsentrasi bakal ibu. Akibatnya, badan ibu dan kandungan dalam perut mungkin akan terjejas.1

Jadi, anda perlu cuba lakukan beberapa petua hilangkan lesu badan ketika hamil berikut agar tubuh kekal cergas:

 

#1. Diet pemakanan

keletihan melampau di awal kehamilan

Daripada aspek diet pemakanan, ada jenis makanan yang patut anda ambil dan elak. Lihat senarai contoh di bawah:4

Makanan yang anda perlu ambil4

  • Karbohidrat kompleks daripada produk bijirin penuh, roti, gandum dan lain-lain 

  • Sumber protein daripada daging haiwan termasuk ayam, lembu, kambing, telur dan sebagainya

  • Zat besi daripada hasil laut seperti sardin dan tuna dan sayur hijau seperti bayam dan brokoli

  • Pengambilan susu khas untuk ibu hamil seperti Enfamama A+ 

Makanan yang anda harus elak4

  • Makanan yang mempunyai kandungan gula tinggi seperti kuih dan kek

  • Minuman yang mengandungi kandungan kafein tinggi seperti kopi dan teh

Petua hilangkan lesu badan ketika hamil

 

#2. Aktiviti pekerjaan

Benar, kehamilan di peringkat awal mungkin tidak akan menghalang anda daripada terus bekerja di pejabat. Namun, keletihan yang melampau sudah tentu mengganggu dan memberi kesan kepada pekerjaan.5

Maka, anda mungkin boleh berjumpa dan berbincang dengan majikan di tempat kerja berkaitan kehamilan anda.

Dapatkan keizinan atau kelonggaran untuk bekerja kurang jam di pejabat atau hanya bekerja dari rumah jika perlu.

 

#3. Perubahan gaya hidup

Jangan anggap bakal ibu cuma perlu tidur sahaja setiap hari sepanjang tempoh kehamilan, ya. Bersenam juga penting.

Aktiviti senaman ringan seperti berjalan, berjoging dan yoga itu bagus ketika hamil di trimester pertama. Pun begitu, elakkan daripada berbasikal atau senaman lain yang memberi tekanan pada perut.6

Dalam pada itu, kurangkan juga segala bentuk stres tidak kira sama ada pada fizikal atau mental anda. Ini cuma akan membuat bakal ibu menjadi lebih lemah sekali gus tidak bagus untuk kehamilan.6

keletihan melampau di awal kehamilan

 

Akhir sekali, buang semua tabiat buruk seperti menghisap rokok dan mengambil alkohol. Itu juga musuh utama!

 

Pengambilan susu untuk ibu hamil yang penting!

Tidak kira di trimester pertama, kedua atau ketiga, kehamilan perlu dijalani dan dilalui dengan sihat serta gembira.

Keletihan itu bukan alasan untuk ibu berbaring sahaja dengan tidak bertenaga di rumah. Gaya hidup sedentari itu juga mungkin bakal mempengaruhi tahap kesihatan diri dan kandungan anda.1

Maka, ibu harus kekal cergas dengan cara pengambilan susu untuk ibu hamil seperti produk Enfamama A+. Ia bukan sahaja bagus untuk wanita hamil malah anak di dalam kandungan.

Berbekalkan formulasi saintifik yang tinggi DHA, asid folik, zat besi, kalsium, inulin, kolina dan vitamin D, produk ini wajar dijadikan dan dimasukkan ke dalam rutin diet buat ibu mengandung.7

Selain akan dapat mengurangkan keletihan kehamilan, ia juga tentu sahaja menyihatkan diri dan kandungan kalian!

 

Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk tips-tips kehamilan dan keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi! Klik di sini untuk sertai.

Sertai Kelab Enfamama A+


Rujukan:
  1. Fatigue During Pregnancy, https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-concerns/fatigue-during-pregnancy/, Accessed Aug 29 2023.

  2. First trimester fatigue: How long it lasts, how to ease it, https://news.sanfordhealth.org/womens/first-trimester-fatigue/, Accessed Aug 29 2023.

  3. First Trimester Fatigue, https://www.urmc.rochester.edu/encyclopedia/content.aspx?contenttypeid=134&contentid=4, Accessed Aug 29 2023.

  4. Eating healthy during pregnancy, https://www.marchofdimes.org/find-support/topics/pregnancy/eating-healthy-during-pregnancy, Accessed Aug 29 2023.

  5. Working during pregnancy: Do's and don'ts, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/pregnancy/art-20047441, Accessed Aug 29 2023.

  6. Exercise During Pregnancy, https://www.acog.org/womens-health/faqs/exercise-during-pregnancy, Accessed Aug 29 2023.

  7. Nutrition During Pregnancy, https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/nutrition-during-pregnancy, Accessed Aug 29 2023.