Pemikiran untuk kembali bekerja selepas cuti bersalin boleh menggentarkan dan juga teruja. Sama ada bekerja sepenuh masa atau secara sambilan, sesetengah ibu risau memikirkan tentang tuntutan kerja dan tanggungjawab mereka sebagai ibu manakala yang lain tidak sabar untuk membuka lembaran baharu dalam hidup mereka.

Anda dinasihatkan supaya memikirkan isu-isu yang perlu ditangani sebelum kembali bekerja. Ini termasuk:

  • Adakan perbincangan dengan suami anda sejak awal. Rancangan terdahulu mungkin tidak sesuai lagi. Anda tidak perlu memikul semua tugas – ini boleh dikongsi dengan perancangan yang sewajarnya dan realistik.
  • Bincangkan dengan majikan anda tentang kemungkinan waktu kerja anjal atau anda kembali bekerja secara sambilan selama beberapa minggu sebagai permulaan. Ini akan membolehkan anda dan pasangan anda menilai jika perancangan anda membuahkan hasil.
  • Selalu bincangkan dengan pasangan anda tentang prestasi kerja anda, urusan keluarga dan perasaan anda. Anda juga perlu memperuntukkan masa untuk pasangan anda.

  • Apabila bekerja, cuba jangan bebankan diri anda sendiri dengan menerima terlalu banyak tanggungjawab tambahan. Sedikit tekanan mungkin positif tetapi terlalu banyak boleh membuat anda rasa terlalu letih pada hujung hari kerja untuk menghabiskan masa yang berkualiti dengan keluarga. Susun jadual tugas anda mengikut keutamaan dan tetapkan had tugas yang perlu dilakukan dan tugas yang boleh ditunda.i
  • Selalu adakan perbincangan terbuka dengan pegawai atasan anda. Ini akan membolehkan anda tampil profesional dan pada masa yang sama memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak untuk membangkitkan sebarang isu lebih awalii. Minta pertolongan apabila perlu; ini bukan tanda kelemahan, tetapi tanda anda realistik dan berterus-terang dengan diri sendiri dan mereka yang bekerja dengan anda.
  • Luangkan masa untuk diri anda sendiri. Masa untuk berjumpa dan makan tengah hari atau minum teh dengan kawan-kawan. Bincangkan tentang perasaan anda, sama ada tentang kerja atau peranan anda sebagai ibu. Anda juga perlu bersenam selalu dan makan secara sihat untuk menjaga kesihatan diri anda sendiriiii.

Menjadi ibu yang bekerja adalah satu pengalaman baharu. Bersabar dan bertimbang rasa kepada diri anda sendiri. Anda mungkin mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan rutin yang selesa kepada anda, namun dengan sokongan dan perbincangan, anda pasti boleh.

REFERENCES:

i. https://raisingchildren.net.au/grown-ups/work-child-care/going-back-to-w...
ii. https://www.nct.org.uk/life-parent/work-and-childcare/returning-work/ret...
iii. https://raisingchildren.net.au/grown-ups/work-child-care/going-back-to-w...

21 June 2019