Bantu bayi dalam kandungan berkembang pada minggu ke-4 usia kehamilan

Asas perkembangan otak bayi dalam kandungan anda bermula semasa usia kandungan 4 minggu. Sokong pertumbuhan mereka dengan pengambilan DHA, folat dan makanan yang tinggi kandungan protein.

Apa yang berlaku ketika usia kandungan 4 minggu?

Semasa mengandung 4 minggu, bayi anda pada waktu ini dikenali sebagai blastosis, yang mempunyai kepanjangan sekitar 0.35 - 1 mm. Secara amnya ia adalah segumpal sel yang sedang membahagi dengan cepat dan bentuknya kelihatan seperti bebola kecil1. Segumpal sel ini telah selamat melekat pada dinding rahim anda yang mempunyai bekalan darah yang kaya dengan nutrien2.

Cecair amnion akan mula berkumpul dan sebuah kantung bayi akan terbentuk. Sebahagian blastosis akan membesar menjadi bayi dalam kandungan anda; manakala sebahagian yang lain akan membentuk plasenta. Selepas blastosis berjaya menempel di dinding uterus atau rahim, ia akan berkembang menjadi embrio dan dengan ini bermulalah ikatan seumur hidup antara anda dan bayi dalam kandungan3.

Fahami gejala yang akan dialami semasa mengandung 4 minggu

Pada akhir minggu ini, anda mungkin sedang menunggu – sama ada haid akan tiba atau tidak? Jika tidak, berkemungkinan besar anda sudah pun hamil! Untuk mendapatkan lebih kepastian, anda boleh melakukan ujian darah walaupun masih ada kemungkinan untuk mengalami haid.

Tiub saraf bayi kecil dalam kandungan akan mula berkembang4. Tiub saraf inilah yang akan membentuk otak, saraf tunjang dan sistem saraf bayi anda.

Rembesan hormon yang banyak dalam badan semasa usia kandungan 4 minggu mungkin akan menyebabkan anda sakit kepala, dan ini juga merupakan salah satu tanda-tanda kehamilan. Minum air dengan banyak dan kurangkan pengambilan makanan yang akan menjadi punca kepada sakit kepala, seperti kafein.

Ingat, jika sakit kepala yang anda alami sangat teruk, segera dapatkan nasihat pakar kesihatan.

Apa yang boleh saya lakukan untuk menyokong usia kandungan 4 minggu?

Pada peringkat mengandung 4 minggu ini, anda barangkali sibuk memastikan kandungan sihat dan selamat. Anda boleh melakukannya dengan mengamalkan diet yang seimbang dan sihat.

Bekalkan khasiat kira-kira 200mg DHA5 dan 400 mcg6asid folik setiap hari untuk pertumbuhan otak bayi dalam kandungan anda. Dengan mengamalkan pengambilan protein yang mencukupi dan khasiat nutrisi penting, anda sebenarnya secara langsung sedang merangsang pembentukan bayi dalam kandungan, dan ini termasuklah asas penting untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan anda.

Minum susu yang dirumus secara saintifik dengan DHA dan kolina juga dapat membantu menyokong perkembangan otak bayi dalam kandungan. Di samping itu, ia juga dapat membantu memenuhi keperluan asid folik, protein dan kalsium yang diperlukan ibu hamil setiap hari. Malah dengan pengambilan susu yang rendah lemak berbanding susu penuh krim, ia membantu menyokong pengurusan berat badan ibu hamil yang lebih baik.

Selain itu, masalah sembelit adalah simptom yang kebiasaannya dihadapi oleh ibu hamil dan anda juga mungkin akan mengalaminya. Tip-tip berikut dapat membantu anda merawatnya:

  • Makan lebih banyak serat. Serat akan membantu pergerakan usus dengan lebih efisien. Sumber pelawas yang bagus adalah seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta bijian penuh, contohnya roti dan bijirin

  • Minum lebih banyak air. Kekal terhidrat memberikan pelbagai manfaat kesihatan, ini termasuklah mengelakkan daripada masalah sembelit

  • Bersenam. Berjalan setiap hari bukan sahaja membantu anda untuk kekal sihat, bahkan aktiviti ini juga membantu mengekalkan pergerakan usus anda8.

Anda sudah boleh mula mencari ahli obstetrik (bertanya pada ibu atau rakan- rakan adalah langkah permulaan yang bagus) untuk membuat temujanji sejurus selepas disahkan mengandung 4 minggu.

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.

 

Artikel berkaitan:
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-6
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-7
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-9


Rujukan:
1 Curtis, G. B., & Schuler, J. (2016). Your Pregnancy Week by Week  (8th ed.). Philadelphia, PA: Da Capo Press.
2 Fetal development: The 1st trimester. (n.d.). Retrieved March 21, 2017, from https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-d...
3 Developmental Stages in Human Embryos. (n.d.). Retrieved April 12, 2017, from https://www.ehd.org/developmental-stages/stage3.php
4 BBC - GCSE Bitesize Science - The menstrual cycle and fertilisation: Revision. (n.d.). Retrieved April 12, 2017, from https://www.bbc.co.uk/bitesize/guides/zcnp7p3/revision/2
5 Pansky, B. (n.d.). 19. Week 3 of Development: The Notochord, Neural Tube, and Allantois. Retrieved April 05, 2017, from https://discovery.lifemapsc.com/library/review-of-medical-embryology/cha...
6 Food and Agriculture Organization of the United Nations,. Fats And Fatty Acids In Human Nutrition: Report Of An Expert Consultation. Geneva: N.p., 2010. Web. 5 Apr. 2017. FAO Food And NutritionPaper.
7 Pregnancy diet: Focus on these essential nutrients. (n.d.). Retrieved April 05, 2017, from https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-d...
8 Murry, M. M. (2011, August 19). Pregnancy constipation: Seeking relief. Retrieved March 21, 2017, from https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/expe...