Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-2

Kebarangkalian untuk hamil pada minggu ini amat tinggi!

Berikut bagaimana anda dapat memastikan bayi dalam kandungan anda mendapat sokongan yang sepenuhnya sejak dari awal kehamilan lagi.

Apa yang berlaku pada Minggu 2 kehamilan saya?

Tempoh ovulasi anda selalunya berlaku dalam masa dua minggu selepas hari pertama kedatangan haid anda. Waktu inilah badan anda melepaskan telur, dan waktu yang terbaik untuk percubaan hamil.i

Persenyawaan selalunya berlaku pada akhir minggu iniii, jadi anda harus bersama dengan pasangan pada hari ovulasi dan juga lima hari sebelum hari persenyawaan tersebut.

Apa yang anda boleh jangkakan pada minggu ke-2 kehamilan? 

Berjuta sperma telah memulakan perjalanan mereka ke arah tiub fallopio anda dengan satu misi – untuk bertemu dan bersenyawa – dengan telur anda. Tempoh masa yang ada hanyalah 12 ke 24 jam sahaja untuk keajaiban ini berlakuiii.

Apa yang boleh saya lakukan untuk menyokong kehamilan pada minggu ke-2?

Waktu ini sememangnya waktu yang amat mengujakan, tetapi elakkan daripada merasa terlalu teruja. Jika anda terlalu risau, ianya tidak akan dapat membantu anda untuk hamil. Bahkan, kerisauan dan merasa tertekan akan memberikan kesan yang sebaliknya! Pakar bersetuju perkara yang paling bagus untuk anda lakukan jika anda ingin hamil adalah dengan bertenang, jadi jangan terlalu kecewa dan risau sekiranya anda tidak berjaya dalam cubaan yang pertama.iv

Anda juga boleh meningkatkan kebarangkalian berjaya hamil dengan mengelakkan rokok, alkohol, dan kafein. Barangkali faktor yang paling penting untuk menikmati kehamilan yang sihat ialah dengan menjaga kesihatan diri anda. Ini bermaksud, anda perlu mengamalkan pemakanan yang sihat, senaman dan juga mendapatkan rehat yang cukup serta menjaga kesihatan emosi anda.v

Anda juga boleh mengambil makanan tambahan yang telah dibuktikan dapat membantu untuk kehamilan yang sihat.vi Bahkan, disebabkan tiub saraf bayi dalam kandungan anda (yang mana nanti akan berkembang menjadi otak dan saraf tunjang bayi anda) akan mula bertumbuh pada bulan pertama kehamilan, jadi pengambilan makanan tambahan pranatal seperti 400 mcg asid folik setiap hari adalah pentingvii. Ini akan membantu perkembangan bayi dalam kandungan anda nanti.

Dalam usaha anda untuk memenuhi keperluan perkembangan bayi dalam kandungan anda, anda juga harus menyesuaikannya dengan tahap kesihatan fizikal dan emosi anda; kerana kedua-dua perkara ini akan memberi impak kepada bayi dalam kandungan anda.vii

Sebagai ingatan: kajianix menunjukkan emosi anda mampu mempengaruhi bayi dalam kandungan anda. Jadi, anda mungkin perlu mencari teknik dan cara (seperti yoga untuk prenatal, bermeditasi) agar anda bebas-tekanan untuk tempoh 9 bulan akan datang.

Anda juga boleh mencari ketenangan dengan:

  • Membaca, mendengar muzik, atau melakukan aktiviti lain yang boleh menenangkan anda.
  • Bermeditasi
  • Membuat senaman ringan

 

Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-3


 

 

Rujukan:
 
i.   Your baby at 0-8 weeks pregnancy - Pregnancy and baby guide. (2017, February 28). Retrieved March 20, 2017, from
ii   Pregnancy - week by week. (n.d.). Retrieved March 21, 2017, from
iii  Silverthorn, D. U., Silverthorn, A. C., Ober, C. W., Ober, W. C., & Johnson, B. R. (2016). Human physiology: an
     integrated approach.
iv  Bouchez, C. (n.d.). Stress and Infertility. Retrieved February 15, 2017, from
v   Curtis, G. B., & Schuler, J. (2016). Your Pregnancy Week by Week  (8th ed.). Philadelphia, PA: Da Capo Press.
vi  Zeratsky, K. (2016, May 5). Healthy choices for couples trying to conceive. Retrieved March 21, 2017, from
vii  World Health Organization, WHO recommendations on antenatal care for a positive pregnancy experience. Geneva:
     WHO Press. 2016. Web. 11 Apr. 2017.
viii Kinsella, M. T., & Monk, C. (2009). Impact of Maternal Stress, Depression and Anxiety on Fetal Neurobehavioral
     Development.  Clinical Obstetrics and Gynecology,52(3), 425-440. doi:10.1097/grf.0b013e3181b52df1
ix  Can fetus sense mother's psychological state? Study suggests yes. (2011, November 10). Retrieved February 15, 2017,