Bantu perkembangan bayi dalam kandungan 9 minggu9 minggu mengandung

Ketika hamil 9 minggu, organ-organ bayi dalam kandungan anda sedang terbentuk. Sewaktu otaknya sedang terus berkembang, anda boleh menyokong perkembangan ini melalui pengambilan DHA dan nutrien-nutrien yang lain.

Apa yang berlaku pada minggu ke-9 kehamilan saya?

Ketika hamil 9 minggu, saiz bayi dalam kandungan anda adalah sebesar biji anggur. Otot pada tangan dan kakinya sedang berkembang yang membolehkan si dia mula bergerak, bahkan bentuknya sudah semakin menyerupai manusia sekarang. Jari-jemari yang kecil, sepasang telinga serta kelopak matanya akan mulai terbentuk.

Organ-organ dalamannya juga sedang berkembang seperti sistem pencernaan dan buah pinggangnya.

Fahami perubahan tubuh ibu hamil 9 minggu

9 minggu mengandung

Salur darah yang membengkak atau membesar dan berwarna biru mahupun ungu pekat, yang turut dikenali sebagai vena varikos, mungkin akan muncul pada kaki anda sewaktu hamil. Melakukan perubahan cara hidup seperti di bawah mungkin akan mengurangkan kemunculan urat bersimpul, sekali gus meningkatkan taraf kesihatan kehamilan anda:

  • Cuba dan elakkan daripada berdiri terlalu lama. Jangan biarkan kaki anda menampung beban yang banyak. Ketika anda sedang duduk, cuba tinggikan paras kaki sekerap yang boleh. Ia akan dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan yang dialami
  • Ubah postur duduk anda. Duduk dengan menyilang kaki akan menghalang pengaliran darah, yang mana akan meningkatkan kebarangkalian berlakunya urat bersimpul semasa usia kandungan 9 minggu
  • Bersenam. Lakukan senaman kaki dengan kerap untuk meningkatkan kekuatan kaki, pengaliran darah dan kestabilan saluran darah anda. Rujuk kepada doktor anda sebelum melakukan sebarang jenis senaman

Apa yang boleh saya lakukan untuk menyokong usia kandungan 9 minggu?

9 minggu mengandung

Makan makanan yang kaya dengan DHA seperti ikan berlemak, dan sumber folat seperti sayur-sayuran berdaun hijau tua, kekacang dan kacang pea, dapat merangsang perkembangan otak bayi dalam kandungan anda. Selain itu, penambahan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu meningkatkan lagi taraf kesihatan kehamilan anda.

Pengambilan susu yang dirumus secara saintifik dengan DHA dan juga kolina tertinggi amat disarankan ketika hamil 9 minggu. Ia bukan sahaja membantu menyokong perkembangan otak bayi dalam kandungan, tetapi turut membantu memenuhi keperluan harian asid folik, protein dan kalsium buat ibu mengandung yang disyorkan oleh pakar.

Di samping itu, melakukan senaman ringan seperti yang disarankan oleh doktor turut membantu mencipta persekitaran yang ideal untuk perkembangan fizikal, kognitif dan emosi bayi dalam kandungan. Pakar menyatakan, dengan mengurangkan tekanan ketika hamil akan memberi manfaat menyeluruh kepada pertumbuhan dan kesihatan bayi dalam kandungan anda.

Kerapkan berkomunikasi dengan bayi dalam kandungan 9 minggu walaupun si dia masih belum boleh mendengar anda buat sementara waktu. Berhubung dengannya melalui nyanyian atau berbual sepanjang tempoh kehamilan akan meletakkan asas yang kukuh untuk perkembangan menyeluruhnya.

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.

 

Artikel berkaitan:
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-4
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-6
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-7