Bersedia untuk kehamilan anda

Secara teknikalnya, anda masih belum hamil, tetapi pengambilan diet yang sempurna dan seimbang termasuklah pengambilan asid folik akan memastikan perkembangan janin yang sempurna selepas proses persenyawaan manusia. Ini kerana, proses persenyawaan akan mula berlaku dua minggu sebelum haid yang seterusnya.

Apa yang berlaku pada Minggu 1 kehamilan saya?

Pada peringkat ini, anda mungkin hanya meniti hari - anda masih belum hamil tetapi anda mungkin sedang berusaha untuk hamil. Mungkin ia akan mengambil tempoh selama dua minggu sebelum proses persenyawaan manusia benar-benar berlaku1.

Mungkin anda hairan, mengapa tempoh 40 minggu kehamilan dihitung bermula daripada minggu ini? Ini kerana para doktor mendapati agak sukar untuk menentusahkan hari yang tepat persenyawaan berlaku, maka minggu kehamilan itu dikira mulai daripada hari pertama haid terakhir wanita tersebut2.

Apa yang anda boleh jangkakan pada Minggu 1 kehamilan?

Pada minggu haid anda datang adalah waktu di mana badan anda sedang membuat persediaan untuk proses persenyawaan manusia. Dinding rahim akan luruh dan badan anda akan menghasilkan hormon (FSH) yang akan merangsang penghasilan folikel dalam setiap ovari. Setiap folikel ini mengandungi sebiji telur, yang mana ianya akan matang dan menunggu untuk persenyawaan berlaku3.

Ovari anda juga akan menghasilkan hormon estrogen, yang akan merangsang proses ovulasi, atau pelepasan telur. Ovulasi selalunya akan berlaku dalam tempoh dua minggu selepas hari pertama kedatangan haid anda, walaupun selalunya persenyawaan berlaku dalam tempoh yang berbeza bagi setiap individu.4

 

Apa yang boleh saya lakukan untuk menyokong kehamilan pada minggu ke-1?

Sebelum hamil, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi membincangkan rancangan anda selain membuat pemeriksaan pra-kehamilan. Ini akan membantu anda untuk lebih faham tentang proses persenyawaan manusia dan apa yang anda perlu lakukan untuk kekal sihat sepanjang kehamilan anda5.

Anda boleh memenuhi keperluan khasiat anda dengan mengamalkan diet yang seimbang dan pelbagai. Pengambilan asid folik seawal yang mungkin adalah penting (lebih elok diamalkan sebelum hamil) untuk mengelakkan kecacatan tiub saraf sewaktu persenyawaan berlaku 6.

Sayur-sayuran yang berdaun hijau, kekacang, dan produk bijian penuh adalah sumber diet folat yang bagus (iaitu asid folik semulajadi yang boleh ditemui dalam makanan).

Selain itu, ibu hamil juga amat digalakkan untuk mengambil makanan tambahan seperti susu yang diperkaya dengan kandungan DHA dan kolina. Susu ini dapat membantu ibu mengandung mendapatkan nutrisi yang mencukupi sepanjang kehamilan.

Disebabkan ibu hamil akan mengalami peningkatan berat badan, penting untuk ibu memilih susu yang rendah lemak. Susu ini dapat membantu mengawal berat badan ibu hamil berada dalam lingkungan yang sihat disamping membekalkan nutrisi penting.

Dapatkan susu yang boleh membantu memenuhi keperluan asid folik, protein dan kalsium harian untuk ibu hamil.

Selain itu, merancang masa amat penting jika anda sedang mencuba untuk hamil. Tingkatkan masa untuk bersama dengan pasangan anda sekitar tempoh ovulasi anda supaya proses persenyawaan manusia lebih mudah berlaku. Jika anda tidak berjaya untuk hamil, jangan risau – ramai pasangan yang masih tidak berjaya walaupun setelah mencuba dalam beberapa kali kitaran.

Mungkin ada yang merasakan tempoh ini adalah sangat sukar. Pakar7 menasihatkan dengan mengurangkan kadar tekanan anda, protein yang berkaitan dengan penempelan di dinding rahim akan meningkat dan anda akan dapat merasai peningkatan aliran darah ke rahim anda. Kesemua ini mungkin akan meningkatkan kebarangkalian anda untuk berjaya hamil.

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.

 

Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-2


Rujukan:
1.   Fetal development: The 1st trimester. (n.d.). Retrieved March 21, 2017, from http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-de...
2.   Pregnancy - week by week. (n.d.). Retrieved March 21, 2017, from https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/pregnancy-week-...
3.   BBC - GCSE Bitesize Science - The menstrual cycle and fertilisation: Revision. (n.d.). Retrieved April 12, 2017, from http://www.bbc.co.uk/schools/gcsebitesize/science/triple_edexcel/control...
4.   Your baby at 0-8 weeks pregnancy - Pregnancy and baby guide. (2017, February 28). Retrieved March 20, 2017, from http://www.nhs.uk/Conditions/pregnancy-and-baby/Pages/pregnancy-weeks-4-...
5.   Curtis, G. B., & Schuler, J. (2016). Your Pregnancy Week by Week  (8th ed.). Philadelphia, PA: Da Capo Press.
6.   World Health Organization, WHO recommendations on antenatal care for a positive pregnancy experience. Geneva: WHO Press. 2016. Web. 11 Apr. 2017.
7.   Bouchez, C. (n.d.). Stress and Infertility. Retrieved February 15, 2017, from http://www.webmd.com/infertility-and-reproduction/features/infertility-s...