Bantu perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-3 kehamilan anda.

Tahniah! Anda kini telah hamil. Minggu ini, pastikan anda makan nutrient-nutrien penting ini: DHA, folat, dan zat besi.

Apa yang berlaku pada Minggu 3 kehamilan saya?

Anda tidak dapat merasainya, tetapi ketika ini satu sperma sedang menembusi “dinding” telur anda yang kuat dan tebal, dan berlakulah persenyawaan. Kemudian, nukleus sperma tadi bergabung dengan nukleus telur anda. Sekarang, telur anda tadi sudah menjadi zigot – iaitu bayi satu sel anda!

Tidak lama lagi, zigot ini akan bergerak melalui tiub fallopio dan masuk ke dalam rahim, di mana ianya akan menempelkan dirinya ke dalam dinding uterus anda.

Apa yang anda boleh jangkakan pada minggu ke-3 kehamilan? 

Di peringkat ini, tidak ramai wanita yang sedar atau tahu mereka sudah pun hamil. Tetapi, anda mungkin sudah mengalami simptom awal kehamilan. Buah dada anda akan mula membengkak dan lembut, sama seperti sebelum kedatangan haid anda. Anda juga mungkin akan mula merasa lebih letih dari kebiasaan.

Sesetengah wanita akan mengalami pendarahan pada peringkat ini. Walaupun keadaan ini bukan sesuatu yang luar biasa dan bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan, tetapi dapatkan nasihat daripada doktor anda sekiranya perkara ini berlaku.iii

Apa yang boleh saya lakukan untuk menyokong kehamilan pada minggu ke-3?

Amalkan pemakanan yang kaya dengan zat besi untuk mengelakkan anemia, penyakit kekurangan zat besi yang boleh menyebabkan anda merasa lemah dan keletihaniv. Pakar memberi saranan pengambilan zat besi dan asid folik setiap hari untuk wanita hamilv. Sebagai tambahan, pakar juga menyarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 200mg DHA sehari untuk menyokong perkembangan sihat kedua-dua ibu dan bayi dalam kandunganvi.

Anda juga boleh menyokong pertumbuhan bayi dalam kandungan anda dengan mengambil protein yang secukupnya setiap harivii. Dengan mengamalkan diet yang seimbang seawal ini dalam perjalanan anda untuk menjadi ibu, anda sebenarnya sedang membekalkan tenaga yang secukupnya untuk perkembangan menyeluruh bayi dalam kandungan anda.

Minum susu yang dirumus secara saintifik dengan DHA dan kolina juga dapat membantu menyokong perkembangan bayi dalam kandungan. Di samping itu, ia juga dapat membantu memenuhi keperluan asid folik, protein dan kalsium yang diperlukan ibu hamil setiap hari.

Dalam tempoh menunggu masa yang sesuai untuk mengambil ujian kehamilan, selalulah bercerita dengan pasangan anda tentang apa yang anda rasakan dan seandainya ada sesuatu yang merisaukan anda.

Anda dan pasangan anda berdua akan memasuki satu fasa yang akan merombak dan mengubah gaya hidup anda secara keseluruhan, satu fasa yang dikenali sebagai fasa keibubapaan, maka sentiasalah memberi sokongan dan saling menyayangi antara satu sama lain dan ini akan memberikan pengaruh yang positif kepada perkembanganviii bayi dalam kandungan anda.

 

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tips, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.

 

Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-4


 

 

Rujukan:
i.    Fetal development: The 1st trimester. (n.d.). Retrieved March 21, 2017, from          
ii    Pregnancy - week by week. (n.d.). Retrieved March 21, 2017, from      
iii   Curtis, G. B., & Schuler, J. (2016). Your Pregnancy Week by Week  (8th ed.). Philadelphia, PA: Da Capo Press.
iv   Iron deficiency anemia during pregnancy: Prevention tips. (n.d.). Retrieved April 05, 2017, from      
v    World Health Organization, WHO recommendations on antenatal care for a positive pregnancy experience. Geneva:            
      WHO Press. 2016. Web. 11 Apr. 2017.
vi   Food and Agriculture Organization of the United Nations, Fats And Fatty Acids In Human Nutrition:      
      Report Of An Expert Consultation. Geneva: N.p., 2010. Web. 5 Apr. 2017. FAO Food And Nutrition Paper.
vii  Pregnancy nutrition: Healthy-eating basics. (n.d.). Retrieved April 05, 2017, from      
viii Mikulincer, M., & Florian, V. (1999). The Association between Parental Reports of Attachment Style and Family
      Dynamics, and Offspring's Reports of Adult Attachment Style. Family Process,38(2), 243-